Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

Amiera @ School Day 2

Hari ke-2.. cam biasa.. aku bangun awal walaupun aku tak keje hokay!! gigih semangat anak nak sekolah.. buat nasi goreng ngan hot dog untuk puteri kesayangan.. buat sementara ni aku tak ajarkan Amiera ngan duit belanja sekolah.. bagi dia kenal dulu pengiraan duit baru aku bagi..

Setiap hari murid2 kena berkumpul dulu di tapak perhimpunan.. perhimpunan tak lama.. pastu murid2 masuk ke kelas..


hari ni dia berani sikit..


berselawat..



tak ingat murid ni baca apa..


tengah rancak cikgu beri arahan.. makin rancak suara budak menangis.. aku cari2 jugaks.. di mana yer..rupanya di belakang murid lelaki yg macam menahan sakit perut tu.. barisan ke -3 dari kiri..


murid2 tahun 2 - 6 masuk ke kelas dalam keadaan senyap.. see..syhhhhhhhhhh...


arahan untuk murid2 Tahun 1..


fokus nampak.. faham ke cikgu cakap tu..

Hari ni kami plan nak memantau Amiera dari jauh sedikit..

Sambil menunggu Amiera di kantin, aku survey apa yg patut..


info yang bagus.. bangga!!


penting ni.. boleh ajar Amiera nanti..

Masa murid2 nak ke kantin, kami follow dari belakang.. nampak kelibat Amiera yg jalan keseorangan.. susah sungguh nak bergaul ngan kawan lah dia ni.. sampai kat kantin, cikgu pun terus gi rehat.. Amiera terpinga2.. tak duduk2 lagi.. dia tak tau nak duduk kat mana.. berdiri jerk sebelah kawan2 sekelas dia.. walhal kawan2 dia dah sedap makan dah.. pastu kami pun datang kat dia.. dan suh dia duduk.. cari tempat kosong.. kena ajar jugaks.. bersemangat dia makan masa kami ada.. hehehhe...


tengah lapar tu..

Waktu balik pulaks.. kami tunggu dia di luar bangunan.. tetapi masih dalam kawasan sekolah.. kami nak ajar dia naik Van ke sekolah agama..

Alhamdulillah.. dia tahu cari jalan keluar.. bila nampak kami lagilah dia bersemangat.. sementara tu kami juga menunggu van yang dimaksudkan..

Pastu van yg bukan van pun datang.. Amiera takut2 bila kami suh dia naik.. muka dah semacam jerk.. nak tak nak kami terpaksa suh dia naik jugaks.. dia kena belajar berdikari..


see.. budak2 zaman sekarang.. naik van kelas 5 bintang tu!! hehehe..

Then kami memantau dari jauh kat sekolah agama.. bila van dah sampai.. nampak kelibat Amiera turun dari van.. kecik jerk dia dikalangan penumpang.. hehhee...


Amiera seronok sebab leh tengok citer dalam van katanya..

Sampai kat sekolah agama.. kami follow lagi dari belakang.. menyorok2.. tengok dia tengah sedap makan.. bila dia dah sudah.. dia ternampak kelibat kami.. kantoi siot!!.. cisss.. kena gaklah bagi arahan kat dia suh mandi dan bersiap.. satu hal.. beg sekolah dia tertinggal kat dalam van.. boleh dia kata aku suh bawak satu beg jerk.. haaa ni ler.. aku cakap lain.. dia fikir yang lain.. sib baik brother van tu tolong hantarkan balik ke sekolah agama..

Comments

Popular posts from this blog

Susu Rosak!!

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Kopi Che' Nah