Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

Happy Birthday Sayang-Sayang MAMA!!



Alhamdulillah.. di dalam bulan yang mulia ini.. merupakan ulang tahun kelahiran putra dan putri ku.. kalau ikut bulan Islam, anak2 ku telah menyambut ulang tahun terlebih dahulu..


NUR FAREEHA AMIERA

** Amiera yang dilahirkan dan ditempatkan di hospital sehingga menjelang hari kemerdekaan negara ~ 22 Ogos 2004 : 6 Rejab 1425H : ~ # 22 Ogos 2010 : 12 Ramadhan 1431H #

REJAB
Semasa kecilnya dia degil dan nakal. lbu bapanya patut mendidiknya dengan baik agar dia dapat menerapkan nilai-nilai yang baik. Ketika sudah dewasa, dia suka bersikap merendah diri dan bersikap tidak tahu menahu. Ini agak berlainan dari sikapnya semasa kecil. Walaubagaimanapun hidupnya selamat dan sentosa.



lahirnya Amiera


terkini Amiera


MUHAMMAD FATEH AZFAR

** Fateh yang dilahirkan 2 hari sebelum puasa pada tahun lepas ~ 20 Ogos 2009 : 28 Syaaban 1430H ~ # 20 Ogos 2010 : 10 Ramadhan 1431H #

SYA’ABAN
Perwatakannya baik. Hidupnya selamat dan rezekinya tidak putus-putus.Sewaktu kecilnya dia mudah mengalah semasa bermain dengan kawan-kawan. Kelakuannya baik, berbudi bahasa hingga semua orang sayang padanya. Masa dewasanya dia akan berjaya dalam segala kerjayanya danmudah mendapat rezeki.


Fateh dilahirkan..


terkini fateh..


Doa Mama & Papa..

  • Semoga anak-anak mama & papa menjadi anak yang soleh dan solehah
  • Semoga menjadi anak yang taat kepada mama dan papa
  • Semoga menjadi anak yang berguna kepada agama, bangsa dan negara
  • Semoga kasih sayang anak-anak mama & papa berkekalan hingga ke akhir hayat
  • Semoga sentiasa comel dan senyum selalu
  • Mama dan Papa sentiasa inginkan yang terbaik untuk anak2
Aminnnn... aminnnn... ya rabbal alamin...

Comments

Puteri Satu said…
Doa auntie... untuk kalian berdua.. semoga membesar dengan cukup sihat dan bijak ye nak...
ibu chiqamie said…
hepi besday jgk pd amiera & fateh...kalau mama n papa nye wat mamam mamam nnt jgn lupe jemput tau.ekekee
Faina Arisya said…
kak puteri..

aminnnn..

nanie..

kalau ada rezeki InsyaAllah..

Popular posts from this blog

Susu Rosak!!

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Kopi Che' Nah