Penginapan 7 hari 6 malam

Best kan kalau dapat menginap kat hotel di tepi pantai selama 7 hari 6 malam bersama insan tersayang....

Kes aku pulak lain.. memang aku ada menginap 7 hari 6 malam di satu tempat yang bertaraf hotel.. tapi bukannya 5 star laaa..

Lepas percutian kami di Cherating tempohari.. 2 hari kemudian.. Fateh masuk wad sebab demam panas..

Fateh dah start demam sejak sebelum kami pergi ke cherating.. tapi tak berapa panas.. just bagi ubat demam dia ok balik.. tapi sejak balik dari cherating... demam dia makin teruk.. nak tak nak aku terpaksa EL.. suhu dah cecah 39.. terpaksa suh hubby balik awal utk jumpa Dr..

Di saat2 kritikal tu.. kami bergegas ke AnNur utk mendapatkan rawatan.. tapi malangnya... sedih siott.. nangis2 aku... lagi beberapa minit pukul 1 (sebelum klinik tutup) kami sampai.. tapi nurse kata Dr tak terima pesakit lagi sebab terpaksa naik ke wad.. arghhh.. walaupun aku kata anak aku demam panas teruk.. nurse tetap kata tak boleh... kena tunggu kul 3 ptg.. giler ke?? nak bagi anak aku kena sawan ke??? kalau uols berada di situasi aku.. mesti uols pun akan nangis.. masa tu aku rasa geram sangat2.. rasa nak boikot jer klinik AnNur..

Hubby bawa pi klinik Az-Zahrah pulaks.. pun tak boleh sebab klinik pakar akan di buka jam 2.30 petang.. nak tak nak kami pi Kajang.. kebetulan kat situ ada klinik pakar kanak2 Saiful.. sampai sana.. klinik dah tutup kul 12.30... arghh.. tension.. nasib baik ada klinik pakar kanak2 Cina yg berdekatan.. Dr bagi ubat punggung dan neb.. ubat demamm, selesema dan batuk pun dibekalkan.. setelah sejam.. demam fateh tak kebah2 jugaks.. aku cakap kat hubby.. kalau malam ni demam dia makin tinggi.. kena bawak ke emergency AnNur..

Tapi hubby ajak petang tu jugaks.. jumpa Dr Khairul.. kami selesa ngan Dr ni.. kebetulan Dr Khairul yang bertugas petang tu.. bila kami jelaskan masalah dan apa yg kami lalui siang tadi.. Dr suggest Fateh masuk wad.. so, di situ lah bermulanya penginapan 7 hari 6 malam kami...

Penginapan 3 hari 2 malam kami di Deluxe Room (semalam RM250).. pastu kami mintak tukar ke Standard Room (semalam Rm150).. mahal tu nak bayar..


Deluxe Room.. abaikan makhluk PINK tu yaa.. hehe..

Keadaan Fateh makin teruk.. minum susu tak nak.. makan kurang.. badan dia makin susut.. macam2 antibiotik dimasukkan ke badan.. masuk air lagi.. dr sahkan Fateh mengalami masalah tonsil bernanah dan bengkak... kesakitan tu menyebabkan demam dia tak kebah2 dan telah block pernafasan hidungnya.. risau sangat2 bila tengok keadaan dia... bila demam dia naik.. Fateh akan merengek2.. dan menggigil kesejukan.. kaki dan tangan dia sejuk sungguh... padahal kepala dan badan dan panas sangat2..









Setelah 4 malam.. barulah demam Fateh kebah.. alhamdulillah.. tonsil pun dah sembuh.. tapi Dr suh habiskan antibiotik.. so, terpaksalah kami menunggu hingga habis..



Terima kasih kepada Dr. Khairul yang monitor keadaan Fateh walaupun terpaksa datang ke wad jam 10 malam ke atas.. kepada semua staff dan nurse wad.. anda semua adalah yang terbaik semasa memberi rawatan kepada Fateh..


Fateh dah sihat semula... nak balik dah ni...


