Lagi 27 Hari

Cukup ke baki cuti ni untuk sampai hujung tahun ni...

Aku baru jer bersemangat awal2 tahun ni.. nak kurangkan cuti kecemasan..

Tapi kita hanya mampu merancang.. tapi Allah yg menentukan segalanya..

Kalau ikutkan cuti keseluruhan aku ada 35 hari.. termasuk hari ni.. dah 8 hari aku ambik cuti.. baru pertengahan bulan Feb.. risau siot.. tapi nak wat camna.. Fateh tak sihat lagi.. demam dia turun naik.. ruam di badan masih tak hilang.. tergaru sana tergaru sini.. sian dia..

Semalam dah pi An-Nur.. kali ni dr lain.. bukannya dr Khairul.. aku lebih prefer dr Khairul tapi nak wat camna.. dia dah habis bertugas.. nak tak nak kena jumpa gak dr tu.. dr tu risau kalau Fateh kena denggi berdarah.. terpaksa;lah ambik darah.. meraung2 si fateh.. dah lah badan tak sihat.. kena ambik darah lagi.. tak ke trauma budak tu nak pi klinik..

Lepas menunggu hampir 15 minit ujian darah.. so far alhamdulilah.. Fateh takde apa2.. cuma kesan dari bakteria dalam badan dia yg buat ruam dia naik teruk.. dr cuma bagi antibiotik, ubat demam dan selesema..


Walaupun Fateh cuma demam biasa tapi ruam yg teruk tu buat aku tak sanggup hantar dia ke taska.. bukannya bertambah sembuh.. makin teruk nanti adalah.. aku tak percaya sangat ngan cikgu2 taska tu.. sebab aku pernah mintak tolong diorang bagi ubat kat Fateh.. haram jadah dia nak sumbatkan ubat.. macam mana plastik ubat tu aku letak.. camtu lah keadaannya bila aku ambik balik.. langsung tak terusik..




Hopefully, Fateh akan beransur sihat.. minggu depan blehlah aku keje.. mesti bos aku bengang giler ngan aku sebab aku tak attend hari ni sebab ada presentation oleh budak2 programmer baru.. aku yg lead diorang.. tapi nak wat camna kan.. family first.. diorang sendiri bleh present tanpa aku.. aku percaya diorang bleh buat..

Susah kan.. hanya ibu2 yg ada anak2 sajor yg faham perasaan seorang ibu.. tapi ada jugaks ibu yg anak2 dia takde masalah kesihatan.. pun kadang2 tak faham perasaan ibu ni.. mungkin lepas anak2 diorang sakit baru diorang faham kot.. lagi satu kalau anak2 bos yg sakit diorang boleh jer angkut pi opis.. yelah kan diorang ada bilik aka bungalow.. kami2 yg setakat rumah setinggan ni.. takkan nak angkut anak2 sekali pi opis.. kang kalau bising macam taska pulaks.. kacau orang nak wat keje.. hidup ni kadang2 tak adil kan.. ada sesetengah orang fikir.. dia boleh buat.. nape kita tak boleh.. but the problem is.. mereka tidak bermasalah macam kita.. mereka tidak berada dalam situasi kita..

Pada rakan2 yg bergelar 'BOS' atau yg bakal menjadi 'BOS' satu hari nanti.. jangan terlalu memikirkan matlamat pencapaian kerja.. fikirkan juga kebajikan anak2 buah masing2.. jika anak buah bermasalah.. cuba selami hati mereka.. tanpa anak2 buah.. istilah 'BOS' tidak akan ada.. kerja sampai mati pun tak habis..

Oklah.. dah panjang aku bebel ni.. kalau nak bercerita pasal ni sampai malam pun tak habis..


