Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

Ber-4 gelak sakan..

Plan asalnya nak pi tengok wayang Filem Hantu Kak Limah Balik Rumah hari Khamis minggu lepas.. walaupun citer tu dah hampir sebulan ditayangkan.. barulah kami berkesempatan nak tengok.. maklumlah kan.. kami very2 the bz sebulan dua ni.. so, dah pindah randah ni.. barulah lega skit..

Beria2 ni nak pi.. tup2 dah penuh.. yg ada pun single sit jerk.. pulanglah kami dengan hampanya.. tapi.. sebelum pulang.. kami beli tiket siap2 untuk tengok keesokan harinya..



Seperti dinantikan.. lepas ambik Amiera.. gigih jugak aku masak apa2 yg patut sebelum 7.30.. lepas semua makan, mandi dan solat.. bergegas lah ke Alamanda.. sib baik dekat.. tak sampai 10 minit.. wayang start kul 8.. ingatkan sempat gaklah.. tup2 cepatlah pulaks wayang tu start.. biasanya kan intronya lama..

Panggung pun nampak tak penuh sangat.. kitaorang dpt sit tepi.. senang nak kuar.. Fateh first time masuk panggung ni.. ramai gak parents bawak anak2 kecik.. so, aku tak worry lah bawak Fateh..

Mula2 masuk tu.. Fateh duk diam jerk.. bila dengar orang gelak2.. dia dah tak duk diam.. dia pun sama gelaks.. dia bukannya gelak sebab citer tu.. tapi dia gelak kat orang yg tergelak terbahak2 tu.. pastu.. sekejap2 nak turun.. tangan pun sama.. nak sentuh kepala orang kat depan.. aku memang tak fokus sangatlah tengok wayang tu.. sebab nak bagi Fateh duk diam.. kejap2 pas kat husband.. kejap2 suapkan dia susu.. last2 dia pun lena kat ribaan aku... hehehhe.. aman donia aku nengok wayang...

Si Amiera pulaks.. cam biasa.. tangan mesti tak lepas dari muka.. kes takut ler ni.. bila ada sound or suasana gelap.. cepat2 dia tutup muka.. tapi kat celah2 tangan tu ler dia ngintai citer tu.. bila time hantu Mak Limah tu nak kuar.. siap dia cakap kat aku.. "Miera takut.. "..

Yang paling tak tahan.. masa kes lawak nak mampos tu.. semua orang dalam panggung pecah perut.. termasuk Amiera sekali.. punyalah seronok tengok dia gelaks.. at least release tension dia selama seminggu bersekolah.. punyalah sporting mak pak sekarang.. kalau zaman aku dulu2... nak tengok wayang tu.. pergh.. bukannya senang wei.. maunnya kena ceramah 24jam..

Tamat citer.. Amiera dah pesan kat aku.. suh beli CD (budak2 bukannya tau sebut DVD.. depa tau CD jerk..) laks.. dia ni pantang kalau tengok wayang.. apa sajer citer.. confirm dia suh beli CD pastu..

Overall citer ni ok lah pada aku.. kalau dari 5 star tu.. aku bagi 4 star lah.. belum sampai tahap 5 star lagi.. masih banyak yg boleh diperbaiki..

Comments

Popular posts from this blog

Susu Rosak!!

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Kopi Che' Nah