Kasihnya Ibu

Hari ni aku nak buka topik pasal kasih seorang ibu / mama / umi / mummy.. etc... n3 panjang di akhir bulan Mac ni..

Sebelum tu.. jom nyanyi dengan penuh penghayatan.. nyanyi dlm hati pun jadiklah.. 'Kasihnya Ibu... membawa ke syurga..' ' mesti korang akan tersentap! huhuhu...

Aku rasa semua insan yang bergelar ibu akan melakukan perkara yang sama.. berkorban tenaga, masa, wang ringgit demi anak2 dan keluarga yg disayangi.. kalau yg tak tu kira kategori lain lah.. bukannya ramai pun.. itu nanti aku wat n3 lain laks..

Kali ni just focus kepada wanita2 yg bergelar ibu yg berjiwa murni..

Kenapa mereka sanggup berkorban?? sebab semua wanita mempunya jiwa yang halus.. sensitif.. penuh dengan kasih sayang.. penuh dengan kesabaran.. penuh dengan harapan.. penuh dengan misteri.. kompleks.. sukar untuk ditafsirkan oleh kaum Adam.. hanya diri mereka sendiri aja yang tahu apa yg tersirat di hati mereka..

Kalau diikutkan.. semua wanita lah.. tak kira yg dah berkahwin atau masih bujang ada ciri2 yg aku sebutkan seperti di atas.. tapi bila dah mempunyai anak.. pengorbanan mereka lagi lebih.. betul tak??

Bagaimana istilah kasihnya seorang ibu boleh dikupaskan?? ada yang berbentuk lisan dan ada yang berbentuk perbuatan..

Tak perlu tengok kisah orang lain.. ni aku nak story kisah aku sendiri.. di mana nilainya kasih seorang ibu.. uols selami dan fahami sendiri.. bukannya nak membangga diri kerna aku tahu di luar sana semua ibu2 pun begitu.. dan ada yang lebih banyak berkorban compare ngan aku lah kan..

Ok.. apa rutin harian anda sebagai seorang ibu??? mai nak citer dari awal pagi hingga ke lewat malam setiap hari kecuali cuti umum.. uols yg baca jangan sampai muntah udahlah.. kalau rajin nak baca sampai habis dipersilakan ya...

1. Setiap Isnin - Jumaat... aku akan bangun seawal jam 6.15 pagi... alhamdulillah, since dah pindah ke Putrajaya ni.. blehlah bangun lewat.. dulu2 aku kena bangun seawal 5.15 pagi.. kadang2 terbabas ke 5.30.. standardlah tu.. bila sindrom 'M' aku datang... memang kelam kabutlah nak bersiap kan..

2. Lepas siapkan urusan diri..lebih kurang dalam 6.40 pagi.. bersilat lah sekejap aku kat dapur untuk siapkan sarapan pagi.. biasanya kalau bangun jam tu memang tak sempat nak memasak bagai.. kalau rasa nak memasak aku bangun awal sket.. tapi memandangkan Amiera sekarang pun tak nak bawak bekal.. dia dah suka membeli.. so, lagi senang sket urusan aku menyiapkan sarapan..dalam mind aku dah set.. apa yg perlu aku buat one by one.. kalau tak aku jadi kaku dan macam sedikit confuse.. uols pernah rasa tak perasaan ni kalau uols tak plan nak wat apa?? ok.. ni senarai yang aku buat hampir 20 minit di dapur..
  • Untuk Amiera - Sediakan sebotol air kosong dan roti gardenia yg hat 60 sen tu dan kemudian masukkan ke dalam beg sekolah. Buatkan sebotol susu untuk diminum dan sekeping roti yg disapu dengan Lady's Choice atau Nutella..
  • Untuk Fateh - Buatkan sebotol susu untuk dibawa ke taska. Sediakan ubat2 untuk diberi coz tak confident kalau suh cikgu taska yg bagi.. Sediakan beg di depan pintu untuk memudahkan en hubby bawak pi taska..
  • Bersihkan botol2 susu yg diguna semalaman.. just rendam ngan air biasa jerk..
  • Sediakan 2 cawan teh dan 2 keping roti bakar untuk aku ngan hubby bersarapan..
  • Kalau teringin nak bawak bekal ke opis, aku bawak jer apa yg aku rasa nak makan.
3. Sambil2 aku wat keje kat dapur.. aku akan jengah Amiera dalam bilik.. kena make sure dia solat Subuh dan bersiap dengan cepat.. kalau tak dijengah.. ntah apa yg dibuatnya dalam bilik..

4. Siapkan pakaian dan pampers Fateh untuk ditukar.. well.. pompuan kan cerewet.. mesti nak matching2 pakaian bagai.. aku memang hari-hari suka tukarkan Fateh dengan pakaian bersih ke taska.. since Amiera masa kecik2 pun aku buat camtu.. kadang2 cikgu ingat Fateh dah mandi.. sebab bau wangi baju kan.. takde bau air liur basi bagai.. biasanya en hubby yg akan tukarkan baju Fateh.. kalau aku cepat uruskan hal di dapur.. aku sendiri yg akan tukarkan..

