Posts

Showing posts from February, 2011

Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

Contest : Siapa Nak Jadi Cover Buku?

Image
N3 melekat sampai 25hb Feb.. for new n3.. pls scroll down.. wokeh!! Contest Anjuran Ann aka Hati Berbunga ..  So, Ann, gambar yg dipertaruhkan adalah......................... gambar diambil semasa hari raya tahun lepas.. sangat suker ngan gambar ni.. sangat memori.. satu family takde time ni.. kalau tak.. lagi meriah.. kawan2 sekalian yg berminat nak masuk.. leh baca detail kat blog Ann ok..

Doa dan Ucapan dari jauh

Salam.. Sementara Fateh sedang melayan TV sambil menikmati susu.. sempat lagi aku ngadap PC.. hari ni aku EL lagi.. Fateh masih tak sihat.. awal pagi dia merengek.. panas dia naik balik.. Kalau Ikutkan, aku nak gi kerja harini.. byk benda nak kena buat.. tapi hati berbelah bagi.. antara anak dan kerja.. mana yang lebih utama.. Semalam pi AnNur.. sebelum tu aku dah risau.. telinga Fateh dah bernanah.. lewat petang dia dah meragam.. panas dia naik tinggi.. nak tak nak aku terpaksa masukkan ubat punggung.. tak sanggup tengok dia nanges jerk menahan panas.. so, kena tunggu en hubby balik baru boleh pergi.. cam biasa dapatkan antibiotik.. sebab selesema dia yg menyebabkan telinga bernanah.. Oklah.. n3 kali ni.. aku nak wish kat SIL yang bakal melahirkan anak ke-3 secara cser lepas solat Jumaat.. semoga tabah mengharunginya.. coz this is her first time.. InsyaAllah berkat hari Jumaat semuanya akan dipermudahkanNya.. Dugaan untuk mendapatkan 'waris'.. begitulah ragamnya.. ta

Jiwang sambil taip n3

Firstly.. thanks to Gratisan Musik kerana memuatkan macam2 lagu yg boleh dijadikan music background blog aku ni.. tergerak aku nak cari lagi Anuar Zain Sedetik Lebih.. alhamdulillah ada.. cepat2 aku masukkan.. amacam.. dah macam tema drama / filem Melayu laks.. lagu2 Anuar Zain ni memang sesuai utk dijadikan tema lagu sesebuah drama or filem.. tul tak?? muzik dia syahdu jerk.. Actually.. aku EL lagi hari ni.. Fateh demam balik lah.. kalau tak silap aku baru 2 minggu lepas dia demam.. lepas aku hantar semula ke taska.. dah kena selesema ngan batuk.. cepat sungguh dia berjangkit ngan budak2 lain.. so effect dari selesema ngan batuk lah demam dia naik.. walaupun aku dah bagi ubat batuk ngan selesema.. tapi still tak ok.. kalau dah kena selesema ngan batuk ni.. memang lambat nak sembuh.. Punca naik demam dia start semalam.. masa aku ambik dia kat taska.. dia tengah tidur kat atas sofa.. pelik gaks.. biasanya Fateh tidur time nak ke tengahari.. jarang lah dia tidur petang unless dia ta

Sedetik Lebih

Image
Nak Kasi Jiwang Karat Petang2 Syahdu Ni.. Jangan u ols sampai muntah udah la yerk..  SEDETIK LEBIH Setiap nafas yang dihembus Setiap degupan jantung Aku selalu memikirkanmu Dalam sedar dibuai angan Dalam tidur dan khayalan Aku selalu memikirkanmu Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang Barulah terasa ku bernyawa Kasihku…ku amat mencintai kamu Kerana kau beri erti hidup Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan Ku bersyukur adanya kamu Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia Asal masih adanya kamu Song By : Anuar Zain Terharunya........................... shedih laaaaa.... huhuhuhu.. Special dedicate to me from my beloved one.. my mr hubby.. Thanks u so much.. luv u alwiz & forever & everrrrrrrrrrrrrrrrrr....  mmmmmmmmmmmm... cemana lagu dia yerk?? uols ada?? nak kena cari mp3 nampak gayanya ni..

