Posts

Showing posts from November, 2010

Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

Kan dah Merajuk..

Image
Kisah semalam.. Kan KL hujan lebat.. of course ler en hubby tu akan sampai lambat.. risau oooo... Memang kitaorang plan nak angkut barang sikit2 kat rumah baru ni.. alang2 memang dekat ngan opis aku ni.. so, sebelum balik singgah sat angkut apa yg patut.. sampai rumah baru dah nak maghrib.. hujan laks tu.. dahlah parking kat bawah bumbung penuh.. redah jerlah.. Alang2 angkut tu memang aku kemas skit2 kat dapur..settle kan pinggan mangkuk kat dapur.. pung pang pung pang.. kemas sana kemas sini.. dah kul 8 lebih.. Bergegas balik rumah.. sampai2 dah nak kul 9.. sampai taska Fateh.. Amiera turun dari tingkat atas... dengan lajunya keluar rumah terus masuk kereta.. aku dah risau.. per hal pulaks dia ni.. kena marah ngan pengasuh ke.. Sampai rumah.. masih masam muka.. pastu nangis.. aku try pujuk tanya kenapa nanges.. bila tanya kena marah ngan pengasuh ke.. geleng kepala... bila tanya lapar ke.. geleng kepala.. bila tanya sebab mama ngan papa lambat ke.. diam seribu bahasa.. just keluar air

Rugi... Sia2.. Silap aku jugaks..

Image
Mati2 aku ingatkan boleh collect semua barcode.. siot tul.. aku pun satu.. rajin bebenar ler aku collect barcode2 tu.. Aku ingatkan semua produk MeadJohnsons boleh collect point.. rupa2nya aku silap daaaaa... Hampir setahun aku collect barcode Enfalac A+.. ada 20 barcode.. tapi diorang reject.. lorrrr.. aku memang tak perasan langsung dalam website.. cissss.. letih aku jer menggunting bagai... Ni statement dari website yg baru aku perasan.. selama ni boleh aku tak perasan.. siot tul.. How do I redeem free gifts and what are kitty points? You can exchange your tin foils and/or barcodes from EnfaMama A+, Enfagrow A+ and Enfakid A+ for points. With these points you can exchange them for gifts. Excited punya pasal.. sampai sanggup wat n3 pasal nak post barcode tu.. Tapi takpe.. ada 11 barcode yang diterima.. alhamdulillah.. so, far total point sekarang 340 semuanya.. pasni aku akan semakin gigih untuk collect point.. bila dah b

Kisah Tragis @ OnDScene

Actually.. aku ni memang minat giler layan blog En. Sham (OnDScene) ni.. hari2 mesti aku tengok cerita latest dari dia.. aku kan suker citer2 bercorak animasi, misteri, siasatan ni.. so, OnDScene is my right place to know what is happen around us.. walaupun banyak berita hanya sekitar KL / Selangor tapi itu banyak mengajar aku tentang erti kehidupan dan kematian.. tapi tak insaf2 lagi ni weii.. apa ke hei (sleng perak skit)!! Aku suker blog tu jugak sebab banyak gambar2 yg di snap oleh beliau sendiri semasa beliau berada di lokasi kejadian.. kadang2 ada yang terlalu dasyat.. tapi aku masih boleh nengoknya.. ada sesetengah orang memang tak leh tengok darah.. so, kalau gambar2 ekstrem tu uols jangan lah tengok.. kang pengsan.. susah aku ngan En. OnDScene tu.. dia dah mention awal2 tau dalam blog dia.. janganlah korang buat dek jerk.. tak pasal2 terbeliak mata korang.. turun naik darah tu nanti.. haru.. Dan baru tadi aku baca satu kisah yang amat tragis.. kisah sepasang suami isteri yang

Wajah kesayangan bonda

Image
Berbalik kisah gigi anak pompuan aku tu.. Lupa nak story.. masa gigi dia nak patah tu.. siap dia bagitahu kat aku.. kalau gigi patah kena letak bawah bantal.. nanti dapat banyak duit syiling macam citer PowerPuff Girl.. yolah tu!! copek kayo lah mak kau ni kalau macam tu.. Haa.. tu ler.. selalu sangat tengok citer katun.. suka berangan.. see.. dah tumbuh dah gigi kat belakang gigi yang patah tu..

