Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

Fateh masuk wad lagi

Jumaat lepas..

Dalam pukul 1 pagi.. fateh merengek2.. tidur dia terganggu..

Aku rasakan badan dia panas semula.. walhal pas hantar barang kat kuarters kitaorang ambik dia ok jer.. boleh pi makan kat luar lagi.. cuma fateh tak de selera nak makan apa2.. so, aku anggap perkara biasa.. mungkin dia dah kenyang..

Disebabkan dia asyik merengek.. kami pulaks letih.. so, gilir2 ler jaga dia.. ntah macam mana dia muntah lepas minum susu.. banyak jugaks..

Pastu tidur balik.. kul 5 dia merengek balik.. cam biasa bagi susu.. muntah balik.. aku ingat mungkin dia sakit tekak ke..

Pagi tu.. kami plan bawak dia ke klinik AnNur.. risau gak kan.. badan dia panas..

Sebelum ke klinik.. aku bagi dia makan antibiotik (tinggal 2 hari lagi kena makan).. ngan ubat demam.. tak sampai 10 minit.. dia muntah balik.. banyak giler.. muntah ubat + susu + air.. sib baik time tu aku tengah pangku dia kat kerusi makan.. time dia muntah tu cepat2 aku ngelak takut terkena baju kerja.. kena sikit jer kat lengan baju.. kena lah cuci siap2.. kalau tak kang harum jer..

Sampai klinik.. ramai sangat orang.. dr pulaks sorang jer yang bertugas.. memang lama lah menunggu.. risau gak kalau tengah2 nunggu tu Fateh muntah lagi.. memang aku tak bagi dia susu..


sakit2 pun aktif lagi tu..


ntah apalah anak2 aku ni borak..


suker giler dapat main2.. tengok si kakaknya.. OVER tau!! camnalah tak jatuh dulu.. ligat!!

Masa jumpa dr.. dr Khairul ni memang kami dah biasa.. dan dia pun dah kenal fateh..
lepas bagitahu keadaan Fateh.. dr pun tak berani nak buat keputusan.. dr suruh masuk wad.. ambik darah untuk tahu keadaan sebenarnya.. tonsil fateh takde masalah.. dr takut fateh mungkin keracunan ubat sebelum ni.. mungkin ubat tu tak sesuai ngan dia..

Lepas check-in.. bilik Rose 4.. bilik yg sama semasa fateh masuk wad sebelum ni..


aku ngan baju kerja.. tak dapek nak poie kojo haaa.. ada majlis perpisahan laks tu.. tapi nak wat camno.. family first!!

Lepas jer masuk air dan antibiotik, Fateh dah tak muntah2.. minum susu.. makan bubur pun ok.. berselera aja.. ingatkan bleh lah kuar keesokannya.. tapi Dr still tahan.. nak tengok perkembangan fateh camna..


ciannya fateh kan..

Selama 2 hari setengah kat hospital.. letih oooo.. malam2 pun tidur tak lena.. nurse akan datang setiap 4 jam untuk check suhu, tekanan darah, oksigen.. 3 botol air dimasukkan..

Menu pulaks.. aku cuma minta bubur jer.. itu yg sesuai untuk fateh.. tapi kakak dia yg over.. sabor jer lah..


berebut akaknya nak makan.. sib baik adik baik hati offer tolong suapkan..

Fateh pulaks.. nampak jer nurse bila sedar dari tidur.. terus menangis ketakutan.. takut kena inject kot..sakit ooo bila antibiotik dimasukkan kat drip tu..

Hari ke-2 (Ahad).. dalam kul 9 lebih.. dr datang.. lepas berpuashati dengan keadaan fateh.. fateh dibenarkan keluar wad.. alhamdulillah.. suka tak terkira aku.. tak sanggup duk lama2 dah dalam wad tu..

Nak menunggu urusan check-out tu memang lama.. dalam kul 1 lebih baru bil sampai..

Sambil nunggu bil tu.. ada sorang nurse tu datang nak buka drip.. memangis2 fateh dibuatnya.. aku malas nak tegur nurse tu.. patutnya kalau balutan tu tak boleh dibuka.. kenalah pakai gunting.. ni tidak.. seboleh2nya dia nak koyak sendiri.. menjerit lah fateh.. jarum kat tangan tu mestilah bergerak2.. geram tul.. sebelum ni dr yang tanggalkan.. ok jer..

Tak sampai sejam kami check-out.. badan fateh panas balik.. risau lah kan.. masa kat hospital check suhu sentiasa 36 darjah.. memanglah sejuk sebab air sentiasa mengalir dalam badan dia.. petang tu jugaks aku bagi dia ubat demam..


muka sebelum drip dicabutkan.. lepas cabut drip.. semua benda tak kena..

So far setakat hari ni dia ok lagi.. cuma fateh sedikit ketakutan.. masih merengek dan nak berdukung.. sedih bila tinggalkan dia kat taska pagi tadi.. harap2 fateh sihat hendaknya..

Comments

syalinda johari said…
semoga fateh sihat kembali seperti biasa. ameen
| SUE | said…
ala cianya fateh. risau sungguhlah kalau anak tak sihat. semoga fateh cepat sembuh ye
camner fateh arini? ok dah?
harap2 dia sihat cepat.. sgt kesian tgk dia cenggitu.

*pstt..!! report je kt doktor pasal nurse tu.. hihi..
Faina Arisya said…
syalinda..

ameeennnn...

iManja..

memang risau kalau anak2 tak sihat.. mak pun boleh jadi tak sihat tau..

ann..

alhamdulillah sihat walafiat.. cian nurse tu nanti dapat surat warning..

Popular posts from this blog

Susu Rosak!!

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Kopi Che' Nah