Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

Patah Sudah

Semalam..

Kelonggaran tu sebenarnya dah lama cuma tak berapa ketara.. dan semalam.. kelonggaran agak ketara.. so, aku suh dia main2kan.. mmmm.. jgn fikir negatif yer..

Kisahnya si Amiera ni.. gigi dia punya hal lah ni.. gigi bawah dia tu dah goyang sikit.. so, aku suh dia goyangkan perlahan2.. makin lama gigi dia dah hampir tercabut..



Sampai ke malam.. masih tak tercabut2.. aku suh jugak dia goyangkan lagi.. siap warning kalau tak nanti malam.. tak sedar tertelan gigi.. erk.. dengan memek muka yg menakutkan.. hehehhe..

Aku ni tak berani nak tolong cabutkan.. ngeri siot.. aku boleh rasa ngilunya gigi aku bila tengok gigi tu bergoyang... adoiii...

Sambil nengok citer Toy Story.. tanpa sedar.. Amiera terus bangun ngadap aku kata gigi dia tercabut.. aku ingatkan dia tipu aku sebab dah byk kali dia main2kan aku.. tengok2 betul beb.. tak de darah sangat.. cepat2 aku suh dia kumur2..

Pastu aku perasan.. ada keanehan dalam mulut dia.. arghhhh... benda yang aku tak nak.. jadi jugaks.. ni ler akibatnya kalau melambatkan proses cabut gigi kalau dah rasa ada goyang2... rupa2nya dah ada gigi baru tumbuh di belakang gigi asal.. senget laks tu.. adoiiii.. tak senang hati aku.. camna lah leh jadik camni.. hmmm.. buruk ler nanti Amiera gigi kamu tu..

Camna yerk nak buat.. gigi tu akan tumbuh dengan suburnya.. dan gigi baru jugak akan tumbuh.. so, akan ada dua gigi yang bertindih.. nak kena buang lah gamaknya gigi yang satu lagi tu.. tapi kalau bawak Amiera ke klinik confirm dia tak mau.. ada petua tak eh..

Masa zaman aku dulu.. kalau gigi dah ada yang longgar.. cepat2 arwah nenek aku cabut guna benang.. ingat lagi.. masa tu 3 batang gigi bawah aku tu longgar.. 3 tu kena cabut serentak.. sakit siot.. sebab tu aku rasa ngilu sesangat tengok gigi goyang2 ni.. tapi kesannya.. aku langsung tak de gigi yang bertindih.. alhamdulillah berkat cara orang dulu2..

Comments

| SUE | said…
ngeri pulak bacer kene cabut gigi guna benang...
Faina Arisya said…
chek ngeri..akak lagi ngeri..

Popular posts from this blog

Susu Rosak!!

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Kopi Che' Nah