Jamuan Raya Kementerian

Setiap tahun mesti aku pergi jamuan raya kat kementerian..

Semangat tu ngan kawan2 nak pi makan free... raya kan..

Dalam kul 12 lebih dah turun ke lokasi.. tunggu dalam setengah jam, baru Menteri sampai.. lepas baca doa, Menteri berucap, pastu ada penyampaian hadiah kepada yang terpilih.. aku pun tak berapa dengar MC cakap apa.. riuh rendah suara orang..


kanopi PINK siot.. i like!!


ramai siot yg hadir..


aku dan member2.. mata sebelah aku dah start sepet dan kemerah2an.. adakah??? oh tidak...


masing2 ceria berbaju raya.. hiks..

Press of course lah ada.. malam karang mesti ada isu yang jadi topik dalam berita utama yang melibatkan kementerian ni..

Kesian pulak masa penyampaian hadiah kepada golongan kurang upaya.. mungkin diorang accident atau mengalami penyakit tertentu.. ada yang bertongkat.. berkerusi roda.. diorang terpaksa dipapah semata2 nak pi ambik hadiah.. tak salah kalau diorang tu ditempatkan di sudut khas dan hadiah diberikan terus kepada diorang tanpa menyusahkan mereka yang kurang upaya..

kenal kah anda??

Lepas tu.. per laie.. serbu makananlah.. punyalah ramai siot... nak ambik makanan berebut2.. dahlah tempat sempit dengan hujan dah start turun.. adoiii.. mula2 aku ingat nak ambik nasi.. tengok punyalah ramai orang beratur.. maleh lah pulaks rasanya... last2 jumpa laksa johor.. peberet aku tu.. sanggup gak terjah semata2 tak nak kempunan.. alhamdulillah dapat gak.. tapi peristiwa yg amat menyakitkan hati aku buat aku rasa macam nak kuar jer dari majlis tu.. ntah macam mana.. tengah2 nak mencari tempat duduk.. tetiba ada sorang pekerja yg sediakan makanan kat situ.. lalu dan terlanggar pinggan aku tu.. gedeganggg... jatuh berderai laksa aku tu... dahlah langgar... pastu dia pandang terus bla cam tu jerk... hampeh punya pompuan!!! minta maaf pun tidak.. geramnya aku.. nak jer aku lemparkan pinggan tu kat dia.. eiiiii.. sabor2... aku biarkah jer pinggan tu kat lantai.. lantak pi lah.. pandai2 lah kawan2 ko yang lain kutip..

last2 aku ngan member opis cari tempat duduk dulu... aku tak puas hati pi cari lagi laksa kot2 ada.. tengok dalam bekas laksa dah habis.. takpelah takde rezeki.. round lagi kot2 ada makanan lain.. tengok2 semua penuh.. malas aku beratur.. last2 aku patah balik.. minum dulu.. letih siot.. member pun bagi rasa sikit laksa yg dia ambik.. aku tak puas hati.. aku pi balik kat tempat laksa tu.. sib baik ada walaupun dah tinggal sikit..

compare ngan tahun lepas.. tahun lepas lagi best.. makan pun kenyang.. siap boleh tapau lagi tau!!! tahun ni macam diorang berbajet sesangat.. dahlah menu tak banyak.. pastu makanan pun agak sikit.. ramai aku dengar diorang mengeluh makanan dah habis... ni yang tak best ni.. dan telah membantutkan mood aku nak pi terjah lagi.. sepatutnya pihak pengurusan kenalah pandai bajet.. pastu pulak korang2 yang ambik makanan banyak2 tu especially sate.. agak2 lah... dahlah bajet ciput janganlah korang sapu banyak2.. ingat2 gak ler orang lain..

sekadar pandangan dari aku..


Kita Seronok Beraya.. Diorang Lagi Seronok Mencuri

Kes pecah rumah kat taman aku ni masih tak de penghujungnya.. semakin banyak rumah yang kena pecah.. tetapi penyamunnya masih bebas di luar sana...