5. Pakai tudung.. touch-up2 sket.. takde nak mekap2nya.. setakat selapis lipstick di bibir dan selapis bedak di muka.. udah.. minyak wangi One Drop calit kat lengan kat opis citer.. malas nak wangi2 dari rumah.. aku dah berpeluh2.. rasa tak selesa..

6. Keluar rumah dalam kul 7.15.. tu pun pada aku dah kira lewat.. kesian kat en hubby yg terpaksa ke KL.. aku hantar Amiera ke sekolah.. beg sekolah Amiera aku yg pegang.. hantar sampai ke kelas.. pastu iring Amiera sampai ke tapak perhimpunan.. mulut sentiasa tak lepas bagi kata nasihat kat Amiera.. 'belajar rajin2.. dengar cakap cikgu..'.. pastu salam dan cium Amiera tanda sayang dan ingatan kita pada dia.. kalau dah lambat sampai sekolah.. aku suh Amiera pi terus ke tapak perhimpunan sementara aku pi hantar beg ke kelas.. kesian sangat sebab hari2 beg sekolah dia berat.. macam2 ada dalam beg tu.. En hubby pulaks hantar Fateh ke taska..

7. En Hubby drop aku kat persimpangan jalan.. so menapak lah aku ke opis dalam 5 minit.. sampai opis dah berpeluh2... achem laaa.. barulah terhegeh2 nak calit One Drop.. kalau time kat opis takde air-cond lagi dipasang.. terpaksalah aku berkipas... panassssssssss....

8. Cam biasa.. buka PC.. check email.. baca blog dulu.. pastu baru fokus wat keje.. dari kul 8.30 sampai kul 5.00 petang.. otak aku akan sentiasa berfikir.. bekerja keras untuk menyelesaikan masalah.. keje aku ngadap PC buat programming.. kalau ada meeting or something else, barulah gerak.. kalau tak tu memang susah lah aku nak bangun dari kerusi ni.. kalau takde keje laks.. aku jarang lah nak melepak kat lain2 tempat.. biasanya aku mesti ngadap PC.. kalau tak baca email.. baca blog.. surf internet.. chatting dah takde dah.. lagipun kat opis kena block.. kalau ada member2 opis yg mintak bantuan programming.. aku ngadap PC lagiks.. sambil kepala otak ni berfikir untuk menyelesaikan masalah..

9. Tepat jam 5 petang aku akan jalan sepantas mungkin untuk naik bas.. terlewat seminit dua.. maka terlepaslah aku bas kul 5.. biasanya aku terlepas.. dan kalau ada rezeki dalam kul 5.15 dpt naik bas.. purata sampai ke rumah dalam 15-20 minit..

10. Sampai kawasan rumah.. terus ke taska untuk ambik Fateh.. kena dukung dia.. kalau tak dukung lagi lambat aku sampai rumah.. bayangkanlah.. dah lah berat Fateh 10kg++.. dengan beg taska dia lagi.. berjalan kaki hampir 200 meter..

11. Dah sampai rumah.. kena buatkan susu sebotol untuk Fateh coz aku tahu dia memang kehausan.. sementara dia baek punya minum, dapatlah aku uruskan diri sendiri.. itupun tak sampai 10 minit.. aku terpaksa buat cepat coz risaukan Fateh.. dia kalau dah habis minum lain kerjanya..

12. Settle urusan diri.. aku sambung keje kat rumah pulaks.. cam biasa akan bersilat di dapur..
  • masak air
  • rendam botol susu
  • sediakan minum petang sebab dah biasa mesti nak minum panas
  • kalau rajin sedikit sediakan apa2 menu untuk dijamah waktu petang, sambil melayan karenah Fateh yang suka kacau aku kat dapur.. kalau malas, masak sekaligus ngan makan malam..
  • kalau aku tak sihat atau malas tahap GABAN atau pi pasar malam..aku tak masaklah..
  • bila en hubby ngan amiera dah sampai rumah.. sambut diorang.. 
  • lepas minum petang bersama sambung cuci botol dan prepare untuk susu anak2 di waktu malam
  • rebus botol susu anak.. ni agak lama.. aku tak pernah beli sterilizer ok.. dalam hati tu kalau boleh nak gak beli.. tak yah penat2 nak rebus botol ni..
  • tanak nasi kalau plan nak masak untuk makan malam
  • stop sementara urusan di dapur.. 
  •  
13. Basuh baju Amiera atau Fateh yang dah membukit (sekiranya ada).. ni kerja senang.. campak.. tuang.. tekan.. kalau tak rendam jer baju sekolah agama Amiera jer..

14. Ngadap Amiera supaya dia dapat menyiapkan kerja sekolah.. kalau dah siap.. bersama2 dengan Amiera mengemas buku mengikut jadual untuk keesokan harinya..

15. Sediakan pakaian taska Fateh dan masuk dalam beg..

16. Kalau anak2 berlengas.. bila terlebih rajin.. aku yg akan mandikan.. kalau tak just mintak tolong en hubby yg uruskan..

