Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

Amiera @ School Day 1

Dalam kul 6.15 aku bangun siapkan bekal untuk Amiera.. kalau kat Nilai ni memang tak sempat lah nak buat bekal bagai..

Pastu jam 7.15 kami dah gerak dari kuarters.. dalam 5 minit berjalan kaki.. dekat sesangat.. nak melintas jalan tu guard sekolah memang dah ready tahan kereta suh berenti.. kejap jer dah sampai sekolah.. tengok ramai ibu bapa yang hantar anak2 pd hari pertama ni..


sebelum masuk ke tapak perhimpunan.. malu2 lagi..

Perhimpunan bermula jam 7.30 tetapi semua murid dikehendaki berada di tapak perhimpunan sebelum tu.. tapi maklumlah kan.. ada juga parents yg anak2 masuk Tahun 1 sampai lewat.. yelah kan surat kata kul 8..


murid2 sedang duduk berehat.. bagus sekolah ni bagi murid2 duduk..


see.. di tengah2 tu..


perhimpunan bermula..

Mula2 bacaan doa, ikrar, nyanyian lagu Negaraku, lagu WP Putrajaya dan lagu sekolah.. pastu ucapan dari Guru Besar.. memang friendly.. tak nampak garang.. hehehehe.. so, senang nak berurusan.. pastu kesemua murid kecuali Tahun 1 dikehendaki masuk ke kelas..


ucapan Guru Besar.. sekejap jer.. compare ngan sekolah menengah kat sebelah.. tak hengatnya ucapan.. punyalah kuat dan lama.. mesti murid2 boring giler..


murid2 kena susun barisan..


cikgu tengah beri arahan.. dia boleh pandang sana.. pandang sini.. eiii... sabar jerlah..

Ibu bapa Tahun 1 dikehendaki menunggu di kantin sekolah disusuli dengan murid2.. di sini murid2 akan diagihkan mengikut warna kelas.. biru, hijau, merah, oren, kuning.. Amiera masuk kelas Oren.. ada jugak murid2 yang namanya tiada di dalam senarai.. so, terpaksalah cikgu masukkan diorang kat mana2 kelas.. warna kelas ni hanyalah sementara sahaja.. murid2 akan berada di dalam kelas sebenar selepas ujian diadakan..


nak jalan pun malu2..


siap pegang beg tu takut hilang..


muka dah bosan.. macam2 memek muka dia buat..


cikgu tengah agihkan murid2..


excited dapat nametag..

Selepas murid2 diagihkan mengikut kelas, mereka masuk ke kelas masing2 bagi program orientasi.. sementara ibu bapa dikehendaki menunggu di dewan untuk taklimat Tahun 1.

Setiap guru2 yg terlibat memberikan sedikit penerangan berkaitan dengan akademik, hal ehwal murid, program linus dan KSSR.. oh ya tahun ni dah tukar ke KSSR yer.. Kurikulum Standard Sekolah Rendah.. yang dulunya dikenali sebagai KBSR..

Selama 3 minggu murid2 Tahun 1 akan melalui Program Transisi.. dan pada hari Khamis minggu ke-3, murid2 akan menjalani ujian untuk menentukan kelas..



Tamat taklimat, ibu bapa dikehendaki membayar yuran sekolah kepada guru kelas anak masing2.. guru kelas Amiera ni muka serius siot.. tapi ok jer.. yuran Tahun 1 bagi perempuan kena bayar RM104.00.. murid lelaki RM110 okay!! haaa.. anak2 uols berapa laks??

Pastu kami bergegas ke kantin sebab murid2 dah keluar rehat.. tengok Amiera dah beratur nak masuk ke kelas balik.. aku tanyalah dia makan apa.. dia cuma kata makan roti jerk.. cakap ngan aku pun malu2.. adoilaaa... nasi yg aku bekalkan langsung dia tak sentuh.. mesti kes malu nak mampos ni.. nasib baik habis jugak roti tu..


lepas makan.. ada wajah ceria skit.. tak malu2 dah..


camni lah anak Mama.. ikut arahan cikgu..

Pastu kami follow murid2 ke kelas.. kena beratur nak bayar yuran.. then pi ambik buku teks.. buku teks tahun ni dapat yang baru sebab KSSR kan... risau aku.. boleh ke si Amiera ni jaga betul2 buku teks.. kalau hilang or rosak.. jenuh nak cari ganti..


dalam kelas.. riuh rendah..


ngan papa dia ok jer.. bila aku kat sebelah dia.. tak mau dia lepaskan aku..

Tamat sekolah.. kami tunggu dia di tingkat bawah.. hari ni van sekolah takde sebab nak schedule jadual.. insyaAllah esok diorang ambik Amiera.. so, terpaksalah kami hantar Amiera ke sekolah agama..


see that boy.. cian dia.. mula2 cool jerk.. pastu nanges.. nak2 pulaks bila ada orang bertanya lagi kuat nangesnya.. dengarnya.. mak ayah dia pi kuar makan sat.. boleh gitu??


sampai kat sekolah agama, aku suh dia ikut ustaz ke ruangan transit.. mandi dan makan.. pastu masuk kelas agama.. senang cerita.. kul 6 kami ambik dia..

to be continue.. @ day 2..

Comments

ibu chiqamie said…
waaa....bestnye amiera dh g school.best x skola kt putrajaya tu.?

Popular posts from this blog

Susu Rosak!!

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Kopi Che' Nah