Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

Surat Itu

Dari awal tahun memang dah start risau.. risau pasal Amiera yang nak masuk sekolah rendah tahun depan..

Antara kerisauan adalah tentang penerimaan Amiera di salah sebuah sekolah Putrajaya.. ada yg kata surat kelulusan akan di hantar sekitar bulan 8 ke atas.. dan mungkin juga lebih lewat.. bila dah ramai kata macam tu.. so, lama2 kerisauan tu hilang sendiri.. langsung aku tak endah sangat walaupun kadang2 terdetik di hati perihal surat tersebut..

Dan akhirnya.. baru2 ni.. kami baru pulang dari kerja.. hubby khabarkan berita gembira... alhamdulillah... sampai juga surat tu.. dan Amiera telah di terima masuk ke sekolah berkenaan.. kami di beri tempoh sebulan untuk memberi jawapan.. InsyaAllah..

Lepas raya nanti mungkin kami sibuk dengan persiapan Amiera untuk melangkah ke alam baru..

Comments

Puteri Satu said…
Amiera dah membesar menjadi seorang anak dara yang cantik... Tapi tetap pemalu nak mengeluarkan suara kan amiera... auntie doakan.. amiera membesar menjadi anak yang bijak ye... selamat melangkah ke alam persekolahan...

Popular posts from this blog

Susu Rosak!!

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Kopi Che' Nah