Jalan2 @ Pesta Sukan Air Putrajaya

Image
Dengar cerita dari opismate pasal pesta sukan air kat Kompleks Sukan Air di Putrajaya.. Bagi mengisi masa lapang dan beriadah bersama-sama anak2 tersayang.. so, kami pun pergi lah.. kira dah lewat petang baru nak gerak.. malas sebenarnya nak gerak awal2.. sebab panas terik.. Sampai2 kat sana.. ramai orang dah duduk santai.. kat tengah tasik pun takde aktiviti.. sepi... Kami teruskan perjalanan ke tempat suara2 yg bergema dari jauh.. ada persembahan artis.. Rupa2nya acara air tu dah tamat.. tinggal penyampaian hadiah jerk.. lorrr.. kami dah terlepas lah ni.. takpelah.. bukannya nak tengok sangat pun.. kami cuma nak survey Kompleks Air ni jer.. tak pernah tau pun.. walaupun aku dah keje lama kat Putrajaya ni.. boleh gitu!! Overall.. pemandangan kat Kompleks ni cantik.. bersebelahan dengan Hotel Pullman.. anak2 boleh mandi-manda di pool atau di tepian tasik..   pantang nampak topi.. tak sudah2 nak memakainya.. walhal dalam keta jerk..   muka tak puas hati.. sebab topi

Sepetang @ Karnival WOW Putrajaya

Image
Ahad lepas.. citer dah basi.. baru sibuk nak wat n3.. per kes.. almaklumlah.. sibuk ler.. pastu pulaks.. tak berapa excited nak wat n3 coz takde pics yg di snap masa karnival tu.. sobab eh?? aku lupa dah nak bawa kamera.. hp pun tertinggal kat umah.. mentang2 ler umah dekat.. Actually.. kami langsung tak plan nak pi karnival ni.. kebetulan jiran depan rumah wat besday party anak dia.. alang2 kami dijemput.. alang kami dah berpakaian cantik.. takkan setakat dua tapak jer kuar rumah.. baik kuar jauh sket.. teringat ada karnival terus ajak my mr hubby.. Nama pun karnival.. macam2 aktiviti.. pameran.. persembahan.. sukan.. jualan2 diadakan.. ni tempat nak perabih duit.. sib baik barang2 yg dijual tak menarik minat aku.. kalau ada pun.. tak mampu weiiii... ratus2 ribu tu.. Kami jalan sana.. jalan sini.. masuk sana.. masuk sini.. ada pameran tentang pembangunan pejabat2 kerajaan dan rumah2 di Putrajaya.. memang cantik view kondo yang akan dibangunkan.. musti mahal kan.. Masa tengah2

Bila Dah Sihat..

Image
Gelagat bila dah sihat...   panjat sofa.. pastu nak turun.. takut.. walhal tak sampai sejengkal kaki dah jejak lantai.. punyalah lama tersangkut kat sofa tu.. hiks..   bila ada mainan kat tangan.. dia rapatkan mainan tu kat muka dia.. konon2 nak aim sapa yg dia nak hempuk.. pastu wat ala2 hero Malaya.. nasiblah sapa yg kena..

Lagi 27 Hari

Image
Cukup ke baki cuti ni untuk sampai hujung tahun ni... Aku baru jer bersemangat awal2 tahun ni.. nak kurangkan cuti kecemasan.. Tapi kita hanya mampu merancang.. tapi Allah yg menentukan segalanya.. Kalau ikutkan cuti keseluruhan aku ada 35 hari.. termasuk hari ni.. dah 8 hari aku ambik cuti.. baru pertengahan bulan Feb.. risau siot.. tapi nak wat camna.. Fateh tak sihat lagi.. demam dia turun naik.. ruam di badan masih tak hilang.. tergaru sana tergaru sini.. sian dia.. Semalam dah pi An-Nur.. kali ni dr lain.. bukannya dr Khairul.. aku lebih prefer dr Khairul tapi nak wat camna.. dia dah habis bertugas.. nak tak nak kena jumpa gak dr tu.. dr tu risau kalau Fateh kena denggi berdarah.. terpaksa;lah ambik darah.. meraung2 si fateh.. dah lah badan tak sihat.. kena ambik darah lagi.. tak ke trauma budak tu nak pi klinik.. Lepas menunggu hampir 15 minit ujian darah.. so far alhamdulilah.. Fateh takde apa2.. cuma kesan dari bakteria dalam badan dia yg buat ruam dia naik teruk.. dr