Bijak dan cerdik sungguh taktik penyamun2 ni.. masa cuti hari raya takut pulak korang nak buat projek ya.. ker tengah berseronok2 beraya jugaks.. tak pun takut ngan guard yang ditugaskan..

Isnin baru2 ni.. semua orang dah mula kerja.. diorang pun buat kerja jugaks.. 2 kes dalam sehari... banyaknya untung diorang.. satu rumah hilang TV 52".. yg satu lagi aku tak sure.. keesokannya pulaks.. rumah sewa student..dengarnya polis hampir berjaya menangkap penyamun tapi lolos.. diorang cuba nak kidnap laptop student..

Pengajaran dari kisah ni...

1. Pemilik rumah tidak pernah mendaftar menjadi ahli persatuan penduduk.. tak tahu OR tak nak ambik tahu??? bila dah jadi kes macam ni.. baru terhegeh2 nak cari persatuan..

2. Kot yer pun kita ni mampu beli yg mahal2.. janganlah ditunjukkan sangat.. kotak TV letak kat tong sampah depan rumah.. apa kes!! confirm ler penyamun tu tertarik da boom!! menjerat diri sendiri ler namanya..

Nasihat aku untuk semua penghuni yg belum jadi ahli dan bakal penghuni kat taman aku ni... esp. Ann.. jangan segan silu mendaftar jadi Ahli Persatuan yer..

Memandangkan aku dibelakang orang kuat kat taman ni.. banyak kisah2.. tragedi2.. dan perselisihan faham.. dah nak penuh kat kepala otak aku ni.. selama ni aku banyak berdiam diri dan hanya memberi nasihat di belakang tabir..

Dari pengamatan aku.. ramai yang suka kondem dari buat keje.. korang ingat jadi AJK ni berbayar ke?? atas ihsan jer tau!! korang ingat aku suker sangat ke suami aku tu jadi orang kuat.. ngadap aku anak beranak kat rumah lagi bagus tau dari memikirkan masalah korang!!! eiiii... geramnya aku!! kira nasib baiklah aku lepaskan jugak suami aku tu walaupun macam ada rela dalam paksa.. hahahhaa... siyes beb.. kadang2 tension ooooo... kalau rasa idea anda tu bernas dan bagus untuk penduduk taman.. tak salah kalau anda sendiri yang menguruskannya.. jangan asyik nak salahkan orang lain aja.. fikir dulu diri sendiri.. banyak mana sumbangan anda pada persatuan dan rukun tetangga.. dan kalau rasa diri tu hebat sesangat.. apa kata korang offer diri korang jadi orang kuat... ada berani???? waaaaa... best..best.. lagi aku suker!!!

Sebut pasal rukun tetangga.. banyak jugak komplen pasal ketidakadilan dalam bertugas.. tok sah nak komplen2 pasal orang yang bertugas tu.. itupun bagus sesangatlah diorang turun.. kalau merajuk diorang nanti... haaaa... memang tak berjaga langsung lah taman kita ni.. sanggup ke kalau penjenayah2 yg buat projek awal2 pagi tu dah terpacak dalam rumah kita??? bersyukurlah dan bersama2lah menyumbang ke arah kebaikan..

daripada komplen pasal orang yang bertugas... awat tak ting tong jer rumah orang yang tak pernah turun rukun tetangga tu.. bagi nasihat secara berhemah.. janganlah pulak tengking mengking.. confirm orang tu tak nak langsung turun padang.. carilah pendekatan yang sesuai untuk meramaikan ahli rukun tetangga ni..

