Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

Seminar @ Hilton KL Hotel

Hari ni aku ada seminar setengah hari kat Hilton Hotel.. cari2 kat google.. oooo.. kat area KL Sentral rupanya..

Aku pergi ngan hubby.. berpusing2 cari main lobby.. tak jumpa2 jalan nak masuk.. last2 tanya guard kat situ.. sib baik aku tau.. terkontang kanting aku sorang2 cari tempat.. member aku yang lain naik teksi.. diorang dah sampai dulu.. rupa2nya tempat aku lalu tu kawasan basement.. so, aku kena naik lif untuk ke main lobby..

Sampai jer kat main lobby.. arggghhh.. kerdilnya aku rasa sorang2 kat situ.. tapi gaya kena confident beb.. hehehhe... selamba rock jer aku jalan.. sampaikan staff kat situ siap hormat dan wish "Good Morning" lagi kat aku.. hehehhe.. bagus2.. macam ni ler layan tetamu..

Sampai kat kaunter.. register.. pastu breakfast.. walaupun dah kenyang sebab dah pekena roti canai ngan hubby, makan jugaklah.. sedap jugak.. dalam kul 9 lebih seminar start.. seminar dalam room yang aku breakfast tu.. makan sambil mendengar seminar.. per lai.. dah kenyang ngantuk ler.. apa yg diorang cakap.. ada yg aku dengar.. ada juga yang hilang di sebalik bintang2 atas kepala aku ni.. hehehhe..


ni lah seminar nya.. RedHat.. JBoss.. dapat gift key-chain RedHat..


masing2 tengah melayan keenakan makanan yang disediakan..


aku ngan adik2 opis..


tak sudah2 bergambar.. heheheh.. well.. blogger kan.. wajib gitu!!


tengok lah desert ni.. cam ni pun dikira hiasan..

Habis seminar dalam kul 12 lebih.. so, kami bergegas ke KL sentral di sebelah hotel.. malas nak naik ERL atau naik teksi.. teksi of course mahal.. ERL dah boring.. so, kami sepakat nak naik bas.. lama siot dah tak naik bas.. mencabar jugak rasanya..

Mula2 cari bas Rapid yang nak ke Putrajaya.. tapi tak jumpa2.. rupa2nya hentian bas Radid ke Putrajaya dah tukar ke Pasar Seni.. naik bas Metro ke Pasar Seni.. heheheh.. riuh siot.. dah macam budak sekolah kami ni.. hehehhehe..


brother yg pakai spec tu mesti kata kami ni kecoh!.. hiks.. jangan mare yer tuan..


pemandangan dalam bas metro.. sib baik tak ramai orang..

dari pasar seni tercari2 jugak bas Rapid ni.. sib baik jumpa..


sunyi jer sebab tak ramai orang yang nak ke Putrajaya tengah2 hari ni..

Comments

Popular posts from this blog

Susu Rosak!!

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Kopi Che' Nah