Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

Jamuan Raya Kementerian

Setiap tahun mesti aku pergi jamuan raya kat kementerian..

Semangat tu ngan kawan2 nak pi makan free... raya kan..

Dalam kul 12 lebih dah turun ke lokasi.. tunggu dalam setengah jam, baru Menteri sampai.. lepas baca doa, Menteri berucap, pastu ada penyampaian hadiah kepada yang terpilih.. aku pun tak berapa dengar MC cakap apa.. riuh rendah suara orang..


kanopi PINK siot.. i like!!


ramai siot yg hadir..


aku dan member2.. mata sebelah aku dah start sepet dan kemerah2an.. adakah??? oh tidak...


masing2 ceria berbaju raya.. hiks..

Press of course lah ada.. malam karang mesti ada isu yang jadi topik dalam berita utama yang melibatkan kementerian ni..

Kesian pulak masa penyampaian hadiah kepada golongan kurang upaya.. mungkin diorang accident atau mengalami penyakit tertentu.. ada yang bertongkat.. berkerusi roda.. diorang terpaksa dipapah semata2 nak pi ambik hadiah.. tak salah kalau diorang tu ditempatkan di sudut khas dan hadiah diberikan terus kepada diorang tanpa menyusahkan mereka yang kurang upaya..

kenal kah anda??

Lepas tu.. per laie.. serbu makananlah.. punyalah ramai siot... nak ambik makanan berebut2.. dahlah tempat sempit dengan hujan dah start turun.. adoiii.. mula2 aku ingat nak ambik nasi.. tengok punyalah ramai orang beratur.. maleh lah pulaks rasanya... last2 jumpa laksa johor.. peberet aku tu.. sanggup gak terjah semata2 tak nak kempunan.. alhamdulillah dapat gak.. tapi peristiwa yg amat menyakitkan hati aku buat aku rasa macam nak kuar jer dari majlis tu.. ntah macam mana.. tengah2 nak mencari tempat duduk.. tetiba ada sorang pekerja yg sediakan makanan kat situ.. lalu dan terlanggar pinggan aku tu.. gedeganggg... jatuh berderai laksa aku tu... dahlah langgar... pastu dia pandang terus bla cam tu jerk... hampeh punya pompuan!!! minta maaf pun tidak.. geramnya aku.. nak jer aku lemparkan pinggan tu kat dia.. eiiiii.. sabor2... aku biarkah jer pinggan tu kat lantai.. lantak pi lah.. pandai2 lah kawan2 ko yang lain kutip..

last2 aku ngan member opis cari tempat duduk dulu... aku tak puas hati pi cari lagi laksa kot2 ada.. tengok dalam bekas laksa dah habis.. takpelah takde rezeki.. round lagi kot2 ada makanan lain.. tengok2 semua penuh.. malas aku beratur.. last2 aku patah balik.. minum dulu.. letih siot.. member pun bagi rasa sikit laksa yg dia ambik.. aku tak puas hati.. aku pi balik kat tempat laksa tu.. sib baik ada walaupun dah tinggal sikit..

compare ngan tahun lepas.. tahun lepas lagi best.. makan pun kenyang.. siap boleh tapau lagi tau!!! tahun ni macam diorang berbajet sesangat.. dahlah menu tak banyak.. pastu makanan pun agak sikit.. ramai aku dengar diorang mengeluh makanan dah habis... ni yang tak best ni.. dan telah membantutkan mood aku nak pi terjah lagi.. sepatutnya pihak pengurusan kenalah pandai bajet.. pastu pulak korang2 yang ambik makanan banyak2 tu especially sate.. agak2 lah... dahlah bajet ciput janganlah korang sapu banyak2.. ingat2 gak ler orang lain..

sekadar pandangan dari aku..

Comments

Popular posts from this blog

Susu Rosak!!

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Kopi Che' Nah