17. Lepas solat.. sambung ngadap dapur semula kalau nak masak untuk makan malam..

19. Layan anak2 makan.. kalau rajin aku suapkan diorang.. kalau tak diorang makan sendiri.. tapi pastu letihlah sebab nak kena kutip sisa makanan yang bertaburan.. mulalah mulut aku membebel..

20. Bagi anak2 makan ubat.. ni yang kadang2 selalu terlupa sebab terlalu banyak sangat yang hendak difikirkan..

21. Cuci baju Amiera dengan tangan sebab tak banyak.. pastu baru Spin guna washing machine..

22. Iron baju sekolah agama Amiera.. pastu packing dalam plastik masuk dalam beg sekolah..

23. Layan anak2 sambil nonton TV..

24. Kalau diorang dah tidur.. barulah dapat rehat.. kalau citer best kat TV.. leh sambung tengok.. kalau tak ngan aku2 pun tidur sekali.. letih tenaga dan otak sepanjang hari.. zzzzzzzzzzzzzzzz.. biasanya kul 11 aku tidur.. paling awal pun dalam 10 lebih..

Fuhhh.. letih gak ni berfikir apa yg nak di taip.. ada 24 semuanya.. ni baru anak 2 orang.. uols mesti letih membacanya.. apatah lagi ibu2 yang mengalaminya.. nak2 pulak yg mempunyai anak ramai..

Kesimpulannya.. aku dapat rehatkan otak dan tubuh badan lebih kurang 7 jam.. tu pun kalau tidur aku tidak diganggu dengan tangisan Fateh (tapi tiap2 malam dia nanges nak susu) atau mimpi2 buruk.. atau pun tiba2 jer otak aku berfikir tentang masalah coding.. so, makin kuranglah jangka masa rehat aku..

Dan selebihnya.. lebih kurang 16 - 18 jam sehari.. 540 jam sebulan.. 6480 jam setahun.. 129600 jam untuk tempoh 20 tahun.. otak bekerja..

Tapi pada wanita2 itu semua tidak penting kerna kasihnya mereka kepada anak2 dan keluarga...
betul tak?? aku percaya kebanyakan ibu2 yg bekerjaya yg tidak mempunyai 'maid' lah kan.. kalau yg ada 'maid' tu tak terasa sangat.. byk serah kat 'maid'.. mahupun tidak bekerja mempunyai matlamat yang sama cuma cara dan pendekatan yg berbeza..


Assalamualaikum Ustazah..

Dah nak 3 bulan Amiera sekolah agama.. baru minggu lepas dapat Uniform..

Sepasang RM45.. so, aku beli 2 pasang.. nanti kena selang seli lah.. tiap2 malam aku akan basuh baju sekolah dia..

Baju size 'S' tapi tudung size 'M'.. labuh tu memang sesuai sebab sekolah agama kan.. cuma tang muka tu besar.. kena pakai brooch.. nak jahit.. tak reti.. kain dah lah licin.. kain lycra macam tudung yg biasa kita pakai tu ler..

En hubby aku kata.. tahun ni diorang tukar color baju.. color Purple.. nice.. sebab aku pernah tengok budak2 senior pakai baju color Biru.. hairan jugak nape color berbeza..

Jom nengok Amiera ngan uniform dia.. amacam.. leh jadi ustazah or tahfiz tak?? doa2kan lah yer.. aminnn...

berkejar ke dalam bilik sebelum aku nak snap gambar dia.. rupa2nya dia nak ambik bunga telur yg Papa dia dapat semasa majlis doa selamat di rumah jiran.. sabor jelah.. nak jadi minah bunga ke??

serius jerk.. gaya kena lebih..


Ini Klinik Kami Punya Ok..

Minggu lepas bawa Fateh gi klinik coz telinga dia bernanah semula.. dah seminggu tak sembuh2.. last2 decide kena bawak pi klinik utk dapatkan antibiotik..

Memang perancangan nak jumpa Dr Khairul Anuar.. alhamdulillah.. dia bertugas..

Kebetulan kami sampai tinggal sorang jer patient.. pastu datang 2 family bawak bayi masing2 yg masih kecil.. masing2 demam panas.. kesian.. aku tahu perasan seorang ibu kalau anak2 demam panas.. nurse cepat2 check suhu badan.. dan terus bawak masuk ke bilik rawatan.. tak sampai 10 minit Dr sampai.. oooo.. aku ingatkan Dr ada dalam bilik.. mungkin Dr ada urusan di luar..

Kami sanggup menunggu.. walaupun kalau ikut turn kami yg dulu.. tapi demi nyawa bayi2 yg masih kecil tu.. biarlah mereka yg mendapat rawatan terlebih dahulu..

Amiera ngan Fateh cam biasa.. tempat melepaskan geram untuk bermain.. indoor game..
cuma diorang jerk yg tinggal.. sakan ler main..

see.. kosong jer ruangan menunggu..

ntah apa la yg di gaduhkan tu..

happy tengok anak2 gumbira..


Collection of BPA Free Feeding Bottle

Haaa...

