Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

Kisah Haryani Mat Hussin

Tadi aku baca kisah2 hal rumahtanggah kat forum WMC.. dan tiba2 terbaca satu kisah ni.. sedih sangat.. terharu rasanya..

Kisah ni tentang seorang wanita yang bernama Haryani Mat Hussin.. yang mengidap penyakit saraf sehingga lumpuh separuh badan, anemia dan masalah usus... demi untuk membesarkan anak2 dan rawatan penyakitnya.. beliau terpaksa menebalkan muka meminta simpati dari semua pihak.. beliau tidak mahu berpisah dengan anak2nya kerana anak2nya pembakar semangatnya untuk hidup.. bekas suami juga ingin menuntut hak penjagaan anak.. sebagai seorang ibu.. aku dapat rasakan apa yg bakal dialami sekiranya anak2 terpisah dari dia.. kisahnya juga pernah dipaparkan di Harian Metro..


pics dari http://aliaharyanie.blogspot.com

Uols yang berminat untuk menderma atau membeli sambil menderma bolehlah ke:-

http://aliaharyanie.blogspot.com


http://tshirtsinarinspirasi.portalusahawan.com/


http://haryanicollection.portalusahawan.com/


Aku copy balik dari forum WMC untuk bacaan semua... dan sama2lah kita membantu membeli dan menderma jika berkemampuan..

Petikan dari WMC..

Bermula dgn seorang yg begitu ceria,brsemangat tinggi,penuh dgn jati diri yang kuat.tp akhirnya semuanya musnah dan hancur apabila diri ditimpa musibah dgn penyakit kronik yg kini melanda diri…dan menghantui diri.Walaupun sudah byk berikhtiar berubat namun saya masih lagi begini.saya menghidap penyakit kronik,guillain barre syndrome menyebabkan lumpuh separuh badan.anemia (kekurangan darah merah),antral gastritis,masalah usus.inilah cebisan dan cetusan rasa hati saya.Saya mempunyai cahaya mata,2 org masih bersekolah.dlm keadaan saya yg ditimpa musibah dan terlantar ini,tanpa diduga suami pula menghilangkan diri tanpa khabar berita yg akhirnya saya dicerai dgn talak3.Tidak dpt saya bayangkan betapa sedih dan pilunya hati saya sambil merangkak saya keluar rumah mencari jejak suami tp hampa.tapak tangan dan lutut sampai berdarah,puas saya menangis.Betapa luruhnya hati ini.Dia pergi tidak meniggal kesan tp semuanya tlh dirancang oleh keluarganya kerana saya ketika itu terlantar sakit,tidak berdaya dan tidak ada apa2 lg.Tidak adakah cebisan simpati atau ihsan pada saya?sakit dan lumpuh adakah permintaan saya?Mampukah saya menolak takdirNya..?Kesedihan dan kepiluan akibat ditinggalkan dalam keadaan begini benar2 menguji saya..Tapi saya kuatkan hati demi anak2 kerana saya tahu Allah sayangkan saya.Walau perit derita yang tak tertanggung tapi saya gagahkan diri hari demi hari...kerana saya percaya akan ada sinar untuk saya suatu hari nanti walau bukan di alam fana ini...Sesuatu yang kita rasa sukar,sebenarnya mudah di sisiNya.ALLAH mahu kita membuat pengaduan terus kepadaNya.Tiada apa pun yg mustahil di sisi Allah Taala SWT......Saya amat2 memerlukan bantuan tika ini,dengan keadaan saya yang hilang upaya untuk membesarkan anak2..saya tiada sumber pendapatan.kos rawatan saya terpaksa saya ketepikan dulu,saya cuba berniaga dgn keadaan saya tapi belum ada rezeki saya dan ank2 lagi..harap sangat pada bantuan dan semangat dari semua.moga ada ruang dan peluang untuk saya dan anak2 saya.coretan hidup saya pernah diterbitkan dalam harian metro bertajuk "Suami enggan kongsi derita" pada 12 Mei 2010.


Petikan dari Harian Metro..

"Suami enggan kongsi derita" Oleh Siti Zarinah Sahib 2010/05/12.....Harian Metro

SUDAH jatuh ditimpa tangga, begitulah diibaratkan ibu tunggal tiga anak yang diceraikan suami kedua lantaran dia menghidap penyakit saraf (Guillan Barre Syndrome).

Penyakit berkenaan membabitkan keadaan lumpuh separuh badan, enemia dan usus terlalu nipis serta kemungkinan besar akan hilang deria penglihatan.

Dengan kemampuan yang sangat terbatas, Haryani Mat Hussin, 30, tidak mempunyai pendapatan tetap dan hanya mengharapkan ibu yang bertugas sebagai guru. Malangnya sejak setahun lima bulan lalu, ibunya menghidap penyakit 'ketidaktentuan kebimbangan' yang menyebabkan dia sukar tidur. Justeru dia tidak boleh tertekan kerana akan menyebabkan penyakitnya datang semula. "Ini menyebabkan ibu saya tidak mampu bergerak dan hanya terlantar saja. Mujur ketika itu masih sihat, jadi saya menghantar dan mengambil anak ke sekolah serta melakukan kerja rumah," katanya yang berasal dari Kelantan.

