Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

Nadi mu Nadi ku jua..

Tajuk tak boleh bla.. suka2 hati jer nak kongsi2 nadi.. mana boleh kan.. nadi kau.. kau punyalah.. nadi aku.. hak aku lah kan.. mana boleh share..

Tapi kami kat sini hari2 share nadi.. nadi apa??? Nadi Putra.. hahahaha... sila bangga yer orang Putrajaya..

Kisahnya cenggini...

(sebut sama2... cer citer.. cer citer... )

Semalam first day aku naik bas Nadi Putra.. dah lama tak naik ni.. since aku pindah Nilai dulu.. debar siot.. aku ni paling pantang kalau benda2 first time ni.. ada jer yg tak kenanya..

Nasib baik ada member opis pun nak naik bas.. so, sepanjang nak ke stesen bas tu.. aku leh control lagi.. kalau tak tu.. dup dap dup dap.. hehehhe.. kes kecut perut.. jantung dah berdegup macam orang lari 400km sejam.. spek mata dah standby kat beg kertas.. nak cari no bas 500..

Memandangkan laluan bas tu sempit.. bas Nadi pulaks banyak yg nak berenti.. so, aku termiss satu bas yg patut aku naik tu.. mana taknya.. dia bleh berenti kat laluan sebelah laluan bas.. mana aku nak perasan.. tahu2 bas tu dah say hi..hi.. bye..bye.. kat aku.. cittt..

Tunggu lagi.. penantian ni satu penyeksaan pada aku tau.. sib baik ramai orang kat situ lagi.. dan dari pemerhatian aku.. cam ramai jer nak naik bas cam aku... dalam hati ni.. perghh... selamat.. selamat.. aku.. ada member..

Dalam 5.20.. bas pun sampai.. ramai jugaks yer.. bagus2.. aku pun dengan ramahnya lah siap tanya driver bas.. buat muka ala2 budak baru belajar naik bas.. bleh gitu?? hahahha.. bas ni direct ke?? driver tu wat muka toya jer.. lotih kot.. nak tak nak jer jawab.. aku pun confuse.. direct ke tak?? arghhh.. lantak lah... asal aku dah selamat duk dalam bas yg sepatutnya..


pics dari google.. aku tak sempat lagi naik bas color ni.. PINK tu.. i LIKE..

Bila bas tu masuk roundabout.. kira ok lah.. so, dlm hati aku kata direct lah ni.. tup2 masuk simpang Alamanda pulaks.. arghh sudah.. nak kemana pulaks bas ni.. lecehlah kalau dia tawaf satu Putrajaya ni.. mahu kematu punggung aku dalam bas ni.. pernah weiii aku kena dulu.. masa duk kat Presint 11.. dari opis nak ke rumah hampir sejam.. keje giler.. kalau naik kereta tak sampai 10 minit jerk..

Nasib baik lepas Alamanda dia patah balik... pergh lega.. pastu masuk pulak simpang ke Maidin.. mmm.. best jugaks ni.. asyik pi jalan2 shopping complex jer.. cam ada idea jer nak pi Maidin.. ada berani??? hahahhaha.. confirm aku tak berani.. penakut nak mampos..

Pastu bas pun meluncur dengan lajunya ke arah rumah aku... so, perjalanan ke rumah aku mengambil masa 20 minit.. oklah..

Sampai2 bergegas aku ke taska Fateh.. cian dia.. masa cikgu ambik Fateh dari dalam bilik.. dia nanges2 aku tengok.. cepat2 aku masuk dalam dan dukung dia.. still nanges2.. ciannya.. aku pujuk jer dia sepanjang perjalanan balik.. sampai rumah bagi dia main bola.. barulah dia leh tersenyum.. bagi dia makan biskut2.. bagi susu.. baru dia lega..

Comments

Popular posts from this blog

Susu Rosak!!

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Kopi Che' Nah