Gigih aku survey harga kat kedai2 terdekat dan kedai2 yang wat jualan online..

Sementara ada sales bulan Mac - awal April ni.. cepat2 aku mintak tolong en hubby belikan..

Tempat yg bakal en hubby aku tuju adalah...http://www.onebabyworld.com di Taman Permata Ulu Kelang..en hubby i kan keje KL.. of course lah memang tempat dia.. bagi map tahulah dia mencarinya..

Menempuh halangan hujan di tengahari.. akhirnya sampai lah jugak kat tempat yang dituju..

Sampai kat sana.. terus call aku.. tak sampai 5 minit call balik.. tengah2 cari botol susu.. call lagi.. hehehhe.. lawaklah.. nak tahu sebab apa?? walaupun list aku dah bagi.. tetapi en hubby totap risau kalau2 yg dibeli tu nanti tak sama dalam list.. biasalah kan.. pompuan ni cerewet.. ada jer yg tak kenanya..so, biar bersusah asal isteri tersayang puas hati.. kwang..kwang..kwang.. sila muntah hokay!!

Aku sangat appreciate atas usaha en hubby untuk dapatkan yang terbaik untuk anak lelaki tunggal dia tu.. setakat ni tunggal lagi.. akan datang tu tak taulah kan.. masih tunggal ke tak..

Settle semua pencarian dan harga exactly macam dalam website (harga sales) sebab kat kedai tu dia tak letak harga sales.. alhamdulillah...

Walaupun harga agak mahal sedikit compare ngan botol2 lain yg Free BPA.. tapi aku puas hati sebab semuanya Anti Colic.. lagipun uols kena hati2 semasa membeli.. kalau Free BPA yang murah tu kena tengok samada Anti Colic atau tidak.. kesian anak2 yg masih kecil.. kat taska ntah di beri makan ke tidak.. asyik suap susu jerk.. dah lah perut kosong tanpa makanan.. pastu botol pulak yg takde Anti Colic.. bertambah2 angin dalam perut.. cian kan... anak2 hanya tahu menangis jerk bila sakit..

koleksi untuk Fateh.. mana yg ada 2 botol, aku simpan 1 utk stok akan datang kalau botol sedia ada dah rosak..

Insya Allah.. kalau ada rezeki lebih.. akan ditambah koleksi bergantung kepada sales yg akan diadakan di mana2 kedai..

Uols tau tak.. si Fateh ni kan.. demand tau.. aku bagi jerk susu guna botol2 ni.. sekali pun tidak ditolaknya.. sungguh sesuai untuk dia esp Avent.. cer bagi botol Fiffy yg dibeli tempohari.. dicampaknya adalah.. mungkin silicone teats dia yg kureng kot..


Hikayat Merong Mahawangsa

Terbaik.. tabik kat KRU Production kerana berjaya hasilkan filem ni..

Dah nak habis tayangan filem ni kat panggung.. baru terhegeh2 nak pi tengok.. tak kisahlah.. yg penting dapat tengok gak kat panggung.. kali ni tengok bertiga jer.. Fateh duk taska.. nanti dia ganggu konsentrasi..

Yang tak bestnya..sound kat panggung tu.. bunyi semacam.. nak2 pulak bila ada aksi2 lawan.. bunyi pedang berlaga... adussss.. ngilu aku rasa.. si Amiera siap tutup telinga lagi..

Overall citer.. oklah.. tak bosan.. yg bosan si Amiera sebab dia tak faham sebab bahasa campur2kan.. ada sub-title pun bukannya dia nak baca pun.. mungkin cerita ni membosankan untuk kanak2 perempuan..


Aku suker watak Merong yg gagah perkasa.. Putera Rom yg sweet lor.. hehehhe..

Aku juga berbangga kerana kenalan internet yg pernah membuat kad raya aku beberapa tahun yang lepas, juga terlibat dengan pembikinan filem ini sebagai 'key-art' person.. syabas kukubesi..


Besday Party

Baru2 ni opismate.. aka jiran rumah sebelah bangunan.. buat besday party untuk anaknya..

Jamuan dari kul 4pm - 7pm..

Cadangnya nak pi lepas Asar.. tup2.. si Fateh lena pulaks lepas penat bermain ngan akaknya..

Nunggu punya nunggu.. siap pekena minum petang dulu.. tak bangun2 jugaks.. jam dah nak kul 6.30..

Nak tak nak.. terpaksa tukar pakaian dia.. angkut terus pi majlis..

Makan.. makan.. makan.. dah maghrib baru kelam kabut baliks..

Anyway.. to besday boy, Dini Hafiy.. happy 1st birthday.. muge jadi anak yg soleh.. dan dilindungi Allah dunia akhirat..

Tak lupa juga wat Haziq, anak kepada one of my opismate.. yg selang seminggu awal lahir dari Hafiy.. happy 1st birthday.. muge jadi anak yg soleh.. menjadi mujahid teragung di bumi Allah ini..

Hopefully Hafiy ngan Haziq (cam kembar lak yerk) suker ngan hadiah yg tak seberapa tu yer..

fateh yg tak reti duk diam.. dok ngadap main air jerk..

my prend & besday boy.. Hafiy

another besday boy.. Haziq..