Kum Kum

Assalamualaikum... kum.. kum.. kum.. Pernah dengar pasal kum kum?? kalau orang India kum kum ni yang warna merah letak kat dahi tu.. Uols tengok tak citer semalam?? dah hampir sejam citer tu bersiaran baru aku perasan.. Semalam.. sambil aku packing2 barang.. cam biasalah kalau MJ ni.. aku mesti tunggu kul 9.30 mlm.. sebab siaran cerita seram kat tv3.. kebetulan pulaks citer Durja Ningsun dah habis.. so, ingat nak tengoklah kot2 citer yang baru ni seram kan.. gazette cam best jerk.. Yang tak bestnya citer seram kat TV3 ni lebih kepada SAKA.. Perasan juga citer kum2 sebelum ni.. aku ingatkan hari Ahad.. tup2 masa iklan kat tv3.. biasalah kan tv3 iklan dia lama sikit.. so, alihlah ke Chanel lain.. lor.. frust giler sbb citer Kum Kum dah start kul 9.00 mlm.. So, aku cuma sempat tengok sejam terakhir jer.. memang aku tak kalih2 dah laaa.. Bila tengok tajuk citer Kum Kum ni mengingatkan aku masa zaman budak2 dulu.. memang pernah gempak la kisah hantu Kum Kum ni.. modus operandi citer hantu n

Something to share..

Image
Ambik dari email.. untuk renungan aku sendiri dan semua kaum Hawa di luar sana.. Malam pasangannya siang, Jaga pasangannya tidur, Rajin pasangannya malas, Dan lelaki pasangannya perempuan. Kerana perempuan adalah pasangan kepada lelaki, maka Allah telah menciptakan bentuk badan wanita itu dapat memikat hati lelaki. Bila berkata tentang terpikat, maka ia ada hubung kait dengan nafsu. Jika ia ada hubungkait dengan nafsu, ianya ada hubungan pula dengan bisikan syaitan. Jadi untuk mengawal nafsu, mestilah dikawal dengan iman. Untuk mendapatkan iman mesti menurut perintah Allah dan RasulNya dan menjauhi laranganNya. Pada mata lelaki, perempuan ini adalah simbol. Simbol apa, semua orang tahu. Orang lelaki mempunyai imaginasi yang nakal jika tidak dikawal dengan iman. Maka mata lelaki ini selalu menjalar apabila terlihat seorang perempuan. Setiap bentuk badan seorang perempuan boleh dihayati oleh seorang lelaki dengan berbagai-bagai tafsiran nakal naf

Tips Hari Ini

Tips dari Syeikh Abdulkadir Al Jailani untuk sentiasa bersangka baik sesama insan. Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu. Ucapkan dalam hatimu : "Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku.." Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu) : "Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku.." Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu) : "Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku.." Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu) : "Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak ku ketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku.." Jika bertemu dengan seorang yang bodoh, maka katakanlah (dal

Patah Sudah

Image
Semalam.. Kelonggaran tu sebenarnya dah lama cuma tak berapa ketara.. dan semalam.. kelonggaran agak ketara.. so, aku suh dia main2kan.. mmmm.. jgn fikir negatif yer.. Kisahnya si Amiera ni.. gigi dia punya hal lah ni.. gigi bawah dia tu dah goyang sikit.. so, aku suh dia goyangkan perlahan2.. makin lama gigi dia dah hampir tercabut.. Sampai ke malam.. masih tak tercabut2.. aku suh jugak dia goyangkan lagi.. siap warning kalau tak nanti malam.. tak sedar tertelan gigi.. erk.. dengan memek muka yg menakutkan.. hehehhe.. Aku ni tak berani nak tolong cabutkan.. ngeri siot.. aku boleh rasa ngilunya gigi aku bila tengok gigi tu bergoyang... adoiii... Sambil nengok citer Toy Story.. tanpa sedar.. Amiera terus bangun ngadap aku kata gigi dia tercabut.. aku ingatkan dia tipu aku sebab dah byk kali dia main2kan aku.. tengok2 betul beb.. tak de darah sangat.. cepat2 aku suh dia kumur2.. Pastu aku perasan.. ada keanehan dalam mulut dia.. arghhhh... benda yang aku tak nak.. jadi jugaks.. ni ler a

Tenancy Agreement

Firstly... Aku nak wish kat ana @ kirana24.blogspot.com yang sudi emailkan sample tenancy agreement ni.. tima kasih yer ana.. Actually.. aku baru tau ok pasal istilah tenancy agreement ni.. maklumlah tak pernah berurusan pasal sewa menyewa ni.. uols tau ke?? tenancy agreement ni perjanjian sewaan lebih kurang.. Jenuh semalam aku cuba mentranslate dan tengok contoh yang ada utk buat tenancy agreement ni.. aku kalau boleh nak cari yang simple dan mudah difahami.. janganlah panjang berjela2 sampai aku dan penyewa malas nak baca.. mula2 try ler translate guna cik google.. ada yg ok dan ada yg dah lari maksudnya.. pastu minta tolong kawan2 opis yg baik hati tolong check.. Ingatkan dah ok.. tapi aku still tak puas hati.. aku search lagi kat cik google.. kot2 terjumpa tenancy agreement yang lebih sesuai... dan akhirnya.. aku terjumpa kat dalam satu laman web ni http://www.lawyerment.com.my ... kat situ siap boleh buatkan draf lagi.. so, kalau uols pun ada tujuan cam saya ni leh ler guna seb

