Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

Bakal Sekolah Baru Amiera

Semalam..

Urusan pertukaran sekolah Amiera.. alhamdulillah semuanya berjalan lancar..


tinggal kenangan.. sekolah ni aman jer.. tenang jer..


Amiera yang dah pening bila kami dok cerita pasal sekolah baru dia..

Lepas urusan pertukaran kami survey taska dan van sekolah.. untuk taska kalau boleh aku prefer taska yang ada kemudahan transit.. senang tempatkan Amiera ngan Fateh.. ada beberapa pilihan antaranya:-

1. CIC (Children Islamic Centre) - Presint Diplomatik


pics dari CIC..

- Tempat memang selesa.. pembelajaran memang bagus.. untuk transit ada beberapa pilihan, begitu juga untuk playschool.. tapi... mahal siot.. cam tak berbaloi hantar Fateh kat situ.. sebulan lebih RM500.. Fateh jer tau.. budak sebesar Fateh tu manalah nak belajar sangat.. tahu makan dan minum jer.. belum yuran transit Amiera lagi.. kalau campur Amiera.. bangkrap aku camni..

2. Alif Ceria (little Caliph) - Presint 14


pics dari alifceria.blogspot

- Tempat menarik.. untuk transit pemilik boleh tolong ambilkan pelajar dari sekolah.. tapi sayang.. transit dah penuh dan taska dimansuhkan tahun depan..

3. Q-Dess (tak terjah) - Presint Diplomatik

- Aku tak terjah.. aku rasa mungkin mahal dan tiada penempatan taska.. uols ada yg pernah survey tak??

4. Smart Reader - Presint Diplomatik

- Yang ni confirm2 mahal.. aku terjah tapi salah tempat.. sebab asalnya nak cari tadika lain..

5. Sinaran Kasih - Presint 14

- dah tukar nama tapi lupa laks.. taska kat presint 14, tapi transit kat Presint Diplomatik.. asing pulaks.. susah lah camni..

6. Al-Qalam - Presint 14

- yang ni memang dekat sangat ngan sekolah Amiera.. taska ngan transit duk sekali.. cuma masalahnya terlalu crowded.. diorang ada plan nak pindah tempat yang lebih besar dan selesa.. hopefully by end of november tmpt diorang dah ok.. so, boleh aku proceed daftarkan Amiera..

7. Vonad - Presint 15

- kami cari tapi tak jumpa2.. bila call tak berjawab.. pastu owner call balik.. katanya kat Blok B.. kami pulaks dah kuar dari Presint 15.. so, malas nak patah balik.. taska ngan transit lain2 tempat.. susah jugaks..

So, solutionnya.. belum pasti taska yang mana satu pilihan di hati.. cuma kami dah booking kat Al-Qalam tu.. next time nak survey lain2 tempat yang berdekatan..

Tadika Amiera yang sedia ada ni memang ok.. cuma jauh dari Presint 14..

Pening juga bila memikirkan pasal persekolahan anak2 ni.. kalau boleh aku mestilah nak yang the best untuk anak2.. tapi kalau tak mampu tu nak wat camna kan.. ikut kemampuan jer lah..

So, kepada blogger2 or silent reader yang duk kat area Putrajaya ni esp kat area Presint 14,15,16.. kalau ada info tolong share yer..

Comments

Popular posts from this blog

Susu Rosak!!

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Kopi Che' Nah