2 hari 2 hospital 2 nyawa

Fuhhhhh... letih...

Baru balik dari Hosp. Serdang..

Semalam pulaks pi Hosp. Putrajaya..

Berturut2 ke hospital.. dua hari ni lunch kat hospital jerk...


Bulan Mac ni memang ramai siot wanita2 menjadi ibu dan yg dah menjadi ibu menambahkan zuriat..

Kat opis aku ni jer dah 4 orang.. belum lagi orang yang diluar sana... ada yang ceaser.. ada yang normal.. semua hospital standby jerk..

Apa pun ucapan tahniah kat semua ibu-ibu di atas kehadiran cahayamata yang sangat cumel2 itu.. semoga ibu-ibu dan anak-anak sihat hendaknya...


Banyaknya...

Rambang mata aku nengok feeding bottle ni.. search kat google.. banyak sungguh jenama feeding bottle yang BPA Free ni tau..

Macam2 jenama ada.. antaranya seperti gambar di bawah.. pics aku ambik dari website2 yg disenaraikan..

Avent




 Bumble Bee

Dr. Brown


MAM


Mebby



mOmma.. so cute..




SafetyPlus

The First Years



Tomme Tippee..  ni pun tomei..


Bfree Plus



Banyakkan... jenama2 yang BPA Free ni.. ada yang murah tapi takde lah murah compare ngan botol NON BPA Free.. dan ada gak yang mahal.. comei2 laks tu.. dah berkenan lak pulaks.. tapi kan...

Uols rasa mana yang lebih bagus dan harga berpatutan yer..

Selain belian secara Online.. kat mana yer kedai2 yg jual feeding bootle ni.. uols tau tak?? kalau boleh aku nak tahu kedai2 area Bangi, Kajang or Putrajaya dan kawasan2 yang sekitarnya.. aku nak tengok sendiri ke-cute-an botol2 ni.. best jugak wat koleksi botol susu Fateh ngan Amiera..

Ni aku list kedai online yang jual feeding bottle ni.. ada gak yang tengah wat sale..

1. http://www.onebabyworld.com

2. http://www.mylittleboss.com

3. http://www.mybbstore.com

4. http://www.kasihkusayangku.com

5. http://www.babymanja.com

6. http://www.cutebabyhouse.com


Rajin adik Rajin...

Kisahnya..

2 hari lepas.. aku balik keje.. cam biasa Fateh ngan aku lah kan..

Masa nak angkat jemuran.. untuk mengelak Fateh ke balkoni (dia suka main tanah dlm pasu.. taman mini en hubby)... aku pass kat dia selai demi selai jemuran.. mula2 rajin lah dia campak ke sofa... bila dia dapat jer kain baju kurung aku.. dia terus hilang.. aittt.. dah bosan kot tolong aku.. pastu aku dengar dia macam ada buat something dalam rumah.. cepat2 aku angkat jemuran.. tahu apa dia buat???


.......


.......


.......


.......


.......


.......


........


........


.........


........


........


........


........


.........


Rupa2nya.. dia nak gosok kain baju kurung aku tu... lorr... Sooooooooooooo.... sweetttt....


Jom nyanyi ramai2..

"Rajin adik rajin.. rajinlah belajar.. bila besar nanti.. boleh tolong Mama..."


gaya kena lebih ma...

bersungguh2 tu..

 memang berbakat tolong Mama nanti..

dah lotih.. ni lah kojer nya.. main remote Astro..


Seminar ISO

Semalam..

Ada seminar ISO anjuran opis aku ni.. aku kalau bab2 pengurusan ni mesti slow.. ngantuks jer dengarnya.. nak2 pulaks penceramah hanya bercakap jer.. lagi lah otak aku merewang ke tempat lain..

Nasib baik ada WiFi.. leh lah aku surf internet.. nak ngelak aku ngantuk.. masalahnya bila bateri hp dah nak kong... time tu ler.. aku tersengguk2.. ngantuk weiii..


ngan member2 opis.. sib baik ada geng.. kalau tak tu mati kutu aku..

macam dewan kuliah laks.. teringat masa zaman study2 dulu.. mesti aku duk belakang sket.. takut kena panggil ngan lecturer..

penceramah dari SIRIM.. mesti mencabar keje dia.. nak kena faham pasal ISO.. pastu nak bagi ceramah lagi.. respek lah..


Buku Cerita Muslimah

Kisahnya..

Masa tu kami jalan2 sebelum makan pizza.. aku ingatkan ada sale buku kat ruang legar tu.. terjumpa koleksi buku2 cerita kanak2 muslimah.. menarik.. terbekenan lah pulaks.. dlm hati aku.. buku ni jarang jumpa.. baik aku beli.. nanti susah nak dapat.. lagipun mesti Amiera suker.. so, belikan lah 2 buku.. mahal gaklah tapi ok lah..
macam Princess yg omputih reka tu.. tapi ni versi melayu.. syabas untuk penulis kerana berjaya menghasilkan sesuatu yang menarik untuk bacaan anak2 muslimah..

