Kita Seronok Beraya.. Diorang Lagi Seronok Mencuri

Kes pecah rumah kat taman aku ni masih tak de penghujungnya.. semakin banyak rumah yang kena pecah.. tetapi penyamunnya masih bebas di luar sana...

Bijak dan cerdik sungguh taktik penyamun2 ni.. masa cuti hari raya takut pulak korang nak buat projek ya.. ker tengah berseronok2 beraya jugaks.. tak pun takut ngan guard yang ditugaskan..

Isnin baru2 ni.. semua orang dah mula kerja.. diorang pun buat kerja jugaks.. 2 kes dalam sehari... banyaknya untung diorang.. satu rumah hilang TV 52".. yg satu lagi aku tak sure.. keesokannya pulaks.. rumah sewa student..dengarnya polis hampir berjaya menangkap penyamun tapi lolos.. diorang cuba nak kidnap laptop student..

Pengajaran dari kisah ni...

1. Pemilik rumah tidak pernah mendaftar menjadi ahli persatuan penduduk.. tak tahu OR tak nak ambik tahu??? bila dah jadi kes macam ni.. baru terhegeh2 nak cari persatuan..

2. Kot yer pun kita ni mampu beli yg mahal2.. janganlah ditunjukkan sangat.. kotak TV letak kat tong sampah depan rumah.. apa kes!! confirm ler penyamun tu tertarik da boom!! menjerat diri sendiri ler namanya..

Nasihat aku untuk semua penghuni yg belum jadi ahli dan bakal penghuni kat taman aku ni... esp. Ann.. jangan segan silu mendaftar jadi Ahli Persatuan yer..

Memandangkan aku dibelakang orang kuat kat taman ni.. banyak kisah2.. tragedi2.. dan perselisihan faham.. dah nak penuh kat kepala otak aku ni.. selama ni aku banyak berdiam diri dan hanya memberi nasihat di belakang tabir..

Dari pengamatan aku.. ramai yang suka kondem dari buat keje.. korang ingat jadi AJK ni berbayar ke?? atas ihsan jer tau!! korang ingat aku suker sangat ke suami aku tu jadi orang kuat.. ngadap aku anak beranak kat rumah lagi bagus tau dari memikirkan masalah korang!!! eiiii... geramnya aku!! kira nasib baiklah aku lepaskan jugak suami aku tu walaupun macam ada rela dalam paksa.. hahahhaa... siyes beb.. kadang2 tension ooooo... kalau rasa idea anda tu bernas dan bagus untuk penduduk taman.. tak salah kalau anda sendiri yang menguruskannya.. jangan asyik nak salahkan orang lain aja.. fikir dulu diri sendiri.. banyak mana sumbangan anda pada persatuan dan rukun tetangga.. dan kalau rasa diri tu hebat sesangat.. apa kata korang offer diri korang jadi orang kuat... ada berani???? waaaaa... best..best.. lagi aku suker!!!

Sebut pasal rukun tetangga.. banyak jugak komplen pasal ketidakadilan dalam bertugas.. tok sah nak komplen2 pasal orang yang bertugas tu.. itupun bagus sesangatlah diorang turun.. kalau merajuk diorang nanti... haaaa... memang tak berjaga langsung lah taman kita ni.. sanggup ke kalau penjenayah2 yg buat projek awal2 pagi tu dah terpacak dalam rumah kita??? bersyukurlah dan bersama2lah menyumbang ke arah kebaikan..

daripada komplen pasal orang yang bertugas... awat tak ting tong jer rumah orang yang tak pernah turun rukun tetangga tu.. bagi nasihat secara berhemah.. janganlah pulak tengking mengking.. confirm orang tu tak nak langsung turun padang.. carilah pendekatan yang sesuai untuk meramaikan ahli rukun tetangga ni..

satu lagi pasal puak memuak ni.. boleh tak kalau jangan dok berpuak2.. apalah salahnya.. hidup bermasyarakat ni anggaplah semua jiran2 kita sebagai ahli keluarga jugak.. kan kak Puteri kan.. bila nak mai beraya kat rumah!! dahlah nak joinkan semua suri pun susah.. kalau ada aktiviti2 persatuan or surau susah sangat nak tengok suri2 turun padang.. walaupun aku ada anak kecik.. mcm2 nak fikir pasal anak.. dengan sikap malu aku yg tak bertempat ni.. aku turun jugak tau kecuali time solat tarawikh.. sapa nak jaga Fateh oiii... tak pasal2 dia duk ngadap orang tengah solat.. naya aku.. itupun bila suami aku yg suruh.. hehehe... bukannya apa.. dah fedup ngan golongan suri yang dicontrol oleh suami atau diri sendiri yang tak bercampur.. kalau sakit tu lainlah citer.. takkan sakit2 pun nak datang.. agak2lah!! so, hopefully.. majlis jamuan hari raya taman nanti.. turunlah padang.. meriahkan suasana.. pastu jangan dok berkumpul ngan puak masing2 jer.. pastu janganlah lupa tegur aku.. yelah kan.. aku ni pemalu orangnya.. ahaks..