Iklan Ditutup

Image
Untuk makluman yer.. iklan rumah untuk di sewa telah ditutup kerana telah ada penyewa.. rumah yg bakal didiami oleh penyewa.. Sabtu baru2 ni.. hubby tampal iklan kat depan pagar rumah.. dalam tempoh tak sampai 48 jam.. rumah kami telah ada penyewanya.. lagi senang iklan direct depan rumah compare iklan kat internet ni.. Lepas hubby tampal tu bertalu2 gak ler orang call.. ada yg nak sewa bilik.. nak masuk awal.. then yg penting tanya harga sewa rumah.. kebanyakannya bila kami response price (yg exactly mahal pd diorang tapi tidak bagi kami coz why?? rumah kami semi-furnished.. kalau compare ngan rumah lain yg kebanyakannya kosong).. pastu diorang just balas akan msg or call back.. tapi ke sudah tak call2.. hehhee.. standardlah tu.. Dan petang semalam.. aku perasan ada sebuah kereta hitam parking kat tepi luar rumah.. risau gaks.. hubby pulaks takde kat rumah.. then hubby balik kata ada someone berbangsa asing call hubby.. kata nak tengok rumah.. aku agak orang yg parking kat luar tu.. d

Tukar Lagi

Amacam ok tak aku punya template baru ni?? Punyalah naik juling mata hitam ku ni cari template yang sesuai.. so, terjumpalah template ni.. aku suker sesangat sebab banyak roses bertaburan kat header.. ehehhee.. cuma chandelier, bayang2 bunga ngan orang2an tu nampak menyerabutkan.. tapi oklah tu.. tak reti aku nak edit2 gambar tu.. berpinau2 mata aku ni.. Plan asal nak upah orang design jer.. tapi mahal gaklah.. cam tak berbaloi.. lainlah kalau duit gaji aku tu lebihnya ribu2an.. template ni pulaks kadang2 kita cepat jemu.. so, baik guna yg free jerk.. kena rajin explore lah.. Yang aku tukar design kat sidebar-wrapper.. tambah skit ngan signature.. pastu touch2 skit mana yg perlu.. Sekarang ni aku tengah nak cari ke mana perginya wording kat header.. confuse.. nak kena godek balik coding2 XML ngan CSS tu.. Bila dah ada template baru ni barulah ada semangat nak post n3.. ngeh..ngeh..ngeh.. bleh ke?? kalau dah sindrom M tu datang takbleh buat apa dah..

Bakal Kediaman Baru

Image
Semalam.. pi An-Nur.. selesema ngan batuk Fateh tak hilang2 lagi.. dah seminggu lebih.. Nasib baik tak ramai orang.. Lepas citer masalah Fateh.. dan Dr tengok rawatan2 dia sebelum ni.. bila Dr check paru2 dia.. so far takde bunyi.. batuk tak ketara sangat.. itupun aku bekalkan dia ngan inhaler utk kurangkan lelah.. kalau tak mahu teruk juga batuk dia tu.. bila Dr check tonsil, ada sedikit merah.. alhamdulillah nasib baik tak teruk.. pastu kami tanya pasal ada benjolan kecil kat belakang kepala dia.. Dr kata itu adalah infection daripada tonsil dia dulu.. lepas dah ok semua akan hilang sendiri.. tapi kalau tak hilang2 jugak.. itu cerita lain katanya lahh.. buat risau aku jelah Dr ni.. hopefully nothing serius.. Lepas ambik ubat selesema, batuk dan demam.. ubat demam tu ubat standby sebab yg sedia ada tarikh dah lama.. last sekali bulan sept kalau tak silap aku.. sebab ubat demam yg awal okt aku bekalkan kat taska.. penting tinggalkan ubat kat taska.. incase emergency demam mengejut.. pe

Anugerah Ilahi

Image
Cute girl.. the one and only my daughter.. kuat merajuk.. sensitip.. tapi rajin dan dengar cakap mama.. Handsome boy.. the one and only my son.. suka gigit.. cepat naik angen kalau mood tak baik.. tapi suker senyum dan kiss mama.. geram..geram..geram.. Windu aaa ngan anak2.. gelagat diorang.. walaupun kadang2 buat aku marah.. tapi tanpa mereka aku sunyi... chedih.. chedih.. tak sanggup pisah wei.. susah senang biar sama2.. Anugerah Ilahi yang tak ternilai harganya.. syukur ya Allah atas anugerah ini.. mama sayang Amiera.. mama sayang Fateh.. sayang sangat2... muahhhh..muahhhh.. everyday kena bagi kiss kat anak2 tanda yang kita sayang kat mereka..

