Fateh pada usia 12 bulan @ setahun

******* Sticky N3 until 20th September 2010 **********

Alhamdulillah...

Pejam celik pejam celik.. dah setahun usia Fateh.. kejap jer kan.. rasa macam baru jer aku berpantang... hiks..

Dah setahun ni.. Fateh dah boleh berjalan dua ke tiga langkah.. kadang2 laju jer ke depan sebelum tersungkur.. hiks.. lawak sungguh cara dia jalan.. masih takut2... tapi semangat tinggi tu.. InsyaAllah.. kalau dia rajin.. boleh jer jalan dengan laju sedikit masa lagi.. pasni teruk ler aku ngan hubby ngejor dia..


senyum lebar kalau nak berjalan tu..

Sabtu lepas Fateh ambik suntikan imunisasi MMR, vaksin Chicken Pox dan Pneumococcal.. dua kali kena suntik.. suntikan pertama kat punggung (MMR dan Chicken Pox) dan yg kedua dan paling sakit kat peha.. menjerit tak hengat!!!.. terus tak nak baring.. malam tu badan Fateh cuma panas sikit jer.. bagi gak lah ubat demam..

MMR dan Chicken Pox adalah imunisasi wajib.. manakala Pnemococcal adalah optional.. so, lagi setengah tahun ambik suntikan lain laks.. rest dulu yer sayang..




Kuat merajuk.. kalau kami main acah2 barang ngan dia.. kalau tak dapat.. mulalah buat muka merajuk.. hehehe..


muka merajuk..

Berat Fateh setakat ni dah 9.6kg.. alhamdulillah.. naik lah sikit daripada dulu.. masa dia demam teruk.. makan pun dah banyak.. risau jugak kalau dia kurus kering.. kan mewarisi gen aku yang keding ni..

Susu pulaks.. aku dalam proses nak tukar ke Enfagrow.. harap2 Fateh boleh terima.. so, far dia minum jugaks.. cuma macam cepat muak jer..


gelagat bila dah pandai berjalan dan tak mahu duk kat dalam walker.. ada jer projek dia..

~ Update 8 Sept 2010 ~

Seminggu selepas dapat suntikan imunisasi... Fateh demam lorrr.. panas siot badan dia.. aku just bagi ubat demam jerk.. ye lah kan.. biasanya kalau setakat demam sehari dua tak perlu ambik antibiotik.. then aku check kat bawah telinga dia macam ada kelenjar bengkak.. confirm tonsil dia bengkak balik.. nak tak nak lepas 4 hari dia demam kami bawak pi klinik.. dapatkan antibiotik dan ubat punggung.. penting tau ubat ni nak2 pulak bila panas dia meningkat hampir 40 darjah.. masuk jer kat punggung.. tak sampai setengah jam.. confirm sejuk.. hehehhe.. kes malas nak berjaga tengah2 malam ler ni..

Fateh sekarang ni dah pandai jalan.. tak yah dah takut2.. pandai sendiri jer dia jalan.. kalau dia letih jalan dia merangkak ler.. yg pasti dia memang dah tak suker duk dalam walker..


4 omelan:

Puteri Satu said...

Baju melayu fateh... cun eh...? alhamdulillah...

Faina Arisya said...

kak puteri..

siyes comel.. ngam2 ngan dia..

ann @ hatiberbunga said...

akak nampak cantik berbaju biru. ;)

Faina Arisya said...

ann..

salah tempat komen ni.. takpe.. akak jawab jugak.. pandangan Ann ye lah kot.. pandangan akak ngan cik abang.. tak sesuai lor.. daku nampak tue.. hehehehe..

Geng Kitty

Sangkut Paut

3D (1) 5S (3) Acacia (4) Aduan Rakyat (13) Aidijuma (1) Aku dan Dia (60) Amiera (269) Ana Muslim (2) Anniversary (11) Anugerah (11) Aqiqah (5) Ariani (3) Arissa (51) ASB (3) ASUS (1) Avatar (1) Award (6) Bajet (2) BBQ (2) Big Bad Wolf (3) Birthday (75) Biskut (2) Biz (3) Blogger (12) Car (1) Carlo Rino (6) Ceramah (3) CERT (1) ChurpChurp (2) CIC (12) Cloth Diaper (1) Contest (8) Cuepacs (1) Dari Dapur Mama (1) Denggi (1) Diaper Cake (1) Dinner (1) Drama (5) EKSA (1) Exam (2) Expo (2) Family Gathering (22) Fareeda (17) Fateh (193) Floria (1) Frozen (1) Gajet (1) Gift (10) Giveaway (1) Handbag (2) Handphone (4) Hari Raya (153) Hello Kitty (2) HFMD (1) Hobby (2) Holiday (115) Homemade (1) Hot Air Balloon (4) Iftar (1) Impian (9) Info (31) Isu Semasa (9) JJCM (12) Juadah (116) Jurnal (4) kak Rose (8) Kecantikan (1) Kenduri (15) Kesihatan (2) Kuarters (11) Kuiz (2) Kursus (19) Lawak (2) Lazada (1) LIMA (1) Lovely Song (7) Luahan (3) MAFIST (5) Majalah (4) MasterChef (6) MeadJohnsons (4) Memori (3) Muffin (2) MyDeal (1) Nilai3 (1) Novel (3) Nuffnang (7) Nuri (5) OnAir (1) Panggung (1) Para Asean (1) Pekeliling (1) PINK (8) PotLuck (2) PPA1M (4) Pre Loved (1) Pregnant (28) PRU (2) Prudential (2) PTK (2) Puasa (69) Puisi (9) Putrajaya (32) Qaisara HB (3) Ramadhan (18) Resepi (38) Riadah (24) Rumah Peranginan Persekutuan (3) Sad Song (1) Saham Akhirat (5) Sales (5) SBPA (4) Sejarah (2) Seminar (5) Shabby Cottage (66) SimplySiti (3) SkullMate (1) Sogo (3) Solid Food (5) SSPN (3) Streamyx (3) Sustagen (4) TAG (5) Taman Raudhah (13) The Movie (21) Tips (2) Tupperware (2) UPKK (9) UPSR (3) Ustazah Pilihan (6) VAIO (2) Vantage (6) Villa Raudhah (47) Viral (4) watermark (1) Wishlist (2)

Yg Suka Bercerita

Sitting and Blinking Hello Kitty