itulah luahan aku untuk para penduduk kat taman aku ni buat masa ni yer.. lenkali kalau ada luahan.. aku luah lagi.. suker aku lah nak luah.. jangan mare aaaa...


9 omelan:

SUZIE APAI said...

btul la tu....sikap manusia mmg mcm tu. Tahu komplen ajer...bila dh sumer nk tunjuk pandai kesudahanner makan diri sendiri...klu org zaman dulu2, patuh ngan ketua

Hot Mummy said...

alamak kak, dorg komple sbb ramai yg x turun berkawal malam2 ke? Ish, dh la husband saye selalu keje luar tp insyaallah, kalo dh pindah sane, Ina akan mendaftar jadi ahli persatuan.

Faina Arisya said...

suzie..

tulah kan.. orang dulu2 memang taat dengan ketua.. tapi masalahnya kadang2 ketua pulak naik tocang.. hahahaha...

hotmummy..

ada gak diorang komplen.. tapi jenis yg tak puas hati ni suka komplen orang yg bertugas.. tu ler masalah mental diorang ni..

Puteri Satu said...

emmm... gitu plak ek...? ntahlah faina... yang pasal pecah rumah tuh.. benda ni dah lama dah terjadi.. sepatutnya kita dah tak boleh just nak ambik pengajaran.. sebab dah berkali2 terjadi.. yang penting sekarang.. kita kena ambik langkah2 untuk mengelakkan dari ianya terjadi lagi... husband akak rasanya dah berapa kali kemukakan cadangan pasal security ni.. tapi tuhla.. dah nak penuh penduduk taman ni.. masih lagi.. tak dilaksanakan... akak pun musykil gak... nak tunggu sampai setiap umah kat taman kita ni kena pecah ke baru nak ambik security...

dan satu lagi akak cuma geram kat penduduk yang tak join RT je.. husband memasing berjaga memalam... tapi husband depa sedap tido kat umah... senang hati la ada orang jaga memalam... itu je yang akan geram...

Faina Arisya said...

kak puteri..

tulah.. dengar jugak pasal hubby akak bagi cadangan.. pasal security ni pun dah lama dicadangkan tapi kebanyakan orang kat sini tak mau sebab tak berkemampuan nak bayar.. susah nak cakaplah.. kena cari inisiatif lain untuk adakan security dan mampu bayar..

tang tak turun RT tu memang susah nak cakaplah.. sebab RT ni bukannya paksaan.. sukarela.. tapi yg jenis tak mau turun tu.. mmm.. no komen lah.. dah kena kat batang hidung sendiri baru tau..

Puteri Satu said...

tuhla faina... memang bukan paksaan... tapi memasing ada otak.. fikirla sendiri... jangan dok pentingkan diri sendiri jek... orang lain susah payah bersengkang mata.. kena fikirla sikit kita ni hidup bermasyarakat...

akak tak leh terima klu alasan sebab tak mampu bayar... klu kita dok fikir orang tak mampu bayar.. memang sampai sudah security takkan dilaksanakan... klu ditanya kat taman perumahan lain... memang tak kesemua rumah yang akan bayar.. ada yang takkan bayar.. itu memang lumrah... tapi kita tak leh nak ikutkan yang tak mampu bayar tuh.. sebab semua tu cuma alasan saje... kita abaikan saje.. kita laksanakan... macam akak memang susah hati tinggalkan rumah time bekerja.. sebab kat umah ada nyawa yang ditinggalkan... yang pergi kerja.. tinggalkan harta benda tak per la... harta boleh cari.. tapi klu nyawa??? boleh ganti ke...

akak dengan rela hati... sanggup sediakan survey form.. klu nak laksanakan security ni.. sebab akak tak nak tunggu lebih lama klu sampai sudah taman kita tak de security.. baik akak pindah rumah lain yang ada security... dari akak gadaikan nyawa orang yang tersayang...