Selamat Hari Raya AidilAdha

Salam petang semua.. Alhamdulillah lega sikit kepala aku lepas telan ponstan dan dpt tidur sekejap.. terpaksa maaa.. aku dah rasa lain macam tadi.. Esok kan kita semua umat Islam akan menyambut Hari Raya AidilAdha.. so, bersama2lah kita menyambut hari yang penuh makna ini dan ingatlah sedara seIslam kita yang sedang mengerjakan ibadah haji di sana.. Uols balik kampung ke?? aku tak lah.. cuti den dah tinggal sikit.. standby utk next month takut2 anak2 aku demam mengejut.. So, di kesempatan ini aku mengucapkan selamat hari raya aidiladha kepada semua umat Islam di dunia ini.. samada blogger2.. silent reader.. sanak sedara.. sahabat handai.. jiran tetangga.. Malam ni aku akan berjuang keseorangan utk menyiapkan juadah untuk suami terchenta.. kang tak masak rendang.. majuk pulak cik abang.. hiks.. jangan mare yer bang.. Tapi kan.. kenapa kalau hari raya aidil adha kurang sambutan eh.. compare ngan raya aidilfitri.. cuma persamaannya.. bila takbir bergema.. tu memang syahdu siot.. oklah.. p

Lakaran Kehidupan : Part 1

Image
Assalamualaikum... Kejap jer kan... Macam tak percaya pun ada.. Tapi inilah roda-roda kehidupan.. dari siang ke malam.. hari berganti hari.. bulan berganti bulan.. tahun berganti tahun.. perjalanan hidup sejak dilahirkan.. banyak pengalaman pahit manis ditempuh.. Era 80-an.. Dari seorang budak kampung.. yg tak pernah tahu erti kehidupan di luar.. hanya di corok kampung.. tinggal menumpang di rumah nenek... aku panggil nenek aku 'Mak' dan atuk aku panggil 'Abah'.. atuk aku meninggal tahun 1986.. nenek aku meninggal thn 2006.. Al-Fatihah.. pakcik dan makcik aku aku just panggil gelaran aja.. cam Acik, Andak, Itam, kak Ita dan abg Tinggi.. naper panggil tinggi sebab dia tinggi laaa.. apa daaa.. seolah2 aku ngan abang aku adalah adik2 bongsu diorang sedangkan kami ni anak sedara diorang.. Rumah nenek dikelilingi hutan.. pokok getah.. nak keluar ke jalan utama makan masa 10-15 minit berjalan kaki.. jiran2 berjauhan.. ke sekolah makan masa hampir sejam perjalanan..

Izinkan aku pergi...

Image
Huhuhuhu... sedih siot... Aku dah cuba control tak mau nangis2 ni.. soksek2 ni.. tapi.. naluri keperempuananku.. pantang nampak orang bersedih.. aku lagi sedih... huhuhuhu... Kan adik opismate aku nak pindah Sabah.. so, Jumaat lepas hari terakhir beliau.. so, cam biasa.. ambil gambar dulu sebagai kenangan.. saje kacau dia yg tengah dok backup2 apa yg patut.. orang lain kalau nak pindah ni 3 hari sebelum dah siap packing2 bagai.. dia boleh relax jer.. sempat lagi siapkan coding tau.. bila dah last day baru nak packing.. macam2 gaya.. Bila dah nak balik... kami ramai2 iring dia ke teksi tau.. dia pun cam berat jer hati nak ninggalkan kawan2 kat sini.. melangkah keluar dari pejabat.. ramai2 tunggu lif.. dalam lif.. sesak siot.. waaaaaaaaaaa... macam VVIP tu.. siap ada mamarazzi yg follow.. haa.. yang ni mama karut.. ngeh..ngeh..ngeh.. teksi yang sabar menanti.. cam beratur nak naik teksi laks gayanya.. yg berat sama dipikul yg ringan sama dijinjing.. izinkan aku pergi.... uhuuhuhu... sit