Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

Jamuan Terakhir Di Akhir Syawal

Petang tadi.. baru je sat habis.. dalam kul 3.30 ada jamuan disediakan oleh pakcik kafe kat opis aku ni.. pertama kali diadakan sejak aku keje kat sini.. cayalah pakcik.. murah rezeki tau!!

Gambar tak sempat nak snap.. ramai yang berebut2 ambik makanan.. ada yang tapau.. salah seorangnya aku lah tu.. hehehe,. mana taknya.. lunch hour aku dah makan.. siap beli kuih lagi untuk makan petang.. tak tahu pun ada jamuan.. kawan2 yg bagitahu.. so, tapau jer lah..

Yang aku makan kat kafe hanya pulut ngan kuah durian... pastu pekena teh tarik.. erkk... alhamdulillah... makin kenyang siot..

Antara menu yang disediakan:-

Sate
Nasi Impit
Lemang
Rendang Ayam
Meehun
Mee Goreng Basah
Pulut dan kuah durian
Kuah kacang
Daging masak kicap
Kuih-Muih
Kek
Buah2an

Yang bestnya.. pakcik tu pun offer semua makanan yang tak habis masa lunch tadi free of charge.. berebut2 orang tapau.. hehehehhe.. kasi clear semua...

Terima kasih yer pakcik.. tersenyum2 pakcik dengan pakaian baju Melayu dia.. hehehehehe.. tahun depan jangan lupa jemput lagi tau.. sure ramai yang serbu..

Comments

Popular posts from this blog

Susu Rosak!!

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Kopi Che' Nah