Fateh @ 1 Tahun Setengah

Rabu lepas...

Fateh ambik suntikan Booster I.. untuk usia 1 tahun setengah.. kalau ikutkan bulan lepas dah kena ambik.. tapi almaklumlah kan.. dia manjang jer demam.. so, tak sampai hati nak menambahkan kesakitan dia..

As usual aku akan pergi ke Klinik Pakar panel en hubby aku lah kan..  Klinik Pakar Kanak2 An-Nur..

Kali ni jumpa Dr Arbaiyah.. dr ni kalau kita tanya memang dia suka menjawab.. suka senyum.. ingatkan ada Dr Khairul.. tapi dia bertugas lepas jam 6.00 petang pada hari tersebut..

Masa nak check Fateh.. muka Fateh kan muka sopan... macam muka sedih pun ya.. dr siap boleh buat lawak.. katanya Fateh ni 'Maintain Handsome'... hehhehe..

Kebetulan Fateh ni masih tak elok lagi selesema ngan batuk.. bila dr check lung dia.. so far takde masalah.. alhamdulillah.. cuma kedengaran kahak kat area tekak dia tu..

Kali ni kena injection.. Fateh nanges kejap jer.. cian dia.. dr just bagi ubat batuk (ventolin) untuk cairkan kahak dia.. sebab ubat2 lain masih banyak lagi kat umah..

Oklah.. meh nak citer sket perkembangan Fateh bila dah masuk usia setahun setengah ni ye...

1. Berat sekarang adalah 10.6 kg... huhuhu.. kurusnya anak aku kan.. kalau ikut jadual perkembangan bayi tu.. Fateh dikategorikan kurus.. below range pertengahan tu..

2. Kalau cakap tu ntah apa2 yg di cakapnya.. yg boleh difaham 'NAK'.. asyik mintak makan jerk.. tapi bukannya makan pun.. main2 jer lebih..

3. Asyik panggil 'Papa' jer.. tak kiralah.. dia nak panggil aku ke.. papa dia sendiri ke.. suka hati dia jerk.. jenuh ajar suh panggil 'Mama'.. idak nak diikutnya.. kalau dengar pun memang jarang sangat dia nak sebut..

4. Sangat suker main ngan kakak dia.. dia panggil Amiera.. 'Tatak'.. hehehhehe.. sib baik bukannya 'Katak'.. bengang jer Amiera..

5. Semakin nakal.. selalu cikgu taska komplen.. macam2 peel dia buat kat taska..

6. Suka menendang.. mencubit.. menggigit.. yang jadi mangsanya.. aku ngan Amiera laaa...

7. Pandai tendang bola.. dengan ala2 gaya pemain Spain.. hahahhahaha..

8. Rajin sesangat.. kalau dah habis minum susu.. mesti dia akan campakkan sendiri ke sinki.. kalau benda2 lain yg aku minta tolong suh letak kat dapur.. confirm dia akan campakkan ke sinki jugaks.. huhu.. kalau aku lipat kain.. dia sangatlah rajin tolong sepah2 kan balik.. memang hangen jerk.. tapi kalau suh angkat kain2 yang dah dilipat.. memang tak berat tangan.. alhamdulillah.. dah besar nanti rajin2 tolong Mama yer..

9. Automatik akan menari dengan gaya dia yg tersendiri kalau dengar apa2 muzik kat TV..

10. Sangat suker ngan handbag aku ni.. kalau ada depan mata dia.. sebolehnya dia nak punggah semua.. especially wallet aku.. pergh.. kalau dia ngadap.. memang suker bebenar dia.. kalau dirampas.. nanges memang tak hengat..

11. Suka memanjat sofa.. meja.. pastu joget2.. aduihaiiii.. letih...

12. Suka memegang ngan tangan kiri.. kalau aku bagi pegang pensel guna tangan kanan.. sekejap jer dah tukar balik ke tangan kiri.. adakah kidal??

Per laie.. yer.. banyak sebenarnya.. kalau ingat kang ... aku update balik..


0 omelan:

Geng Kitty

Sangkut Paut

3D (1) 5S (3) Acacia (4) Aduan Rakyat (13) Aidijuma (1) Aku dan Dia (60) Amiera (268) Ana Muslim (2) Anniversary (10) Anugerah (11) Aqiqah (5) Ariani (3) Arissa (51) ASB (3) ASUS (1) Avatar (1) Award (6) Bajet (2) BBQ (2) Big Bad Wolf (3) Birthday (74) Biskut (2) Biz (3) Blogger (12) Car (1) Carlo Rino (6) Ceramah (3) CERT (1) ChurpChurp (2) CIC (12) Cloth Diaper (1) Contest (8) Cuepacs (1) Dari Dapur Mama (1) Denggi (1) Diaper Cake (1) Dinner (1) Drama (5) EKSA (1) Exam (2) Expo (2) Family Gathering (22) Fareeda (17) Fateh (192) Floria (1) Frozen (1) Gajet (1) Gift (10) Giveaway (1) Handbag (2) Handphone (4) Hari Raya (153) Hello Kitty (2) HFMD (1) Hobby (2) Holiday (115) Hot Air Balloon (4) Iftar (1) Impian (9) Info (31) Isu Semasa (9) JJCM (12) Juadah (114) Jurnal (4) kak Rose (8) Kecantikan (1) Kenduri (15) Kesihatan (2) Kuarters (11) Kuiz (2) Kursus (19) Lawak (2) Lazada (1) LIMA (1) Lovely Song (7) Luahan (3) MAFIST (5) Majalah (4) MasterChef (6) MeadJohnsons (4) Memori (3) Muffin (2) MyDeal (1) Nilai3 (1) Novel (3) Nuffnang (7) Nuri (5) OnAir (1) Panggung (1) Pekeliling (1) PINK (8) PotLuck (2) PPA1M (4) Pre Loved (1) Pregnant (28) PRU (2) Prudential (2) PTK (2) Puasa (69) Puisi (9) Putrajaya (32) Qaisara HB (3) Ramadhan (18) Resepi (37) Riadah (22) Rumah Peranginan Persekutuan (3) Sad Song (1) Saham Akhirat (5) Sales (5) SBPA (4) Sejarah (1) Seminar (5) Shabby Cottage (66) SimplySiti (3) SkullMate (1) Sogo (3) Solid Food (5) SSPN (3) Streamyx (3) Sustagen (4) TAG (5) Taman Raudhah (13) The Movie (21) Tips (2) Tupperware (2) UPKK (9) UPSR (3) Ustazah Pilihan (6) VAIO (2) Vantage (6) Villa Raudhah (47) Viral (4) watermark (1) Wishlist (2)

Yg Suka Bercerita

Sitting and Blinking Hello Kitty