Puteri Satu said...

satu lagi.. panjang lak komen akak ni... alasan tak mampu bayar tu alasan yang akak rasa sangat2 tak boleh diterima... paling mahal pun setiap rumah kena bayar sebulam rm50 saje... adakah kita sanggup kehilangan rm50 sebulan... daripada kita kerugian beribu2 ringgit dalam sekelip mata...

akak rasa... kita abaikan sajelah orang yang beralasan yang tak boleh diterima tuh... lantak dia... jangan hiraukan...

Faina Arisya said...

waaa kak puteri.. caiyok2.. leh jadi ketua puteri ni.. hiks..

dulu saya dah cakap dah ngan husband.. buat jerk security walaupun ada yg tak mampu bayar.. kena berkeras sikitlah.. kalau diorang tak mampu bayar mahal2.. bayar takat RM30.. takkan tak boleh kot.. kalau prepaid ngan rokok boleh jerk..

tapi tulah kan.. keputusan bukan ditangan kita dan bukannya di tangan pengerusi.. kena dapat persetujuan AJK.. pasal security masa raya tu pun husband saya dapat beberapa email yg tak puas hati.. pening kepala dia memikirkan masalah orang kat taman kita ni..

Puteri Satu said...

bukan akak ni nak memandai faina... tapi dalam bab2 keselamatan keluarga ni.. memang akak tak boleh nak bertolak ansur..

pasal faina kata kena dapat persetujuan AJK... kenapa.. ada AJK yang tak setuju adakan security ke..? kalau macam tu... kita buat survery form.. dan tengok ramai ke tak ramai yang setuju... kita ikut majority... takkan kita nak ikut kata AJK yang tak setuju tu... kalau dilayan kata orang yang tak setuju tu.. memang sampai sudahlah tak terlaksana...

Akak cakap betullah faina.. kalau tahun depan stil tak terlaksana lagi security ni... maybe akak ambik keputusan pindah rumah je... buat apa akak gadaikan nyawa keluarga akak kat taman yang tak selamat cam taman kita tuh... nak adakan security tapi memacam halangan...

Geng Kitty

Sangkut Paut

3D (1) 5S (3) Acacia (4) Aduan Rakyat (13) Aidijuma (1) Aku dan Dia (60) Amiera (269) Ana Muslim (2) Anniversary (10) Anugerah (11) Aqiqah (5) Ariani (3) Arissa (51) ASB (3) ASUS (1) Avatar (1) Award (6) Bajet (2) BBQ (2) Big Bad Wolf (3) Birthday (75) Biskut (2) Biz (3) Blogger (12) Car (1) Carlo Rino (6) Ceramah (3) CERT (1) ChurpChurp (2) CIC (12) Cloth Diaper (1) Contest (8) Cuepacs (1) Dari Dapur Mama (1) Denggi (1) Diaper Cake (1) Dinner (1) Drama (5) EKSA (1) Exam (2) Expo (2) Family Gathering (22) Fareeda (17) Fateh (193) Floria (1) Frozen (1) Gajet (1) Gift (10) Giveaway (1) Handbag (2) Handphone (4) Hari Raya (153) Hello Kitty (2) HFMD (1) Hobby (2) Holiday (115) Hot Air Balloon (4) Iftar (1) Impian (9) Info (31) Isu Semasa (9) JJCM (12) Juadah (114) Jurnal (4) kak Rose (8) Kecantikan (1) Kenduri (15) Kesihatan (2) Kuarters (11) Kuiz (2) Kursus (19) Lawak (2) Lazada (1) LIMA (1) Lovely Song (7) Luahan (3) MAFIST (5) Majalah (4) MasterChef (6) MeadJohnsons (4) Memori (3) Muffin (2) MyDeal (1) Nilai3 (1) Novel (3) Nuffnang (7) Nuri (5) OnAir (1) Panggung (1) Pekeliling (1) PINK (8) PotLuck (2) PPA1M (4) Pre Loved (1) Pregnant (28) PRU (2) Prudential (2) PTK (2) Puasa (69) Puisi (9) Putrajaya (32) Qaisara HB (3) Ramadhan (18) Resepi (37) Riadah (22) Rumah Peranginan Persekutuan (3) Sad Song (1) Saham Akhirat (5) Sales (5) SBPA (4) Sejarah (1) Seminar (5) Shabby Cottage (66) SimplySiti (3) SkullMate (1) Sogo (3) Solid Food (5) SSPN (3) Streamyx (3) Sustagen (4) TAG (5) Taman Raudhah (13) The Movie (21) Tips (2) Tupperware (2) UPKK (9) UPSR (3) Ustazah Pilihan (6) VAIO (2) Vantage (6) Villa Raudhah (47) Viral (4) watermark (1) Wishlist (2)

Yg Suka Bercerita

Sitting and Blinking Hello Kitty