Tenang

Setenang air di kolam... begitu wajahku.. gelora hati di dalam.. tiada yang tahu..
Sentiasa terukir senyum di bibir.. lindungi perasaan dibalik gurauan...

Lirik takde kaitan dengan n3 yer.. aku suker lagu Aishah ni.. kalau tengah2 sedih.. suker nyanyi lagu ni..

Semenjak aku berpindah ni.. hidup aku lebih tenang.. masa aku lebih dengan anak-anak.. aku keluar bekerja dah nampak cahaya matahari.. balik kerja sebelum matahari terbenam.. masih cerah lagi.. indah... sungguh indah.. aku rasa bebas.. bebas dengan debu2 jalanan.. yg hampir 3 tahun aku bergelumang dengannya..

Pulang ambil Fateh.. masih boleh lagi bawak dia bermain2 di taman permainan.. seronok melihat keletah anak bermain.. berbanding sebelum ni.. kepulangan yg lewat.. membataskan pergaulan dengan anak2.. hanya bermesra sejam dua.. tapi mereka banyak merengek.. mungkin merajuk.. pastu tidur kepenatan.. esoknya ke rumah pengasuh.. banyak masa tumbesaran di depan pengasuh..bukannya di depan aku.. ibu mereka.. chedihh...

 wajah anak Mama yang mula2 muram.. pastu ceria kerna adanya insan tempat bergantung di sisi..

Alhamdulillah..

Harap2.. zaman aku membesarkan Amiera dulu dapat dirasai juga oleh Fateh..

Penat?? memang penat menguruskan hal ehwal rumah.. memasak, mencuci, mengemas .. etc.. sapa yg tak penat uruskan hal ehwal rumah sila angkat tangan?? nak2 pulak kita yang berstatus ibu bekerjaya ni.. tetapi aku masih boleh bertahan untuk bangun keesokan paginya.. menyediakan sarapan dan bekalan buat Amiera ke sekolah.. seronok.. seronok anak2 membesar di depan kita..

Kalau sebelum ni.. liat sungguh nak bangun.. seperti tidur aku tu tak cukup untuk merehatkan badan yang terlalu letih.. letih dengan perjalanan yg jauh.. dalam usia dah meningkat ni.. lagi mudah dapat penyakit.. maka sindrom M aku pun tetiba jer muncul.. dalam keadaan terpaksa bangunlah jugaks.. dan adakalanya terlewat.. so, kalut lah aku untuk menyediakan segala bagai.. nasib baik dulu Amiera belum bersekolah.. aku hanya sempat menyediakan minuman sahaja untuk dijadikan sarapan..

Dah seminggu lebih.. aku masih bertenaga untuk bangun dan ke tempat kerja.. cuma kadang2 aku pening memikirkan menu apa untuk dijadikan bekalan Amiera ke sekolah.. aku tak mahu dia kelaparan ke sekolah.. hari ni jer aku masakkan nasi lemak.. so, far menu yg aku masak.. Amiera akan makan.. kalau kena dengan seleranya memang licin dibuatnya.. kalau tak tu.. kalau tak sikit.. separuh akan ditinggalkan..

Nasib baik aku dah standby beli Majalah Rasa keluaran Januari 2011..  cam faham2 jer kan.. so, next menu pls..









En Hubby aku pun dah tak sepenat dulu.. terpaksa berulang-alik dari KL - Putrajaya - Nilai.. perjalanan yang memang memenatkan..

Actually.. ramai yang tertanya2.. sedara mara.. jiran tetangga.. sahabat handai.. kenapa kami pindah??? sayangnya nak tinggalkan rumah yg baru dibeli..

Banyak faktor sebenarnya.. tetapi biarlah ia menjadi sebahagian dari diari hidup aku ni.. diari kan rahsia.. mana boleh story mory ni.. untuk mencapai sesuatu kita terpaksa korbankan sesuatu yang kita sayang..

Semoga kehidupan kami diredhai-Nya.. aminnnn...


4 omelan:

SUZIE APAI said...

aku pun pelik gak nape ko pindah...tp ape2 hal, biarlah pilihan yg kita buat itu lebih selesa dan praktikal....kan?

semoga lebih gigih dan tabah..

Faina Arisya said...

suzie..

betul3.. insyaAllah.. anyway thanks..

syalinda johari said...

kak iena, tgk ja resepi2 blogger kat blog2 masakan ni.. mmg menjadi.. kekeke.. jimat duit tak yah beli majalah saji.

Faina Arisya said...

syalinda..

oh ye ke... leh ler jengah2 blog tu..

Geng Kitty

Sangkut Paut

3D (1) 5S (3) Acacia (4) Aduan Rakyat (13) Aidijuma (1) Aku dan Dia (60) Amiera (269) Ana Muslim (2) Anniversary (10) Anugerah (11) Aqiqah (5) Ariani (3) Arissa (51) ASB (3) ASUS (1) Avatar (1) Award (6) Bajet (2) BBQ (2) Big Bad Wolf (3) Birthday (75) Biskut (2) Biz (3) Blogger (12) Car (1) Carlo Rino (6) Ceramah (3) CERT (1) ChurpChurp (2) CIC (12) Cloth Diaper (1) Contest (8) Cuepacs (1) Dari Dapur Mama (1) Denggi (1) Diaper Cake (1) Dinner (1) Drama (5) EKSA (1) Exam (2) Expo (2) Family Gathering (22) Fareeda (17) Fateh (193) Floria (1) Frozen (1) Gajet (1) Gift (10) Giveaway (1) Handbag (2) Handphone (4) Hari Raya (153) Hello Kitty (2) HFMD (1) Hobby (2) Holiday (115) Hot Air Balloon (4) Iftar (1) Impian (9) Info (31) Isu Semasa (9) JJCM (12) Juadah (115) Jurnal (4) kak Rose (8) Kecantikan (1) Kenduri (15) Kesihatan (2) Kuarters (11) Kuiz (2) Kursus (19) Lawak (2) Lazada (1) LIMA (1) Lovely Song (7) Luahan (3) MAFIST (5) Majalah (4) MasterChef (6) MeadJohnsons (4) Memori (3) Muffin (2) MyDeal (1) Nilai3 (1) Novel (3) Nuffnang (7) Nuri (5) OnAir (1) Panggung (1) Pekeliling (1) PINK (8) PotLuck (2) PPA1M (4) Pre Loved (1) Pregnant (28) PRU (2) Prudential (2) PTK (2) Puasa (69) Puisi (9) Putrajaya (32) Qaisara HB (3) Ramadhan (18) Resepi (37) Riadah (22) Rumah Peranginan Persekutuan (3) Sad Song (1) Saham Akhirat (5) Sales (5) SBPA (4) Sejarah (1) Seminar (5) Shabby Cottage (66) SimplySiti (3) SkullMate (1) Sogo (3) Solid Food (5) SSPN (3) Streamyx (3) Sustagen (4) TAG (5) Taman Raudhah (13) The Movie (21) Tips (2) Tupperware (2) UPKK (9) UPSR (3) Ustazah Pilihan (6) VAIO (2) Vantage (6) Villa Raudhah (47) Viral (4) watermark (1) Wishlist (2)

Yg Suka Bercerita

Sitting and Blinking Hello Kitty