5 omelan:

ana-kirana said...

ni demam virus ni..aisya dulu selalu naik ruam mcm campak halus tu ...skrg jer tak da dah

tak de pape ..insyaallah..sapu calamine

emyda said...

afy un baru baik demam virus..memang seksala..afy kene berak2..masuk je apa dlm perut abis kuar kat berak...bila anak sakit memang sengsara..semoga fateh cepat sembuh..duk taska mmg ginila...

syalinda johari said...

kesian fateh.. nasib dia tahun ni selalu sakit. kak iena cuma try bg scott emulsion tu.. tp kalo nk sakit tu bg apa pun sakit jugak.. huhuhu.. lagi2 kalo dok nursery.
saya paham keadaan itew.. kita ni org2 bawahan ja.. huhuhu...

ann @ hatiberbunga said...

teruknya badan fateh... sian sesgt..

tp betul la.. klau anak tu xbrape sihat, mmg x leh harapkan sgt taska bagi ubat. ckp je bagi. tp bila tgk ubat2 tu, tak luak pun.. huhu..

Faina Arisya said...

ana..alhamdulillah lepas sapu calamine, ruam tu kering..

eida..

sian budak2 kan yg lahir secara cser ni.. diorang mudah dapat penyakit..

syalinda..

Scott tu kadang2 bagi kadang2 tidak.. nak kena bagi selalu kot baru antobodi kuat..

ann..

diorang kat taska tu sibuk memanjang.. tak leh fokus kat sorang budak jer kot.. huhu..

Geng Kitty

Sangkut Paut

3D (1) 5S (3) Acacia (4) Aduan Rakyat (13) Aidijuma (1) Aku dan Dia (60) Amiera (268) Ana Muslim (2) Anniversary (10) Anugerah (11) Aqiqah (5) Ariani (3) Arissa (50) ASB (3) ASUS (1) Avatar (1) Award (6) Bajet (2) BBQ (2) Big Bad Wolf (3) Birthday (73) Biskut (2) Biz (3) Blogger (12) Car (1) Carlo Rino (6) Ceramah (3) CERT (1) ChurpChurp (2) CIC (12) Cloth Diaper (1) Contest (8) Cuepacs (1) Dari Dapur Mama (1) Denggi (1) Diaper Cake (1) Dinner (1) Drama (5) EKSA (1) Exam (2) Expo (2) Family Gathering (22) Fareeda (17) Fateh (192) Floria (1) Frozen (1) Gajet (1) Gift (10) Giveaway (1) Handbag (2) Handphone (4) Hari Raya (151) Hello Kitty (2) HFMD (1) Hobby (2) Holiday (115) Hot Air Balloon (4) Iftar (1) Impian (9) Info (31) Isu Semasa (9) JJCM (12) Juadah (111) Jurnal (4) kak Rose (8) Kecantikan (1) Kenduri (15) Kesihatan (2) Kuarters (11) Kuiz (2) Kursus (19) Lawak (2) Lazada (1) LIMA (1) Lovely Song (7) Luahan (3) MAFIST (5) Majalah (4) MasterChef (6) MeadJohnsons (4) Memori (3) Muffin (2) MyDeal (1) Nilai3 (1) Novel (3) Nuffnang (7) Nuri (5) OnAir (1) Panggung (1) Pekeliling (1) PINK (8) PotLuck (2) PPA1M (4) Pre Loved (1) Pregnant (28) PRU (2) Prudential (2) PTK (2) Puasa (69) Puisi (9) Putrajaya (32) Qaisara HB (3) Ramadhan (18) Resepi (37) Riadah (22) Rumah Peranginan Persekutuan (3) Sad Song (1) Saham Akhirat (5) Sales (5) SBPA (4) Sejarah (1) Seminar (5) Shabby Cottage (66) SimplySiti (3) SkullMate (1) Sogo (3) Solid Food (5) SSPN (3) Streamyx (3) Sustagen (4) TAG (5) Taman Raudhah (13) The Movie (21) Tips (2) Tupperware (2) UPKK (9) UPSR (3) Ustazah Pilihan (6) VAIO (2) Vantage (6) Villa Raudhah (47) Viral (2) watermark (1) Wishlist (2)

Yg Suka Bercerita

Sitting and Blinking Hello Kitty