Masa beratur nak bayar tu.. aku terperasan sorang customer tu.. plastik beg macam kenal jerk.. lor MPH ke?? hmmm.. kalau macam tu bila2 jer aku boleh beli.. cittt.. tertipu sudah.. tapi nak wat camna.. dah pegang buku dan beratur baik punya.. beli jer lah.. aku tanya ler cashier tu.. takde less ke?? geleng kepala.. hmmm.. per lah salahnya.. alang2 dah wat jualan kat ruang legar.. kasi lah less sket.. kedekut!!

Rupa2nya store MPH tgh wat reno, so diorang wat jualan lah kat ruang legar Alamanda..hmmmm... patutlah...


5 hari kuarantin

Minggu lepas kan cuti sekolah.. sekolah agama pun cuti gaks..

So, Amiera aku angkut sekali pergi opis.. memandangkan masuk sekolah nanti dia ada Exam Linus.. so, hari2 aku suh dia buat latih tubi.. kalau BM tu ok lagi.. tapi dia malas nak menulis panjang2.. tang Math tu punyalah susah aku nak bagi dia faham.. soalan2 tu pulaks.. berayat2 bagai.. naik pening Amiera.. kalau setakat simple2 tu dia bolehlah nak buat..

Tapi kalau subjek yang bukan Linus macam Sains dia memang suker.. tak yah suruh2 dia buat sendiri.. tang Agama.. aku kena bacakan arahan bagi pihak dia.. baru dia boleh buat.. tapi Bahasa Arab.. aku surrender.. nak baca arahan bolehlah.. tapi satu apa pun aku tak faham.. kui..kui..kui.. camna nak ajar anak camni.. mama dia pun tak lepas.. huhuhu..

Bila dah sampai tahap bosan dia.. dia akan buat sesuatu yang memang menguji kesabaran aku.. dahlah aku kat opis ni tengah pening dok memikirkan coding.. ada jer peel dia nak buat aku marah.. lagi aku tegur.. lagi dia buat.. aittt.. memang nak kena ni.. boleh dia wat ala2 siul.. tak reti pulak aku nak mengajuknya.. jadi bingit telinga aku.. takleh fokus nak kerja.. pastu dia langgarnya kerusi kat meja aku.. dilanggarnya kerusi kat kabinet.. adoiiiii.. poning aku!!

Dan Jumaat lepas dan hari terakhir Amiera kat opis.. boleh dia conteng meja budak opis.. memang kena lah jawabnya.. pastu pulaks.. dah siap2 nak balik.. aku terperasan meja belakang ada air yang bertakung.. sah memang keje Amiera.. adoiiiii.. siap ko!! tak pasal2 jadi tukang lap hari ni... hah! buat lagi..

Walaupun macam2 dia buat.. at least.. ada something yang dibuat.. latih tubi.. kalau aku hantar ke taska.. ntah apa lah dibuatnya..


Kasihnya Kakak

Terharu... cukup terharu...

Pengorbanan seorang kakak... sayangnya terhadap adik..

Baru2 ni kami pi jalan2 kat Alamanda... bawa anak2 jalan2.. makan2.. cuti sekolah tak pi mana.. pi Hot Air Balloon ntah apa2..

Sambil aku cari barang kat Parkson.. hubby temankan anak2 main kat taman permainan.. indoor..

Bila aku sampai.. hati aku tergerak untuk merakamkan gelagat Amiera dan Fateh.. so sweet..



Amiera sentiasa jaga adik dia..  tak lepas tangannya memegang Fateh.. moga jadi anak yang bertanggungjawab yer sayang..

Bila diajak balik.. aku siap pesan supaya jgn bawa Fateh bermain kat gelongsor yang terbuka.. bahaya.. 

Tetiba.. Amiera bersuara.. sapa nak jaga Fateh.. Miera nak main kat sana (permainan yg lebih mencabar..)... (dlm hati aku ) aitt.. ni ikhlas ke tak main ngan adik ni??


BPA

Baru2 ni ibu bapa dah mula didedahkan dengan bahaya BPA (Bisphenol A).. kesannya ke atas bayi dan kanak2...

Aku pun tidak terkecuali.. risau akan keadaan ini.. kenapa selama ni tidak dikuatkuasakan.. kenapa pihak yang berwajib tidak mengambil tindakan dan menyedarkan orang ramai..

Aku yang celit IT ni pun jarang nak ambil tahu info2 yg mudah aku dapat dari internet.. apatah lagi orang2 yg buta IT dan kawasan2 pedalaman.. berpendapatan rendah..

Sejak aku tahu akan bahaya BPA ni.. cepat2 aku check botol susu Amiera dan Fateh.. opsss.. Amiera masih menyusu botol ok.. manja lah weii hai.. susah nak hilang habit ni..

Dan ada antara botol2 itu adalah polikarbonat berlabel 7, Others.. dan ada juga yang tiada berlabel.. cepat2 aku stop penggunaannya.. nasib baik ada jugak botol2 yang BPA Free..