satu lagi pasal puak memuak ni.. boleh tak kalau jangan dok berpuak2.. apalah salahnya.. hidup bermasyarakat ni anggaplah semua jiran2 kita sebagai ahli keluarga jugak.. kan kak Puteri kan.. bila nak mai beraya kat rumah!! dahlah nak joinkan semua suri pun susah.. kalau ada aktiviti2 persatuan or surau susah sangat nak tengok suri2 turun padang.. walaupun aku ada anak kecik.. mcm2 nak fikir pasal anak.. dengan sikap malu aku yg tak bertempat ni.. aku turun jugak tau kecuali time solat tarawikh.. sapa nak jaga Fateh oiii... tak pasal2 dia duk ngadap orang tengah solat.. naya aku.. itupun bila suami aku yg suruh.. hehehe... bukannya apa.. dah fedup ngan golongan suri yang dicontrol oleh suami atau diri sendiri yang tak bercampur.. kalau sakit tu lainlah citer.. takkan sakit2 pun nak datang.. agak2lah!! so, hopefully.. majlis jamuan hari raya taman nanti.. turunlah padang.. meriahkan suasana.. pastu jangan dok berkumpul ngan puak masing2 jer.. pastu janganlah lupa tegur aku.. yelah kan.. aku ni pemalu orangnya.. ahaks..

itulah luahan aku untuk para penduduk kat taman aku ni buat masa ni yer.. lenkali kalau ada luahan.. aku luah lagi.. suker aku lah nak luah.. jangan mare aaaa...


Kesihatan Selepas Raya

Setakat ni cuma hubby ngan Amiera jer masih sihat walafiat.. aku ntah macam mana tiba2 hingus aku jadi pekat.. nak kata kena sakit selesema tak jugak.. takde bersin2 bagai.. takde merah2 tekak bagai.. sakit siot kat pipi aku ni.. mungkin sebab terlalu banyak hingus pekat.. tension oooo.. pinggang dan belakang aku pun sakit2.. rasa macam nak demam tapi suhu aku normal jerk.. pantang kalau aku berdiri lebih setengah jam.. confirm sakit pinggang... nasib baik ada Mr Yoko datang membantu.. mulut pulak dah tumbul tonsil sana sini.. adoiiii.. lagi siksa.. ni mesti kes kurang minum air kosong ni..


walaupun sakit2 badan.. gagahkan jugak teman hubby pi beraya rumah jiran di taman sebelah.. cian Fateh.. mata sebelah dah sepet..

Si Fateh pun tak sihat.. nak kata sakit mata.. tapi tak de taik mata.. tapi Dr klinik biasa kata dia sakit mata.. letih lah camni.. demam pulak tak lama.. cuma sehari jerk.. mata Fateh still merah2.. kalau dah 2 minggu tak elok2.. kena bawak pi pakar ler pulaks.. kot2 ada kes lain.. risau siot..

Ini lah bahana raya.. nak2 pulak orang yg kurang antibodi cam aku ni.. mudah sangat dapat penyakit.. makan jerk semua tak pantang2.. ni ler akibatnya.. huhuhu.. padan muka aku..


Rezeki Anak2ku di Hari Raya

Alhamdulillah.. seperti tahun2 yang lepas.. Amiera dah Fateh tidak pernah miss dapat duit raya... budak2 kan.. Amiera sekarang ni dah tahu sampul raya mana kepunyaannya.. nak2 pulak bila dia pi beraya ngan hubby...

camnilah lebih kurang dialog dia..

Ameira : Mama.. ni duit raya Mira.. Fateh punya takde.. orang tu tak tahu Mira ada baby..

Aku : ohh ye ke.. nanti Mama simpan yer..

Memandangkan kesibukan melayan anak2.. tak sempat aku nak susun duit raya budak2 ni time raya.. bila dah settle semua.. baru ler terhegeh2 nak susun.. jenuh nak cari sapa punya.. kalau sampul dan isinya sama dan ada 2 keping, leh ler aku agihkan.. tapi bila sampulnya satu jer.. dah aku tak tahu siapa punya.. kena tanya Amiera jugaks..