4 omelan:

MRS. K said...

cian fateh.. patut tgk kat umah cik asmah fateh cam kurus skit...

syariza09 said...

alahai siannya fateh..sib baik dia dh chat dh..kalo ank2 x chat mmg kita akn susah ati

Puteri Satu said...

tak tahu fateh tak sihat... jumaat lepas.. nampak pintu umah terbuka.. akak kan cuti Aqilah tak sihat kena gegata... dalam ati.. faina pun cuti kot.. tapi tak terlintas pulak fateh tak sihat... cam tuhla anak-anak... bila tak sihat tu.. susah hati ya amat...

Faina Arisya said...

mrs K..

tu lah.. makin kurus dia.. nanti orang ingat Fateh tak cukup makan pulaks..

syariza..

alhamdulillah.. berkat semua yg mendoakan kesihatannya..

kak puteri..

hubby balik umah tu.. saya masih kat hosp.. dia pun cuti gaks.. tak sampai hati tengok anak sakit.. cian Aqilah.. duk kat Acacia ni asyik kena alergik jerk.. persekitaran taman tak bersih lagi kot.. elakkan dia main kat taman lah kak.. sebab ulat bulu banyak tau..

Geng Kitty

Sangkut Paut

3D (1) 5S (3) Acacia (4) Aduan Rakyat (13) Aidijuma (1) Aku dan Dia (60) Amiera (269) Ana Muslim (2) Anniversary (11) Anugerah (11) Aqiqah (5) Ariani (3) Arissa (51) ASB (3) ASUS (1) Avatar (1) Award (6) Bajet (2) BBQ (2) Big Bad Wolf (3) Birthday (75) Biskut (2) Biz (3) Blogger (12) Car (1) Carlo Rino (6) Ceramah (3) CERT (1) ChurpChurp (2) CIC (12) Cloth Diaper (1) Contest (8) Cuepacs (1) Dari Dapur Mama (1) Denggi (1) Diaper Cake (1) Dinner (1) Drama (5) EKSA (1) Exam (2) Expo (2) Family Gathering (22) Fareeda (17) Fateh (193) Floria (1) Frozen (1) Gajet (1) Gift (10) Giveaway (1) Handbag (2) Handphone (4) Hari Raya (153) Hello Kitty (2) HFMD (1) Hobby (2) Holiday (115) Homemade (1) Hot Air Balloon (4) Iftar (1) Impian (9) Info (31) Isu Semasa (9) JJCM (12) Juadah (116) Jurnal (4) kak Rose (8) Kecantikan (1) Kenduri (15) Kesihatan (2) Kuarters (11) Kuiz (2) Kursus (19) Lawak (2) Lazada (1) LIMA (1) Lovely Song (7) Luahan (3) MAFIST (5) Majalah (4) MasterChef (6) MeadJohnsons (4) Memori (3) Muffin (2) MyDeal (1) Nilai3 (1) Novel (3) Nuffnang (7) Nuri (5) OnAir (1) Panggung (1) Para Asean (1) Pekeliling (1) PINK (8) PotLuck (2) PPA1M (4) Pre Loved (1) Pregnant (28) PRU (2) Prudential (2) PTK (2) Puasa (69) Puisi (9) Putrajaya (32) Qaisara HB (3) Ramadhan (18) Resepi (38) Riadah (24) Rumah Peranginan Persekutuan (3) Sad Song (1) Saham Akhirat (5) Sales (5) SBPA (4) Sejarah (2) Seminar (5) Shabby Cottage (66) SimplySiti (3) SkullMate (1) Sogo (3) Solid Food (5) SSPN (3) Streamyx (3) Sustagen (4) TAG (5) Taman Raudhah (13) The Movie (21) Tips (2) Tupperware (2) UPKK (9) UPSR (3) Ustazah Pilihan (6) VAIO (2) Vantage (6) Villa Raudhah (47) Viral (4) watermark (1) Wishlist (2)

Yg Suka Bercerita

Sitting and Blinking Hello Kitty