Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

Pertemuan Itu

Malam semalam.. kami bergegas ke Nilai untuk menyerahkan kunci rumah kepada teman penyewa.. penyewa masih berada di negara asalnya..

Tunggu punya tunggu.. tak muncul2 juga.. nak kul 9 baru diorang sampai.. berdesus Camry kat depan umah kami.. tinggi lampai orangnya.. gaya orang ado2.. Khan namanya.. sib baik bukan Shah Rukh Khan.. mahu pengsan aku kat situ... kwang.. kwang..kwang... bersama dengan seorang yang lebih tua darinya.. maybe sekitar akhir 20-an.. berpakaian sederhana..

Hubby menunjukkan rumah bla.. bla.. bla... then kami request suh jaga pokok segala bagai harta peninggalan kami tu ler.. apa kata mamat tu.. InsyaAllah.. InsyaAllah.. Don't Worry.. Don't Worry.. sambil bagitau yg seorang lagi tu akan berada di rumah 24 jam..

Dari pemerhatian kami.. kawan dia seorang lagi tu adalah 'maid' diorang.. yg mungkin diimport sekali untuk bekerja ngan mereka.. diorang kan student.. mana ada masa nak uruskan rumah2 ni.. lagipun diorang kan orang ado2.. kalau begitu lah andaian kami.. hopefully rumah kami tu terjaga dengan baiklah..

Kalau uols perasan lah.. especially peminat filem hindi.. pembantu rumah orang ado2 ni kebanyakannya Lelaki.. betul tak?? betullah.. betullah... betulll.. sobab eh.. aku selalu nengok citer Hindi..

Dah settle semua.. diorang pun bla.. dan akan kembali semula ke rumah tu after 2 hours katanya.. diorang plan nak berpindah before penyewa pulang ke sini..

Comments

Popular posts from this blog

Susu Rosak!!

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Kopi Che' Nah