Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

AWAS!! Berhati2 di Tandas Stesyen Minyak!!

Kejadian berlaku ke atas salah seorang rakan sepejabat hubby aku, Lina (gelaran beliau.. cam nama aku plaks..) dan aku pun memang kenal sangat mangsa.. orangnya comel kecik molek.. husband dia plaks keje satu kementerian ngan aku.. pun aku kenal sebab dia member hubby aku dulu..

Aku tahu kisah ni dari hubby aku.. dan ada juga sebaran melalui email.. sian mangsa.. mesti trauma dengan kejadian..

Kisahnya...

Diorang makan kat McD kat stesen minyak kat Ulu Kelang..

Tengah2 makan.. si anak kecil ni sakit perut.. so, nak membuanglah kan.. si Lina ni pun pergilah bawak anak dia ke tandas.. dia bawak handbag dia sekali.. kenapa dia bawak tu aku tak sure.. mungkin ada pampers anak disimpan.. wallahualam.. tandas tu pulaks agak jauh sikit dari stesen minyak tu..

So, kebetulan tandas tu takde sign kata tandas wanita atau tandas lelaki.. so, takde orang dia masuklah..

Tiba2 ntah dari mana ada sorang lelaki India datang bertanya kepada dia.. tandas ni tandas wanita atau tandas lelaki.. si Lina ni kata tak surelah kan sebab takde sign.. ntah macam mana.. dengan sepantas kilat si lelaki India ni kuarkan parang dan menghala ke leher beliau.. dia suruh serahkan beg jika nak selamat.. uols bayangkanlah.. dengan anak yg sedang membuang.. mesti panik..

Nak tak nak Lina terpaksa serahkan handbag dia.. pastu datang pulak sorang lelaki Melayu cuba ragut rantai leher dia.. rupa2nya penjenayah ni berdua.. patutlah berani..

Dalam keadaan kalut tu (aku tak dapat nak bayangkan lah... ) , si lelaki India ni mengacu parang ke leher anak dia.. jam2 tu jugaks.. si Lina menjerit sekuat hati.. per lagi.. mencelinap lah penjenayah ni lari..

Keadaan jadi kelam kabut.. si suami terpaksa meninggalkan anak dalam McD utk tengok apa yg berlaku.. orang ramai cuba membantu mengejar tapi tidak berjaya sebab penjenayah tu naik motor..

Nasib baik orang kat dalam McD tu bantu jaga anak sorang lagi..

Lepas kejadian, diorang buat report polis.. tapi masalahnya.. bukan senang nak buru penjenayah.. kita takde sistem macam CSI tu.. kalau tak belum sehari dah kena cekup..

Pengajaran dari kes ni..

1. Janganlah sesekali kita bawa barang berharga ke tandas stesen minyak dan juga mana2 tandas awam yg keadaannya mencurigakan.. aku memang tak pernah bawa handbag.. kalau nak tukar pampers anak.. aku just bawak kain alas ngan pampers jer.. tapi kalau kat hentian lebuhraya memang terpaksa lah bawak handbag.. keje giler nak tinggal dalam kereta.. handbag hilang.. kereta pecah.. satu hal pulaks.. kalau kat shopping complex.. kadang2 aku suh hubby aku pegangkan..

2. Kalau tandas tu jauh sangat dan agak tersembunyi tu.. seelok2nya kita jangan pergi.. kalau dah tak tahan sangat.. ajaklah suami, adik atau sedara mara.. jadi bodyguard tak berbayar.. hehehe.. pastu belanja diorang makan..

3. Sebelum nak masuk toilet tu.. pandang kiri pandang kanan.. pastu selidik dulu dalam toilet tu takut2 dah ada orang standby kat dalam.. ni aku selalu buat.. aku ni penakut skit..

4. Kalau dah lepas hajat dalam toilet tu.. cepat2lah kuar.. jangan dok belek muka lama2.. penjenayah ni tunggu masa jer yg sesuai.. ni pun aku selalu buat.. aku memang tak suka duk lama2 dalam toilet.. uuuuu... takutttt...

Oklah.. setakat ni je celoteh aku hari Jumaat ni.. pesanan aku.. berhati2 di mana jua anda berada..

Comments

Popular posts from this blog

Susu Rosak!!

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Kopi Che' Nah