Fateh pada usia 9 bulan

** Sticky Entry Until 20th June 2010. For New Entry Please Scroll Down ***



Masuk jer bulan baru.. mesti Fateh demam.. nasib baik aku dah habis kursus 21 hb.. kalau akhir2 bulan tu memang susah hati gak ler..

Memang dah aku jangka.. akhir bulan jer Fateh akan demam.. demam panas lebih 39 darjah.. kali ni telinga dia pulak wat hal.. bernanah!! risau beb.. immediately aku dan hubby EL hari yang dia demam teruk tu.. kami bawak di pi AnNur.. klinik pakar kanak2.. Dr. kata yang nanah tu punca dari selesema Fateh.. bila dah teruk sangat ia akan kuar melalui telinga.. ia ambil masa untuk sembuh..

Nak tak nak Fateh kena makan antibiotik.. Esoknya kami hantar Fateh cam biasa ke taska.. demam dia pun dah kurang...

Sebelah petang.. adik taska tu sms kata yang sekeliling mata, muka dan leher Fateh merah2.. sekali lagi kami bawak Fateh ke klinik.. Dr kata dia alergik pada something.. mungkin sesuatu yang tidak bersih.. lega hati kami.. ingatkan kot alergik pada ubat..

Esoknya.. nak hantar Fateh ke taska.. dia demam kuat jugaks.. tapi kami terpaksa hantar dia juga.. aku dah siap bagi ubat demam.. alhamdulillah.. petangnya demam dia kurang.. telinga dia pun dah kering.. harap2 pasni tak de nanah lagi... sian ooo..

Oklah.. setakat dah 9 bulan seminggu ni perkembangan Fateh...

1. Berat setakat ni dah 8.5kg... sian aku tengok Fateh ni.. bila asyik demam jer.. selera makan kurang.. so, badan pun tak naik2..

2. Gigi atas dah tumbuh.. so, ada 4 batang setakat ni..

3. Fateh dah kuat berdiri dan dah pandai berjalan sambil pegang apa2 yang dipegangnya.. tapi bila aku pegang tangan dia dan suh jalan.. bertinjit2 dia.. hehehe..

Setakat ni dulu.. perkembangan lain akan dikemaskini bila ada perubahan pada Fateh yer.. so, layan gambar Fateh yer..


hi.. i'm Fateh..


geram pun yer.. suker pun yer..


ni adik kakak...


sayang adik...

12/06/2010

~ Pi klinik lagi.. Fateh demam tapi tak kuat sangat cuma badan dia hangat2.. suhu masih di bawah 38.. puncanya.. dia muntah2 dan cirit-birit sejak Rabu lepas..

Meh nak story sikit.. petang Rabu kami ambik Fateh.. dah rasa badan dia panas2.. so, sebelum bagi ubat.. aku plan nak bagi makan dulu.. ntah macam mana.. dia semacam jerk.. macam loya.. belum suap dah tersembur keluar muntah.. banyak siot.. dah bersihkan muntah tu.. aku bagi dalam 3 sudu nestum.. lain macam jerk.. pastu muntah lagi.. kali ni keluar telur dadar yang tak hancur.. erkk.. apalah diorang bagi kat Fateh ni.. dia masih kecik lagi.. makanan camtu mana sesuai ngan dia.. perut dia tak kuat lagi nak proses.. kalau dah setahun lebih tu boleh la.. kul 2 pagi.. Fateh berak.. aitt.. pelik gaks.. tak pernah2 dia berak pagi2 kecuali dia cirit.. sah!! dia cirit.. pastu dia tak leh tidur.. menangis jer.. mungkin perut dia tak sedap..

Dah hampir subuh.. dia still meragam.. bila hubby aku urut perut dia baru rasa lega dan dia boleh tidur.. nasib baik.. kalau tak tu confirm aku EL..

Hari ni.. kami bawa Fateh pi klinik.. dapatkan ubat Smegta dan ubat demam.. kalau cirit dia teruk Dr suh kami tukar susu ke FL balik.. adoi laaa.. harap2 Fateh cepat sembuh.. berat Fateh turun balik.. kali ni cuma 8.3 jerk.. sian Fateh..




3 omelan:

syalinda johari said...

kak iena.. paling risau la bab2 baby demam n telinga bernanah..huhuhu.. masalah yg sama ngn anak linda

Pn. Zana said...

hai ..just nak inform.. baju sama cm Ammar saya :)

Faina Arisya said...

syalinda..

budak2 zaman sekarang ni antibodi kurang laaa..

Pn. Zana..

yeke.. minat kita sama ler tu..

Geng Kitty

Sangkut Paut

3D (1) 5S (3) Acacia (4) Aduan Rakyat (13) Aidijuma (1) Aku dan Dia (60) Amiera (268) Ana Muslim (2) Anniversary (10) Anugerah (11) Aqiqah (5) Ariani (3) Arissa (50) ASB (3) ASUS (1) Avatar (1) Award (6) Bajet (2) BBQ (2) Big Bad Wolf (3) Birthday (73) Biskut (1) Biz (3) Blogger (12) Car (1) Carlo Rino (6) Ceramah (3) CERT (1) ChurpChurp (2) CIC (12) Cloth Diaper (1) Contest (8) Cuepacs (1) Dari Dapur Mama (1) Denggi (1) Diaper Cake (1) Dinner (1) Drama (5) EKSA (1) Exam (2) Expo (2) Family Gathering (22) Fareeda (17) Fateh (192) Floria (1) Frozen (1) Gajet (1) Gift (10) Giveaway (1) Handbag (2) Handphone (4) Hari Raya (148) Hello Kitty (2) HFMD (1) Hobby (2) Holiday (115) Hot Air Balloon (4) Iftar (1) Impian (9) Info (31) Isu Semasa (9) JJCM (12) Juadah (111) Jurnal (4) kak Rose (8) Kecantikan (1) Kenduri (15) Kesihatan (2) Kuarters (11) Kuiz (2) Kursus (19) Lawak (2) Lazada (1) LIMA (1) Lovely Song (7) Luahan (2) MAFIST (5) Majalah (4) MasterChef (6) MeadJohnsons (4) Memori (2) Muffin (2) MyDeal (1) Nilai3 (1) Novel (3) Nuffnang (7) Nuri (5) OnAir (1) Panggung (1) Pekeliling (1) PINK (8) PotLuck (2) PPA1M (4) Pre Loved (1) Pregnant (28) PRU (2) Prudential (2) PTK (2) Puasa (68) Puisi (9) Putrajaya (32) Qaisara HB (3) Ramadhan (16) Resepi (37) Riadah (22) Rumah Peranginan Persekutuan (3) Sad Song (1) Saham Akhirat (5) Sales (5) SBPA (4) Sejarah (1) Seminar (5) Shabby Cottage (66) SimplySiti (3) SkullMate (1) Sogo (3) Solid Food (5) SSPN (3) Streamyx (3) Sustagen (4) TAG (5) Taman Raudhah (13) The Movie (21) Tips (2) Tupperware (2) UPKK (9) UPSR (3) Ustazah Pilihan (6) VAIO (2) Vantage (6) Villa Raudhah (47) Viral (2) watermark (1) Wishlist (2)

Yg Suka Bercerita

Sitting and Blinking Hello Kitty