Nak berbusiness tapi hampeh!

Nasib baik bulan pose kan.. kalau tak mahu jugak aku maki orang tu.. kalau dah tahu tak mampu nak buat jgn ambik order.. dah membazir masa aku!!! baik aku order ngan orang lain.. hampagas betul lah!!!

Ni lah kan orang Melayu.. nak untung jer.. kita nak menolong diorang ni berniaga.. nambah rezeki bukan pose ni.. tapi lain jadiknya..

Apa kes???

Kisahnya cenggini.. minggu lepas aku ada order sampul raya ngan kad raya fridge magnet kat somebody ni.. design yg sedia ada ok lah cuma belum tahap marvelous pada aku..

Sampul raya tu aku just guna design yg sedia ada.. cuma tang kad raya tu aku suh dia design ikut kesesuaian gambar yg aku bagi.. tema of course lah raya..

Isnin baru2 ni aku dapat designnya.. tang sampul tu oklah sebab dah tahu design dia.. tang kad raya tu luluh hati aku nengoknya.. budak sekolah menengah yg baru belajar Photoshop pun bleh buat kalau setakat simple macam tu..

So, aku reply email dia balik suh cari background yg lebih menarik.. siap aku bagi design contoh yang aku cari kat cik google lagi..

Hari ni.. aku terima email dia dengan design yg baru... pun sama.. dia just guna design sampul raya yg sedia ada dan tukar jadi background kad raya tu... hampeh tul!! aku pun bleh buat!!

Walaupun aku ni orang IT... tapi aku tak kreatif.. sebab tu aku sanggup cari peniaga online yg kreatip.. tapi rupa2nya ada jugak yang macam ni..

Last2 aku ambik design kat internet, memang cantik giler.. aku ubah wording sikit dan suh dia letak gambar kami...

Then dia call.. katanya tak boleh nak ambik design orang lain.. tahu pun!!! dia kata dia dah takde masa nak design cantik2.. haaaa!!! kalau dah tahu tak leh nak design.. awat ambik order ... tolak awal2.. boleh aku order dengan orang lain laks.. hampeh tul!! siap dia mintak no akaun aku balik katanya nak refund.. dia tak bleh nak buat.. hangen jerk aku!!!

And berita terkini.. dia tak nak proceed dengan order aku sebab dia dah baca blog aku ni!!! sapa suruh baca blog aku!!

Fine.. walaupun aku dah minta maaf dan cuba minta jasa baik dia.. disebabkan kekerasan hati dia yang tak nak continue order aku.. so, padahnya.. aku tetap publish n3 ni.. suka hati aku lah nak publish.. ini blog AKU!!!

Walaupun u dah kenal aku.. dah tahu aku keje kat mana.. dah tahu aku tinggal kat mana.. lantaklah.. aku bersuara sebab aku tak puas hati sebagai customer.. customer is always right.. itu prinsip yg u kena pegang bila u jadi peniaga.. itu risiko yang u kena tanggung kalau nak berbusiness!!! ini satu pengajaran kepada u dan aku sendiri..

Seburuk2 aku nak publish n3 ni.. aku tak pernah sebut URL dan nama u!! aku takkan sesekali menjatuhkan business u!!! itu hak u untuk berniaga.. tapi blog ini adalah hak aku untuk bersuara!!!

Kalau u baca my blog.. this is my advise... again.. and again.. lenkali kalau dah banyak sangat order... jangan suka2 hati terima order lagi.. ader faham!!!!.. kalau tidak makin ramai blogger2 kat malaysia ni akan buat n3 yg sama dengan aku..

Dah bertahun2 aku deal dengan banyak peniaga online.. semuanya bagus2.. service memuaskan.. tapi kali ni.. betul2 mencabar keimanan aku dalam bulan pose ni..

And.. plsss... bank in balik duit aku.. aku dah email account no..

And.. lepas ni.. u jangan sesekali nak masuk baca blog aku ini!!! aku tak halalkan.. and satu lagi.. after u bank in my money.. please delete all email from me!! dan delete segala tok nenek gambar2 yg aku bagi.. jgn lupa delete juga dari Recycle Bin.. aku tak benarkan u simpan segala proses deal mendeal antara u dan aku!! lagipun bukannya penting bagi u.. buat sakitkan hati u lagi kan.. baik u buang jauh2.. baru aman..


2 omelan:

ann @ hatiberbunga said...

yup. sgt setuju dgn statement akak. moga si dia itu amik pengajaran dr peristiwa ini. hmm..

Faina Arisya said...

ann..

byk pengajaran dari kisah ni..

Geng Kitty

Sangkut Paut

3D (1) 5S (3) Acacia (4) Aduan Rakyat (13) Aidijuma (1) Aku dan Dia (60) Amiera (268) Ana Muslim (2) Anniversary (10) Anugerah (11) Aqiqah (5) Ariani (3) Arissa (50) ASB (3) ASUS (1) Avatar (1) Award (6) Bajet (2) BBQ (2) Big Bad Wolf (3) Birthday (73) Biskut (1) Biz (3) Blogger (12) Car (1) Carlo Rino (6) Ceramah (3) CERT (1) ChurpChurp (2) CIC (12) Cloth Diaper (1) Contest (8) Cuepacs (1) Dari Dapur Mama (1) Denggi (1) Diaper Cake (1) Dinner (1) Drama (5) EKSA (1) Exam (2) Expo (2) Family Gathering (22) Fareeda (17) Fateh (192) Floria (1) Frozen (1) Gajet (1) Gift (10) Giveaway (1) Handbag (2) Handphone (4) Hari Raya (148) Hello Kitty (2) HFMD (1) Hobby (2) Holiday (115) Hot Air Balloon (4) Iftar (1) Impian (9) Info (31) Isu Semasa (9) JJCM (12) Juadah (111) Jurnal (4) kak Rose (8) Kecantikan (1) Kenduri (15) Kesihatan (2) Kuarters (11) Kuiz (2) Kursus (19) Lawak (2) Lazada (1) LIMA (1) Lovely Song (7) Luahan (2) MAFIST (5) Majalah (4) MasterChef (6) MeadJohnsons (4) Memori (2) Muffin (2) MyDeal (1) Nilai3 (1) Novel (3) Nuffnang (7) Nuri (5) OnAir (1) Panggung (1) Pekeliling (1) PINK (8) PotLuck (2) PPA1M (4) Pre Loved (1) Pregnant (28) PRU (2) Prudential (2) PTK (2) Puasa (68) Puisi (9) Putrajaya (32) Qaisara HB (3) Ramadhan (16) Resepi (37) Riadah (22) Rumah Peranginan Persekutuan (3) Sad Song (1) Saham Akhirat (5) Sales (5) SBPA (4) Sejarah (1) Seminar (5) Shabby Cottage (66) SimplySiti (3) SkullMate (1) Sogo (3) Solid Food (5) SSPN (3) Streamyx (3) Sustagen (4) TAG (5) Taman Raudhah (13) The Movie (21) Tips (2) Tupperware (2) UPKK (9) UPSR (3) Ustazah Pilihan (6) VAIO (2) Vantage (6) Villa Raudhah (47) Viral (2) watermark (1) Wishlist (2)

Yg Suka Bercerita

Sitting and Blinking Hello Kitty