Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

1 Ramadhan

Alhamdulillah... walaupun semalaman aku tak lena tidur sebab Fateh meragam.. dia tak selesa sebab hidung dia wat hal..

Namun kul 4.30 pagi aku gagahkan jugak bangun sediakan sahur.. just menu simple yg boleh ditelan.. nasi goreng ngan ayam goreng.. air teh O panas.. memang lalu laaa.. esok2 nak wat sambal2 laks.. sambal kering kentang yg aku beli kat pasar malam ada tapi sebab manis sesangat.. so, aku agak kureng nak menelannya..

Dan hari ni juga adalah hari pertama percubaan Amiera untuk berpuasa.. alhamdulillah dia bangun jugak untuk sahur.. walaupun makan sedikit tapi alhamdulillah lalu jugak dia makan..

Lepas makan nasi bagi pulaks dia makan kurma ngan susu.. pun liat2 nak menelannya.. pastu aku suh dia nengok citer kartun sementara menunggu aku habis mandi..

Lepaih tu nak suh dia mandi tu memang liat.. kalau dah ngadap kartun tu.. mulalah wat hal.. terpaksalah aku mengayat dia.. lepas mandi leh sambung balik tengok kartun.. oklah bleh diterima cadangan aku tu.. masalahnya.. pas mandi terus ngadap TV dengan towel2 sekali.. punyalah lama.. kami dah siap dah.. last2 kena sound sekali ngan aku baru terhegeh2 nak pakai baju sekolah.. pakai baju pulaks macam mak datin.. punyalah lama..

Lepas aku siapkan Fateh.. kami terus turun.. dah lewat dah time tu.. pastu si Amiera mengamuk.. kata aku penipu!! pesal pulaks.. dah dia sendiri yg lambat siap.. cemana nak sambung tengok TV.. pastu mula wat perangai.. nak susu laaa.. sedangkan dia tahu puasa mana boleh makan minum.. last2 aku malas nak layan.. aku pun dah letih sesangat pagi ni.. aku biarkan jerk dia menangis dari rumah sampai lah kat sekolah.. confirm dia letih hari ni.. letih menangis!!

Aku siap pesan kat cikgu sekolah yg Amiera puasa... tapi kalau nampak dia letih sesangat boleh lah bagi dia air.. kang pengsan pulaks anak aku!

Comments

Puteri Satu said…
chaiyok amiera.. aunti tahu amiera boleh...! chaiyok... nanti dapat puasa sebulan mama amiera kasi hadiah.. gegegegege...
Faina Arisya said…
kak puteri,

InsyaAllah.. harap2 dia boleh bertahan.. hadiah?? duit raya cukuplah..

Popular posts from this blog

Susu Rosak!!

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Kopi Che' Nah