Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

Amiera @ School Day 3

Hari ni aku dah lembik!! dari kepala sehingga kaki aku sakit2.. macam nak demam.. peliks kan.. anak yg sekolah.. mak pulaks yg sakit...

Terpaksa kejutkan hubby suh hantarkan Amiera dan Fateh.. bertungkus lumus en hubby uruskan semuanya.. hehhehe.. sorry yer bang.. den tak larat dah ha!! aku cuma suh hubby bekalkan roti ngan air coklat jerk.. petangnya aku kena marah ngan Amiera sebab janji nak masakkan bihun untuk dia.. heheheh.. sorry yer sayang.. mama memang tak larat nak bangun..

Lepas uruskan anak2.. hubby uruskan aku pulaks.. bukan uruskan apa.. cuma tolong urut pinggang aku ni.. sakit yg amat tau..

Waktu rehat sekolah, kami tak pergi tengok Amiera.. kami nak dia buat sendiri..

Waktu balik pulaks.. dalam keadaan aku yg lembik tu gagahkan jugaks lah.. kami monitor dari jauh.. aku tengok2kan van.. hubby tengok2kan Amiera.. kebetulan.. van sampai.. tapi park kat tepi seberang jalan.. kami nampak Amiera dah turun dari pagar sekolah.. melilau cari orang.. eiii bahaya betul.. cepat2 kami datang kat dia.. pesan kat dia suh tunggu kat atas..

Then cam biasa.. kami biarkan dia uruskan diri sendiri kat sekolah agama..

Sampai rumah.. aku dah lembik.. muntah2.. mungkin tersalah makan.. perut aku sakit.. terpaksa baring.. lemah sesangat..

Petangnya kami ambik dia kat sekolah agama.. masih berpakaian sekolah kebangsaan cuma tudung berbeza.. dia kata dia tukar tudung jer.. aku tanyalah kenapa dia tak mandi.. dia kata budak2 lain dah habis makan.. boleh gitu.. sabor jerlah.. mungkin dia sampai lewat ke sekolah agama.. pastu dia membebel kat aku sebab makan roti jer.. mana kenyang.. lor.. aku cakaplah kat sekolah agama kan makan nasi.. boleh dia kata ikan dia sikit jerk.. ikan dia sedap.. sabor jelah.. yg makan ikan jer buat apa.. mana nak kenyangnya.. kenalah makan nasi sekali.. adoiii.. Amiera.. Amiera..

Comments

Popular posts from this blog

Susu Rosak!!

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Kopi Che' Nah