Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

Amiera The Story

Aku nak citer sket pasal persiapan Amiera ke sekolah tahun depan..

Baru-baru ni kami nampak banner kat sekolah kata yang pendaftaran untuk tahun 1 end of this dec.. pembelian buku dan alat tulis telah dibuka kepada semua parents.. yg peliksnya.. kenapa sekolah tak edarkan surat kepada parents??? lagi 10 hari lagi beb.. giler.. satu surat pun tak dapat..

Lepas baca banner tu keesokannya kami terjah sekolah.. mula2 terjah koperasi dulu.. beli siap2 segala buku bagai.. adalah 2 buku dah habis stok.. kena tunggu itupun kalau ada.. total cost.. hampir RM150.00 termasuk sedikit alat tulis.. kalau ikut senarai semua boleh cecah RM200 rasanya.. kalau kat sekolah lain tu aku tak sure lah pulaks samada senarai buku tu sama atau tidak.. so, uols yg ada anak bakal sekolah tahun depan leh jadi rujukan ya..

Pastu terjah bhgn admin.. nak dapatkan pengesahan tentang pendaftaran tu.. bila diorang check kat buku daftar.. boleh diorang kata Amiera tidak buat pengesahan lagi.. that's why diorang tak hantar surat..

Masalahnya.. hari yang kami buat pertukaran sekolah Amiera tu lah sepatutnya hari pengesahan.. nak sah apa lagi.. dah surat dari jabatan pendidikan suh buat pengesahan kat sekolah baru.. cemanalah diorang ni wat kerja.. suppose dalam buku daftar tu update terus tarikh pengesahan..

So, korang2 kalau buat pertukaran sekolah anak tu.. better check terus kat buku daftar samada diorang masukkan ke tidak tarikh pengesahan.. nanti tak pasal2 satu surat pun tak sampai..

Itu pengajaran baru buat kami.. kena make sure sekolah tak leka dalam hal2 cenggini..

Lepas check tu, staff sekolah bagi kami surat yg bertarikh akhir bulan Nov.. hampir sebulan.. kot yer pun status pengesahan kami tu hang... diorang suppose call no hp yang tertera.. ni tak.. buat senyap jer.. apa kes!!

Dalam surat semua pelajar tahun 1 ada orientasi end of dec siap berpakaian seragam.. ada aktiviti and ujian utk menentukan kemasukan kelas.. boleh ke Amiera ni?? risau gak aku.. ada juga taklimat untuk parents.. dalam surat tu pun dinyatakan bayaran yuran yang perlu dijelaskan.. lebih kurang RM60 sajork..

So, settle urusan di sekolah..

Dan terkini urusan sekolah petang yakni sekolah agama..

Pada asalnya kami nak hantar Amiera ke transit biasa.. tetapi tiada pengisian di belah petang.. dan masalah utama van yg hantar anak pulang dah penuh..

So, kami terpaksa cari sekolah petang yg sediakan van.. dan alhamdulillah.. ada satu sekolah agama di Presint 9 iaitu Sekolah Agama Danau Bestari Al-Faaqihiin (SABA).. merupakan sekolah agama swasta.. aku lebih prefer kat sekolah swasta.. tapi kalau sekolah rendah tu memang tak mampu lah nak hantar Amiera ke sekolah swasta..

Kami terjah ke sana.. cikgu dan staff baik2 belaka.. banyak membantu menjawab soalan2 cepu emas dari kami.. hehehhehe... kebetulan masih ada kekosongan untuk tahun 1.. terus kami daftarkan Amiera.. pengajaran memang bagus.. termasuk dengan transit dan transport.. kos pendaftaran termasuk buku, transit dan transport lebih RM600.. yuran sebulan RM300.. iaitu RM150 (kurikulum agama) + RM80 (transit) + RM70 (transport).. wallah.. tapi demi anak2 kami sanggup.. asalkan sebelah petang Amiera belajar something.. kurikulum yang diajar spt di bawah:-

1. Al-Quran / Iqra'
2. Ibadah
3. Sirah & Akhlak
4. B. Arab & Khat / Jawi
5. Tajwid
6. Kebudayaan Islam
7. Amali Solat / Hafazan
8. English (Tuisyen) - xtra
9. Mathematics (Tuisyen) - xtra

Tang xtra tu lah kelebihan sekolah agama ni.. so, hopefully sekolah agama ni dapat mendidik Amiera lebih cemerlang dari aspek dunia dan akhirat.. aminnnn..

Senang hati aku lepas daftarkan Amiera kat sekolah agama ni.. lepas sekolah rendah, Amiera akan terus naik van ke sekolah agama.. mandi, makan dan solat semua guru2 sekolah agama akan uruskan.. kelas agama habis hampir kul 6.. so, en hubby akan ambik Amiera dari sekolah.. kalau hubby aku sentiasa sibuk nanti.. boleh upah driver van untuk hantar balik.. alhamdulillah... cuma sekarang ni.. nak train Amiera untuk kenal Van dan driver Van dan jadi berani untuk berdikari sendiri..

Pastu kami batalkan pendaftaran Amiera kat transit sebelum ni.. alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar..

N3 berkisarkan hari pendaftaran Amiera di sekolah rendah akan menyusul di tahun hadapan... opsss.. nak habis dah tahun ni.. mesti byk story mory.. pahit manis.. impian tertunai dan tak tertunai di tahun ni.. tunggguuuu..

Comments

Kebod's Family said…
Kak ina,

dah besarkan amiera... dah nak sekolah dah....

sekejap jer masa berlaku... rasa nyer cam baru jer melawat kak ini bersalin amiera dulu kat hospital putrajaya... dah nak sekolah dah....

Utk amiera....
Selamat menempuh alam persekolahan... klu ader orang buli bagi tau kat cikgu tau... jangan takut2... take care amiera....
Faina Arisya said…
ju..

tu lah.. besar anak.. makin besar tanggungjawab kita nak didik diorang.. pening oooo..

hehehhehe.. pejam celik pejam celik.. cepat masa berlalu..

ni yg fenin ngan Amiera ni.. pendiam yg amat..
syalinda johari said…
mencabar betoi dgn flow of the story neh. okeyla buleh jadi rujukan buat sayer.
suzieapai said…
seronok bc n3 psl persekolahan amira..at least bg info pd mama2 yg bkl nk sekolahkan ank...huhuuu
Faina Arisya said…
syalinda..

memang pening.. kita sebagai mak lagi pening.. sebab orang pompuan ni terlebih fikir skit dari orang lelaki..

suzie..

sharing is caring maaa... hehhehehe..

Popular posts from this blog

Susu Rosak!!

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Kopi Che' Nah