Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

Sukan Terakhir Amiera di Tadika

Semalam.. sukan yang terakhir buat Amiera dalam zaman Tadika.. tahun depan Amiera akan beraksi di sukan peringkat sekolah rendah pulak..

Sukan kali ni disatukan sekali dengan anak2 taska.. ramai ibu bapa yang datang.. aku tengok peserta tadika tak ramai pun..


Antara hadiah yang disediakan..


Fateh dah start mengantuk..

Macam biasa ada 2 kumpulan.. Merah dan Kuning.. Amiera dalam kumpulan Merah yang di gelar Ibnu Khaldun..

Sebelum sukan bermula.. perbarisan diadakan.. kemudian nyanyian lagu sekolah.. lagu Negaraku.. Ikrar dan acara senamrobik..



Nyanyi lagu sekolah..


bacaan ikrar.. Amiera pun cikgu ada suruh jadi ketua.. tapi sebabkan suara emas dia tu.. so, tukar ngan orang lain..


dancing.. Chicken Dance..



Ada 4 acara untuk tadika dan 1 acara untuk taska..

Acara taksa dimulakan dahulu dengan acara lompatan bulatan..



Acara tadika yang pertama iaitu bawa bola macam ala2 katak.. kumpulan Kuning menang.. cikgu kumpulan Merah ni silap lah.. aku kira peserta kump .merah ada 8 orang.. kump. kuning ada 9.. so, sepatutnya kalau nak adil hanya seorang saja lah yang akan main 2 kali.. tapi cikgu tu suh 2 orang main 2 kali.. confirm lah kalah.. tak puas betul hati aku..


tengah tunggu giliran nak naik bola..



Game ke-2 iaitu susun abjad.. ni pun pada aku unfair.. kumpulan kuning dapat no 1 -4.. kump. merah no. 6 - 9.. budak2 4 - 5 tahun confius nak susun.. apa daaa... kalah lagi kumpulan merah..



So, sekarang markah 2-0..

Game ke-3.. aku malas nak tengok.. hubby aku yang pi snap gambar Amiera.. sementara aku jaga Fateh.. game bawa bantal beras.. kali ni kumpulan merah menang...oooo... yeee.. sib baik aku tak tengok...


Fateh lena diulit mimpi..



Game ke-4.. acara bawa terompah.. kumpulan merah menang... yeee...horee..



dan.. markah seri 2-2..

Acara penyampaian hadiah bagi setiap game..










Amiera dengan pingat kemenangan..

Secara keseluruhannya... kumpulan merah dapat no. 2.. aku pun confius.. diorang kira cemana.. takde pun game lain disediakan untuk menentukan kumpulan yang juara.. apalah2.. asalkan semua budak2 happy.. diorang bukannya faham pun.. dapat medal tu pun diorang dah bangga... hiks..

Aku pun bangga ngan Amiera.. walaupun dia pendiam jika dibandingkan dengan rakan2 dia yang lain.. tapi Amiera komited dengan tugas yang diberikan.. bersungguh2 aku tengok Amiera beraksi dengan setiap aktiviti..


cikgu kumpulan Kuning malu2.. cam Amiera gaks..


punyalah suka cikgu kumpulan Merah..


bergambar kenangan dengan rakan2 seperjuangan..

Comments

Popular posts from this blog

Susu Rosak!!

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Kopi Che' Nah