Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

Hari Raya 2010 ~ Raya Pertama - Ketiga

Rasa aku masih tak terlambat aku nak update n3 pasal raya.. sejak cuti raya aku tak sentuh pun pc.. per kes.. streamyx problem lagi lahh... ni pun baru ok.. silap connect daaaa.. tu pun tak reti kan.. sib baik pakar dah datang umah tadi.. so, laju ler aku on apa2 yang patut..

Tengok facebook.. blog.. semua dah masukkan gambar masa raya.. aku baru sempat nak upload malam ni...

Nak citer lebih2 pun rasa malas sesangat.. sebab dah lewat malam dan dah basi dah pun... hehehe.. so upload gambar sambil story sikit..

~ Raya Pertama ~


Amiera, Fateh dan Norish


Posing dulu sebelum bermaafan2..


Second family after abang aku.. family aku ler..


walaupun bukan ayah kandung.. aku tetap hormat dia..


family ketiga.. adik aku..


Amiera malu2 bila aku suh dia salam aku..

mak dan abah aku..


abang aku wt family..

aku & family tersayang..

adik pompuan aku ngan family..

adik pompuan bongsu takde sebab dia beraya umah husband dia di Teluk Intan..


lepas makan2... kami beraya di rumah jiran..

Selepas tu.. kami menziarah pusara arwah nenek, atuk, makcik dan pakcik... kemudian kami ke Segamat, Johor.. menziarah pusara insan yg bergelar bapa dan sedara mara yang telah kembali ke rahmatullah.. rasanya dah lama aku tak ke Segamat... lupakah aku pada asal usulku?? oh tidakkk.. darah bugis Johor tetap mengalir dalam diri aku ni..


abah or ayah?? aku tak tahu nak panggil apa.. anak2mu datang..


masjid inilah yang akan menjadi ingatan aku kalau sesat nanti di kemudian hari..


inilah pusara ayah aku.. kehilangannya memang aku tak rasa sebab aku tak lahir lagi.. jangan fikir lain aaa... masa tu mak aku tengah ngandungkan aku tau!! mak akulah orang yang paling terasa kehilangannya.. dengan anak sulong yang masih 9 bulan dan yg kedua baru 3 bulan dalam rahim..

Balik dari Segamat dah lewat malam.. so, plan nak beraya rumah sedara mara memang tak sempat..penat siot..

~ Raya Kedua ~

Sebelum beraya kena posing dulu kan..


Amiera dan sepupu..


Atuk, Nenek dan cucu2nya..

Kami beraya di rumah sedara mara di Nilai dan Salak.. kemudian aku bergegas pulang ke rumah sendiri sebab ada opismate aku nak datang beraya..


Miza ngan anak2 tersayang..

Sebelah malamnya pulaks kawan sekolah menengah dulu datang beraya... disebabkan teruja sangat berjumpa sampai lupa nak ambik gambar.. rasa nyesal sesangat tak ambik gambar diorang.. nak jumpa lagi tu tak tahulah bila kan... saz... ani.. bila nak wat gather2..

~ Raya Ketiga ~


aku ngan Fateh.. posing dulu sebelum pulang ke kampung halaman hubby di Perak.. baju PINK lagi?? walaupun ada tema tertentu.. bila nak cari kain... mata asyik berkenan yg color PINK tu jer.. why PINK?? aku lebih senang dan selesa pakai baju color merah, PINK dan yang seangkatan dengannya.. bila aku pakai color lain.. aku rasa lain.. nampak pucat jer...


posing dulu..


anak2 ku...

n3 raya ke-4 dan selanjutnya akan aku story kemudian yer.. dah ngantuk ler..

Comments

Popular posts from this blog

Susu Rosak!!

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Kopi Che' Nah