Menurut Haryani, kesakitan yang dialaminya bermula sejak tiga tahun lalu iaitu selepas melahirkan anak ketiga. "Selepas habis pantang saya langsung tidak boleh makan serta mengalami gastrik yang teruk. "Doktor memberitahu usus semakin menipis menyebabkan saya langsung tidak boleh makan makanan keras, cuma bubur dan air. Kemudian saya diserang anemia sehingga dimasukkan dua pain darah dan terpaksa ditahan di wad," katanya.

Selepas pulang ke rumah, keadaan Haryani semakin teruk. Dia tidak boleh berjalan disebabkan kedua-dua kakinya yang sangat lemah. Apabila duduk dia mengambil masa yang sangat lama untuk bangun. Selepas seminggu, Haryani sekali lagi dimasukkan ke hospital dan doktor pakar memberitahu dia menghidap penyakit saraf yang sangat serius disebabkan lambat mendapatkan rawatan. "Saya akui dengan sumber pendapatan tidak seberapa, tidak mampu mendapatkan rawatan doktor pakar. Tetapi kerana tidak tahan dan tidak sanggup menanggung kesakitan, saya menggunakan duit simpanan ibu serta pinjaman adik-beradik berjumlah RM9,000 untuk 12 hari rawatan. "Kos ubat-ubatan sangat tinggi. Satu botol ubat saraf berharga RM300 dan saya memerlukan lapan botol untuk lima hari rawatan. "Dengan jumlah yang semakin bertambah serta perbelanjaan harian, persekolahan dan rawatan ibu, memang saya tidak mampu. Itu pun saya sudah menggunakan semua hasil simpanannya," kata Haryani sayu. Doktor pernah mencadangkan Haryani menjalani rawatan mencuci darah disebabkan dia tidak boleh terlalu bergantung kepada ubat sepenuhnya kerana usus yang semakin menipis, namun dia tidak sanggup menanggung risiko. Bagi Haryani dia sanggup menanggung kesakitan di rumah dan apabila sudah tidak tahan barulah ke hospital. Sudah beberapa kali Haryani mengunjungi Jabatan Kebajikan Masyarakat serta Pusat Zakat untuk mendapatkan bantuan, tetapi sehingga kini, dia masih tidak mendapat sebarang jawapan. Dia juga sudah penat turun naik tangga, namun hasilnya tiada. "Mungkin mereka ingat saya mampu bekerja disebabkan masih muda serta boleh berjalan. Tetapi itu dulu, sekarang dengan duit simpanan yang semakin berkurangan, ibu terlantar sakit, kaki yang lumpuh menyebabkan saya amat memerlukan bantuan kewangan untuk menyara ibu, tiga anak serta kos rawatan saya. Suami pula langsung tidak memberi nafkah," katanya yang melalui dua kali perkahwinan namun kedua-duanya tidak menemui kebahagiaan. Menurutnya, perkahwinan kali pertama ketika dia berusia 18 tahun atas pilihan keluarga. Mereka dikurniakan dua anak iaitu Nuraliya Erissha, 12, dan NorIkhtisam, 7. Namun harapkan panas hingga ke petang rupanya hujan di tengah hari, kebahagiaan yang didambakan namun penderitaan yang diperoleh. Haryani terpaksa reda dengan perpisahan.

Kemudian Haryani dipertemukan jodoh dengan suami kedua yang tiga tahun lebih muda daripadanya. Perkahwinan ini juga diatur keluarga.

"Pada mulanya kami bahagia, namun selepas melahirkan anak pertama, Noraiman yang kini berusia tiga tahun, saya terus jatuh sakit. Lebih malang suami menceraikan saya kerana tidak sanggup menjaga saya yang sedang terlantar sakit. Malah selepas itu bekas suami tidak pernah memberi nafkah cuma suami pertama sahaja, itu pun ketika awal perceraian," katanya. Kini penglihatan Haryani semakin kabur. Malah keadaan kakinya masih seperti dulu, tidak boleh bergerak. Dia tidak tahu sampai bila mampu bertahan, namun dia sentiasa berdoa Tuhan memanjangkan usianya. "Hidup saya kini hanya untuk anak-anak sahaja. Selagi saya masih bernafas, saya akan berusaha untuk membesar dan menyekolahkan mereka walau dengan apa cara sekali pun. Saya tidak sanggup berpisah dengan mereka kerana anaklah penguat semangat saya selama ini. "Bagi menambah rezeki, saya berjinak-jinak menjual selimut dan cadar dewasa. Saya berharap hasil penjualan ini sedikit sebanyak dapat digunakan untuk perbelanjaan harian," katanya. Bagi mereka yang ingin menghulurkan bantuan, boleh menghubungi Haryani di talian 017-6188691.

Comments

suzieapai said…
simpati dgn nasib yg menimpa beliau..dugaan drp Illahi utk nya.. bahagian kita blum pasti lagi.

Aku doakan beliau tabah mharungi nya
Faina Arisya said…
suzie..

tulah kan.. time kita hanya Dia sahaja yg mengetahuinya..

Popular posts from this blog

Susu Rosak!!

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Kopi Che' Nah