Baru2 ni jugak.. jiran setaman lecturer USIM bagi ole2 dan duit raya untuk anak2 ku... mmm.. rezeki lagi.. tima kasih yer Asmah..






duit raya Amiera..



duit raya Fateh..

tima kasih kpd semua sanak sedara, sahabat handai, jiran tetangga yg sudi bagi duit raya kat anak2 aku..


Hari Raya 2010 ~ KeEmpat - KeEnam

sambungan..


~ Raya KeEmpat ~


tema hitam.. tapi tudung aku tu tak sesuai laaa.. mana tidaknya.. baju aku tu lambat siap.. so, tak sempat aku nak cari tudung yang sesuai.. so, sarung jer lah Ariani yg ada..

kali ni beraya di rumah arwah Datuk Megat kawan baik FIL aku.. dapat jemputan dari Datin..


berposing di rumah Datin..


Umi tengah praktis... hehehe.. InsyaAllah.. kan umi kan..

malamnya pula.. kami bersalam2an.. acara wajib setiap hari raya..



pastu cam biasa.. acara bergambar..

















bergambar beramai2.. suker lah ngan gambar ni.. meriah..

SIL ngan family tersayang..


SIL ngan family PINK..

kemudian family masing2 bergambar dengan mak abah..

family SIL..

family aku..

family SIL..


family BIL..


atuk, opah dan cucu2nya..

kaum Adam bergambar bersama mak abah..


kaum hawa laks..

~ Raya KeEnam ~


berposing di rumah kawan SIL aku..


BIL aku wat open house..


bergambar bersama tuan rumah.. SIL..


Hari Raya 2010 ~ Raya Pertama - Ketiga

Rasa aku masih tak terlambat aku nak update n3 pasal raya.. sejak cuti raya aku tak sentuh pun pc.. per kes.. streamyx problem lagi lahh... ni pun baru ok.. silap connect daaaa.. tu pun tak reti kan.. sib baik pakar dah datang umah tadi.. so, laju ler aku on apa2 yang patut..

Tengok facebook.. blog.. semua dah masukkan gambar masa raya.. aku baru sempat nak upload malam ni...

Nak citer lebih2 pun rasa malas sesangat.. sebab dah lewat malam dan dah basi dah pun... hehehe.. so upload gambar sambil story sikit..

~ Raya Pertama ~


Amiera, Fateh dan Norish


Posing dulu sebelum bermaafan2..


Second family after abang aku.. family aku ler..


walaupun bukan ayah kandung.. aku tetap hormat dia..


family ketiga.. adik aku..


Amiera malu2 bila aku suh dia salam aku..

mak dan abah aku..


abang aku wt family..

aku & family tersayang..

adik pompuan aku ngan family..

adik pompuan bongsu takde sebab dia beraya umah husband dia di Teluk Intan..


lepas makan2... kami beraya di rumah jiran..

Selepas tu.. kami menziarah pusara arwah nenek, atuk, makcik dan pakcik... kemudian kami ke Segamat, Johor.. menziarah pusara insan yg bergelar bapa dan sedara mara yang telah kembali ke rahmatullah.. rasanya dah lama aku tak ke Segamat... lupakah aku pada asal usulku?? oh tidakkk.. darah bugis Johor tetap mengalir dalam diri aku ni..


abah or ayah?? aku tak tahu nak panggil apa.. anak2mu datang..


masjid inilah yang akan menjadi ingatan aku kalau sesat nanti di kemudian hari..


inilah pusara ayah aku.. kehilangannya memang aku tak rasa sebab aku tak lahir lagi.. jangan fikir lain aaa... masa tu mak aku tengah ngandungkan aku tau!! mak akulah orang yang paling terasa kehilangannya.. dengan anak sulong yang masih 9 bulan dan yg kedua baru 3 bulan dalam rahim..

Balik dari Segamat dah lewat malam.. so, plan nak beraya rumah sedara mara memang tak sempat..penat siot..

~ Raya Kedua ~

Sebelum beraya kena posing dulu kan..


Amiera dan sepupu..