Cian Fateh

Kisahnya berlaku pagi ni.. Sebelum tu.. semalaman Fateh tak lena tidur.. merengek2 jer.. aku bagi susu pun dia tak habis minum.. macam ada something kat tekak dia.. badan dia dah rasa panas sket.. aku serba salah nak gi keje.. tapi nak tak nak aku terpaksa gi keje jugaks.. bangun pun lewat dari biasa.. dah siap2 semua.. Amiera pun dah siap nak ke sekolah.. Tengah2 aku nak pakai tudung.. si Fateh bangun nanges2.. cari aku.. merengek2.. boleh dia diri depan aku tempat aku ngadap almari mekap tu.. dahlah sempit.. dia mintak aku dukunglah tu.. tak sempat aku nak dukung dia dah jatuh.. pastu hubby ambik dia.. bawak pi dapur.. tup2 perasan darah banyak kuar dari mulut dia.. rupa2nya masa dia terjatuh tu mungkin mulut dia terhantuk kat sisi almari... maunnya tak sakit.. melolong lah dia.. cepat2 aku ke dapur.. nak suh kumur.. Fateh tak pandai lagi.. nak tak nak lap ngan tisu.. lagi aku lap.. lagi byk darah keluar.. risau gaks..penuh mulut dia ngan darah.. ada gak dia tertelan darah.. dah

Rekreasi @ Gunung Lang

Image
Before pulang semula ke Putrajaya.. kami singgah ke Taman Rekreasi Gunung Lang kat Jln Kuala.. pergi pun dah hampir pukul 5..so, kami tak lama..just naik bot.. biar anak2 main.. snap sana snap sini..pastu balik..   pemandangan yang menarik..   chinese kat belakang tu pun nak tumpang glamer u..    ramai pasangan pengantin wat photoshoot.. macam2 color baju diorang.. ada maroon, ijo, turqoise   satu bot kami punya!!   Amiera dah pandai bawak diri.. tak mau duk ngan mama dia..   tak lengkap rasanya..   Mia & ayahnya..   pemandangan yg menarik. .sesuai utk photoshoot.   sapalah duk kat atas menara tu..   preparation for PLKN..   bila Fateh dapat kaki..   cer teka sapa menang?? kenangan terindah..   lastly.. pesan Amiera.. mama, lain kali datang sini lagi yer..

Besday Party

Image
SIL2 dan biras aku ada wat besday party utk anak2 mereka.. so, alang2 tahun baru Cina.. cuti panjang kami pun balik ke kampung untuk sama2 meraikannya.. Majlis meraikan anak2 yang menyambut kelahiran dari bulan Jan - Feb.. Layan gambar sajork sambil story okay!   Amiera ngan kakak sepupunya.. besday girl..   Haqiem the besday boy..   orang kuat di sebalik tabir..   ni pun orang kuat gaks.. hehe..   ikan keli.. fresh from bagan serai..   fateh yg sentiasa menjadi buruan ALONG..   majlis dimulakan dengan bacaan doa selamat yg diketuai FIL..   antara hidangan yg disajikan..   selesai makan.. acara pemotongan kek..   on your mark.. get set..   fuhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh...   haa.. sudah.. macam2 bunyi ada..   ni pulaks acara membuang sarang labah2..   acara penyampaian hadiah utk besday boy & girl..   tersipu2 malu dia..   sukernya dia..   aitt.. si kecik ni pun dapat gift gaks.. actually.. walaupun yg sambut besday tak ramai.. hadiah semua org dpt.. coz tak nak dio