Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

11 Tahun Sudah

Hari ni genap 11 tahun aku berkhidmat dengan kerajaan secara tetap.. macam2 pengalaman yang aku dapat.. semuanya memang tak pernah aku lupakan.. masih tersemat di ingatan.. cewah.. dari pengalaman.. aku belajar erti kedewasaan.. fulamak.. ayat.. ehemm.. dah lama tak bersastera ni..

Oh ya.. sebelum dapat jawatan tetap dalam perkhidmatan awam ni, aku pernah keje kontrak di salah satu agensi kerajaan iaitu BTN hampir 10 bulan lamanya.. kebetulan rezeki datang bergolek.. waktu tu ibu pejabat di belakang istana.. KL lagi.. tapi jauh sikit dari tengah bandar.. tenang.. nyaman.. rezeki aku memang di luar negeri kelahiran ku sendiri..

Sebelum aku keje ngan BTN.. nak story sikit pengalaman aku lepas habis belajar.. pastu nanti aku sambung citer keje kat BTN ya.. dulu aku praktikal di Menara ESSO..



masa tu KLCC masih dalam pembangunan.. praktikal pun dapat gaji tau.. rezeki.. aku sorang jer terpilih untuk praktikal di sana.. yg lain2 ada yg dapat kat company biasa dan ada juga kat agensi kerajaan.. kalau praktikal kat agensi kerajaan memang tak dapat gaji ya.. waktu tu baru aku kenal kehidupan di KL.. aku yg perwatakan kampung ni.. masih berbaju kurung.. compare dengan staf di Menara Esso ketika tu.. moden.. semuanya speaking berhabuk... aku ni.. erkkk.. tapi best sebab penyelia kat situ sangat baik dan amat memahami.. PA pada bos besar pun baik sangat.. dia yg offer aku keje kerani.. habis praktikal dalam bulan April 1998 kalau tak silap.. aku continue keje kerani kat situ.. lumayan siot gajinya.. pada aku lah waktu tu.. tak pernah pegang duit kan.. gaji per hari.. nak apply jawatan yg sesuai ngan kelulusan.. takde.. coz kebanyakannya diorang ambik kelulusan obersea jer.. dan kalau yg local U pun yg memang terror giler laaa.. aku ni sapa.. kelulusan tak tinggi mana.. terror pun idak.. aku sempat keje kerani kat situ dalam 2 bulan jer sebab aku plan nak further study..

Tapi mengecewakan..

Course yg aku apply tak sama dengan yg di offer.. hangen jerk.. so, nganggur ler aku 2 bulan.. 2 bulan jer tau... pejam celik pejam celik.. kejap jer.. dalam tempoh 2 bulan tu aku dapat call suh datang interview.. sebulan lepas tu kot kalau tak silap aku aku dipanggil untuk bekerja.. memang senang sangat zaman dulu2 kalau nak kerja.. kerja yang cari aku bukannya aku yang cari kerja..

Dari situ bermulalah aku sebagai kakitangan awam... dan dari situ aku timba banyak pengalaman yg memang BEST! dari situ juga aku dapat naik kapal terbang.. turun padang berjumpa adik2 sekolah.. mengenali masalah mereka.. seronok sangat.. walaupun 10 bulan.. tetapi byk pengalaman..

Pastu aku gi interview untuk jawatan tetap dan alhamdulillah.. aku diterima dan ditempatkan di agensi kerajaan di Kuala Lumpur.. sekali lagi.. di tengah2 kota.. di bangunan yg tinggi.. di tingkat 22.. gayat aku time tu.. here i come KL..

Dan dari situ.. bermulalah perjalanan hidup aku yg sebenar.. AKU SORANG PROGRAMMER.. dari situ jua aku kenal dunia IT yang sebenarnya.. dari situ jua aku develop system client based bersendirian.. dari situ aku kenal erti dunia siber.. dan dari situ jua aku temui CINTA.. fulamak... best..best..



4 tahun di tingkat 22.. macam2 pengalaman indah aku di sana.. bergaul dengan semua peringkat jawatan termasuk KSU.. KSU pun kenal aku tau!! aku sentiasa di lantik untuk terlibat dalam pelbagai acara rasmi kementerian.. pengalaman tu memang BEST.. best lagi.. aku juga bersatu dengan CINTA.. dan dikurniakan seorang PUTERI.. aku jua di anugerahkan APC.. alhamdulillah.. kemudian aku berpindah ke tingkat 15.. sebab diorang memang akan buat pertukaran unit kalau dah lama keje.. di tingkat 15.. tak banyak pengalaman.. aku fokus kepada keje dan pembangunan laman web.. dari situ aku kenal application web based.. dan dari situ jua.. pejabat kami telah berpindah ke Putrajaya.. mulalah aku terperok kat Putrajaya ni... sayang sungguh nak tinggalkan bandaraya KL yg sibuk tu.. dalam 2 tahun lebih aku di naikkan pangkat.. alhamdulillah..

Dan sehingga kini.. aku masih di sini.. tidak banyak pengalaman sangat.. coz aku hanya tertumpu dengan programming.. usia makin meningkat.. begitu jua dengan minda ku.. tidak setajam dulu.. yg paling tak dapat aku lupakan aku dapat APC sekali lagi... dan dianugerakan seorang PUTERA...

Comments

Popular posts from this blog

Susu Rosak!!

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Kopi Che' Nah