Tanpa ragu2.. tanpa was2.. cepat2 aku surf internet pasal BPA ni.. bagaimana penggunaan botol polikarbonat.. teliti botol kat rumah yang ada.. sah!! harus dinyah!!

Actually.. bila aku beli botol susu ni.. ada jugak aku tengok BPA Free.. ada yang tidak.. aku main beli jerlah.. langsung tak ambik port.. apa ke benda nya BPA ni.. sebab tu aku tak beli botol jenama mahal2 ni.. salah aku jugak.. sapa suruh tak nak ambik port.. haishhh.. rasa nyesal tak kaji dulu.. dush2 kat kepala sendiri..

Dan.. misi bermula...

Tekad nak cari yang BPA Free.. terjah ke Manjaku.. dlm hati nak beli Avent.. tapi cam mahal jerk.. awat takde less??.. pastu aku terjah jenama lain.. dulu aku biasa beli jenama Pureen yg BPA Free tu.. tup2.. sold out!! yg ada pun yg polikarbonat tu ler.. bersepah2.. terjah brand Anakku.. pun sama.. polikarbonat.. last2 en hubby jumpa brand Fiffy.. harga not bad.. mahal sket dari Pureen..  tak kisah.. yg penting BPA Free..


pics dari http://puadede.com
pics dari http://puadede.com

Yang kelakarnya.. awatlah bentuknya camtu.. sampaikan si Fateh pun nak tak jer minum pakai botol ni.. dibelek2nya botol tu.. aku pun confuse..

Baru2 ni kami pi Parkson.. sajer nak survey.. kot2 ada botol susu jenama Avent kat situ.. dan kebetulan ada satu sudut tu.. diorang jual.. siap ada less 20% lagi.. terus aku rembat 2 set..

si Fateh ni pulaks.. bila aku bagi jer susu guna botol ni.. laju jer dia minum.. demand ler pulok!

Pasni.. aku tak nak suka2 hati beli botol susu tanpa check dulu.. dan kalau boleh aku nak setia ngan Avent.. mahal pun mahal lah.. duit bleh cari.. anak??


Fiesta Hot Air Ballon ke Fiesta Membeli Belah..

Kebanyakan n3 bila aku search 'google' semuanya banyak gambar2 ballon2 cantik2 yang terapung di udara..

N3 aku langsung takde gambar belon hokay!! gambar lain ado..

Sebab??


tengok iklan kat atas ni..   17-20 Mac 2011, 7am - 9 pm

dan sepanjang tempoh tu.. berapa kali jer belon2 berterbangan di udara??

Promosi bagai nak rak.. orang ramai berpusu2 datang.. dan tak semuanya akan datang seawal pagi dan lewat petang..

Kalau betullah nak buat Fiesta Hot Air Ballon tu.. buat betul2lah.. janganlah hanya pada waktu tertentu jerk belon2 tu ditayangkan.. frust betullah.. tahun lepas aku pergi lebih kurang waktu yang sama.. masih ada lagi belon2 yang nak naik ke udara.. tahun ni hampeh!!

Kesian kat orang ramai yang datang dari jauh.. nunggu dalam keadaan panas terik.. berhujan.. tapi belonnya malu2 nak kuar..

Ada beberapa game yg dianjurkan.. tapi pada aku.. aku datang nak tengok belon.. bukannya nak main game2 tu.. kalau macam tu baik takyah bagi nama Fiesta Hot Air Balloon..  baik bagi nama Fiesta Rekreasi dan Membeli Belah bersama keluarga..




peniaga2 ambik kesempatan berniaga.. sasaran adalah kanak2 dan wanita2..

sian Amiera.. berpanas terik.. tapi belon langsung tarak!! belon mainan banyaklah..

Fateh cool jerk.. mana taknya.. asyik berdukung.. bersilih ganti aku ngan hubby.. tapi hubby aku yg banyak dukung dia.. letih ooooo.. nak pikul budak 10kg lebih ni.. nak patah tulang dibuatnya..

kelihatan macam belon yg tersusun rapi di bawah kanopi.... tul ke??

tengok layang2 jerlah anak2 ku..

selamat ke camni??


Tentera 'Star Wars' kena tawan di Malaysia??

haaa.. hebat ko!! rakyat awam jer yang tawan bukannya tentera.. 

pics ni aku ambil masa pi karnival hot air ballon baru2 ni.. agaknya tentera 'Star Wars' ni tersesat kot.. dia ingat  'Darth Vader' tu datang ke bumi.. kwang..kwang.. tersilap sudah!!


kredit to http://www.zimbio.com

n3 ni sekadar gurauan hokay.. takde kaitan dengan mana2 watak samada masih hidup atau telah ko!

jap agi aku wat n3 pasal karnival ni yerk.. frust tul lah.. hmmmm...


Dialog di Malam Hari

Semalam...

Sedang aku 'iron' baju sambil nonton Mentor.. dahlah panas kena haba seterika tu.. korang bayangkanlah yerk.. aku iron hampir 15 pasang.. stok untuk seminggu.. aku.. en hubby dan amiera.. hampir 2 jam baru solosai.. sakit2 pinggang aku.. kaki pulaks hampir kejang..