Atuk, Nenek dan cucu2nya..

Kami beraya di rumah sedara mara di Nilai dan Salak.. kemudian aku bergegas pulang ke rumah sendiri sebab ada opismate aku nak datang beraya..


Miza ngan anak2 tersayang..

Sebelah malamnya pulaks kawan sekolah menengah dulu datang beraya... disebabkan teruja sangat berjumpa sampai lupa nak ambik gambar.. rasa nyesal sesangat tak ambik gambar diorang.. nak jumpa lagi tu tak tahulah bila kan... saz... ani.. bila nak wat gather2..

~ Raya Ketiga ~


aku ngan Fateh.. posing dulu sebelum pulang ke kampung halaman hubby di Perak.. baju PINK lagi?? walaupun ada tema tertentu.. bila nak cari kain... mata asyik berkenan yg color PINK tu jer.. why PINK?? aku lebih senang dan selesa pakai baju color merah, PINK dan yang seangkatan dengannya.. bila aku pakai color lain.. aku rasa lain.. nampak pucat jer...


posing dulu..


anak2 ku...

n3 raya ke-4 dan selanjutnya akan aku story kemudian yer.. dah ngantuk ler..


Geng Kitty

Sangkut Paut

3D (1) 5S (3) Acacia (4) Aduan Rakyat (13) Aidijuma (1) Aku dan Dia (60) Amiera (268) Ana Muslim (2) Anniversary (10) Anugerah (11) Aqiqah (5) Ariani (3) Arissa (50) ASB (3) ASUS (1) Avatar (1) Award (6) Bajet (2) BBQ (2) Big Bad Wolf (3) Birthday (73) Biskut (1) Biz (3) Blogger (12) Car (1) Carlo Rino (6) Ceramah (3) CERT (1) ChurpChurp (2) CIC (12) Cloth Diaper (1) Contest (8) Cuepacs (1) Dari Dapur Mama (1) Denggi (1) Diaper Cake (1) Dinner (1) Drama (5) EKSA (1) Exam (2) Expo (2) Family Gathering (22) Fareeda (17) Fateh (192) Floria (1) Frozen (1) Gajet (1) Gift (10) Giveaway (1) Handbag (2) Handphone (4) Hari Raya (148) Hello Kitty (2) HFMD (1) Hobby (2) Holiday (115) Hot Air Balloon (4) Iftar (1) Impian (9) Info (31) Isu Semasa (9) JJCM (12) Juadah (111) Jurnal (4) kak Rose (8) Kecantikan (1) Kenduri (15) Kesihatan (2) Kuarters (11) Kuiz (2) Kursus (19) Lawak (2) Lazada (1) LIMA (1) Lovely Song (7) Luahan (2) MAFIST (5) Majalah (4) MasterChef (6) MeadJohnsons (4) Memori (2) Muffin (2) MyDeal (1) Nilai3 (1) Novel (3) Nuffnang (7) Nuri (5) OnAir (1) Panggung (1) Pekeliling (1) PINK (8) PotLuck (2) PPA1M (4) Pre Loved (1) Pregnant (28) PRU (2) Prudential (2) PTK (2) Puasa (68) Puisi (9) Putrajaya (32) Qaisara HB (3) Ramadhan (16) Resepi (37) Riadah (22) Rumah Peranginan Persekutuan (3) Sad Song (1) Saham Akhirat (5) Sales (5) SBPA (4) Sejarah (1) Seminar (5) Shabby Cottage (66) SimplySiti (3) SkullMate (1) Sogo (3) Solid Food (5) SSPN (3) Streamyx (3) Sustagen (4) TAG (5) Taman Raudhah (13) The Movie (21) Tips (2) Tupperware (2) UPKK (9) UPSR (3) Ustazah Pilihan (6) VAIO (2) Vantage (6) Villa Raudhah (47) Viral (2) watermark (1) Wishlist (2)

Yg Suka Bercerita

Sitting and Blinking Hello Kitty