Tiba2 si Amiera kuar bilik.. ingatkan dah tidur.. takleh tidur katanya..

Ntah macam mana.. sambil nonton TV bleh plaks dia kata.. jom layan dialog di bawah ni...

Amiera : Laparlah Mama..

Mama : Gi makan roti..

Amiera : (aksi : dengan gagahnya dia memanjat dapur untuk ambik roti.. pastu duk depan TV)
             Mama.. kawan Miera kata.. Miera hari-hari makan roti.. pastu Miera cakaplah yg Mama Miera
             takde duit.. Miera orang susah..

Mama : (aksi : ketawa... )
             Kawan Miera makan apa?

Amiera : Ais-krim..

Mama : Mana yang lebih berkhasiat?? mana yang lebih kenyang?? roti ke ais-krim?

Amiera : (aksi : sambil malu2 nak jawab.. ) ais-krim..

Mama : Ais-krim boleh kenyang ke?? Makan ais-krim nanti Miera sakit, siapa yang susah.. Miera nak
            sakit?? (part membebel dah bermula..hehhee) Roti tu lebih berkhasiat dari ais-krim.. kalau Mama
            bagi Miera duit.. Miera beli yang bukan2.. beli keropok laaa.. ais-krim lah.. makanan yang tak
            berkhasiat.. Miera nak pandai ke nak ^%^&^%??

Amiera : PAN.. 'pan'.. DAI.. 'dai'.. 'PANDAI'.. Kalau keropok lekor boleh Mama?

Mama : Keropok lekor takpe.. ada ikan.. jangan beli cekedis2(makanan ringan) tu.. tak elok.. nanti otak kita
             tak sihat.. Nanti Miera cakap ngan kawan Miera tu.. Mama bagi Miera roti sebab Mama nak Miera
             kenyang.. Mama nak Miera sihat..

Amiera : (aksi - diam.. )

Kesimpulannya.. aku tengok riak mukanya.. takde tanda protes dan seolah setuju ngan cakap aku..
 


Ustaz Fateh..

Amacam..

Ada gaya2 tahfiz tak??


ada iras2 Ustaz Amirul pun yer gaks.. hikss..




InsyaAllah hendaknya.... aminnnn...


Geng Kitty

Sangkut Paut

3D (1) 5S (3) Acacia (4) Aduan Rakyat (13) Aidijuma (1) Aku dan Dia (60) Amiera (268) Ana Muslim (2) Anniversary (10) Anugerah (11) Aqiqah (5) Ariani (3) Arissa (51) ASB (3) ASUS (1) Avatar (1) Award (6) Bajet (2) BBQ (2) Big Bad Wolf (3) Birthday (73) Biskut (2) Biz (3) Blogger (12) Car (1) Carlo Rino (6) Ceramah (3) CERT (1) ChurpChurp (2) CIC (12) Cloth Diaper (1) Contest (8) Cuepacs (1) Dari Dapur Mama (1) Denggi (1) Diaper Cake (1) Dinner (1) Drama (5) EKSA (1) Exam (2) Expo (2) Family Gathering (22) Fareeda (17) Fateh (192) Floria (1) Frozen (1) Gajet (1) Gift (10) Giveaway (1) Handbag (2) Handphone (4) Hari Raya (153) Hello Kitty (2) HFMD (1) Hobby (2) Holiday (115) Hot Air Balloon (4) Iftar (1) Impian (9) Info (31) Isu Semasa (9) JJCM (12) Juadah (112) Jurnal (4) kak Rose (8) Kecantikan (1) Kenduri (15) Kesihatan (2) Kuarters (11) Kuiz (2) Kursus (19) Lawak (2) Lazada (1) LIMA (1) Lovely Song (7) Luahan (3) MAFIST (5) Majalah (4) MasterChef (6) MeadJohnsons (4) Memori (3) Muffin (2) MyDeal (1) Nilai3 (1) Novel (3) Nuffnang (7) Nuri (5) OnAir (1) Panggung (1) Pekeliling (1) PINK (8) PotLuck (2) PPA1M (4) Pre Loved (1) Pregnant (28) PRU (2) Prudential (2) PTK (2) Puasa (69) Puisi (9) Putrajaya (32) Qaisara HB (3) Ramadhan (18) Resepi (37) Riadah (22) Rumah Peranginan Persekutuan (3) Sad Song (1) Saham Akhirat (5) Sales (5) SBPA (4) Sejarah (1) Seminar (5) Shabby Cottage (66) SimplySiti (3) SkullMate (1) Sogo (3) Solid Food (5) SSPN (3) Streamyx (3) Sustagen (4) TAG (5) Taman Raudhah (13) The Movie (21) Tips (2) Tupperware (2) UPKK (9) UPSR (3) Ustazah Pilihan (6) VAIO (2) Vantage (6) Villa Raudhah (47) Viral (2) watermark (1) Wishlist (2)

Yg Suka Bercerita

Sitting and Blinking Hello Kitty