Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

Kasihnya Ibu

Hari ni aku nak buka topik pasal kasih seorang ibu / mama / umi / mummy.. etc... n3 panjang di akhir bulan Mac ni..

Sebelum tu.. jom nyanyi dengan penuh penghayatan.. nyanyi dlm hati pun jadiklah.. 'Kasihnya Ibu... membawa ke syurga..' ' mesti korang akan tersentap! huhuhu...

Aku rasa semua insan yang bergelar ibu akan melakukan perkara yang sama.. berkorban tenaga, masa, wang ringgit demi anak2 dan keluarga yg disayangi.. kalau yg tak tu kira kategori lain lah.. bukannya ramai pun.. itu nanti aku wat n3 lain laks..

Kali ni just focus kepada wanita2 yg bergelar ibu yg berjiwa murni..

Kenapa mereka sanggup berkorban?? sebab semua wanita mempunya jiwa yang halus.. sensitif.. penuh dengan kasih sayang.. penuh dengan kesabaran.. penuh dengan harapan.. penuh dengan misteri.. kompleks.. sukar untuk ditafsirkan oleh kaum Adam.. hanya diri mereka sendiri aja yang tahu apa yg tersirat di hati mereka..

Kalau diikutkan.. semua wanita lah.. tak kira yg dah berkahwin atau masih bujang ada ciri2 yg aku sebutkan seperti di atas.. tapi bila dah mempunyai anak.. pengorbanan mereka lagi lebih.. betul tak??

Bagaimana istilah kasihnya seorang ibu boleh dikupaskan?? ada yang berbentuk lisan dan ada yang berbentuk perbuatan..

Tak perlu tengok kisah orang lain.. ni aku nak story kisah aku sendiri.. di mana nilainya kasih seorang ibu.. uols selami dan fahami sendiri.. bukannya nak membangga diri kerna aku tahu di luar sana semua ibu2 pun begitu.. dan ada yang lebih banyak berkorban compare ngan aku lah kan..

Ok.. apa rutin harian anda sebagai seorang ibu??? mai nak citer dari awal pagi hingga ke lewat malam setiap hari kecuali cuti umum.. uols yg baca jangan sampai muntah udahlah.. kalau rajin nak baca sampai habis dipersilakan ya...

1. Setiap Isnin - Jumaat... aku akan bangun seawal jam 6.15 pagi... alhamdulillah, since dah pindah ke Putrajaya ni.. blehlah bangun lewat.. dulu2 aku kena bangun seawal 5.15 pagi.. kadang2 terbabas ke 5.30.. standardlah tu.. bila sindrom 'M' aku datang... memang kelam kabutlah nak bersiap kan..

2. Lepas siapkan urusan diri..lebih kurang dalam 6.40 pagi.. bersilat lah sekejap aku kat dapur untuk siapkan sarapan pagi.. biasanya kalau bangun jam tu memang tak sempat nak memasak bagai.. kalau rasa nak memasak aku bangun awal sket.. tapi memandangkan Amiera sekarang pun tak nak bawak bekal.. dia dah suka membeli.. so, lagi senang sket urusan aku menyiapkan sarapan..dalam mind aku dah set.. apa yg perlu aku buat one by one.. kalau tak aku jadi kaku dan macam sedikit confuse.. uols pernah rasa tak perasaan ni kalau uols tak plan nak wat apa?? ok.. ni senarai yang aku buat hampir 20 minit di dapur..
  • Untuk Amiera - Sediakan sebotol air kosong dan roti gardenia yg hat 60 sen tu dan kemudian masukkan ke dalam beg sekolah. Buatkan sebotol susu untuk diminum dan sekeping roti yg disapu dengan Lady's Choice atau Nutella..
  • Untuk Fateh - Buatkan sebotol susu untuk dibawa ke taska. Sediakan ubat2 untuk diberi coz tak confident kalau suh cikgu taska yg bagi.. Sediakan beg di depan pintu untuk memudahkan en hubby bawak pi taska..
  • Bersihkan botol2 susu yg diguna semalaman.. just rendam ngan air biasa jerk..
  • Sediakan 2 cawan teh dan 2 keping roti bakar untuk aku ngan hubby bersarapan..
  • Kalau teringin nak bawak bekal ke opis, aku bawak jer apa yg aku rasa nak makan.
3. Sambil2 aku wat keje kat dapur.. aku akan jengah Amiera dalam bilik.. kena make sure dia solat Subuh dan bersiap dengan cepat.. kalau tak dijengah.. ntah apa yg dibuatnya dalam bilik..

4. Siapkan pakaian dan pampers Fateh untuk ditukar.. well.. pompuan kan cerewet.. mesti nak matching2 pakaian bagai.. aku memang hari-hari suka tukarkan Fateh dengan pakaian bersih ke taska.. since Amiera masa kecik2 pun aku buat camtu.. kadang2 cikgu ingat Fateh dah mandi.. sebab bau wangi baju kan.. takde bau air liur basi bagai.. biasanya en hubby yg akan tukarkan baju Fateh.. kalau aku cepat uruskan hal di dapur.. aku sendiri yg akan tukarkan..

5. Pakai tudung.. touch-up2 sket.. takde nak mekap2nya.. setakat selapis lipstick di bibir dan selapis bedak di muka.. udah.. minyak wangi One Drop calit kat lengan kat opis citer.. malas nak wangi2 dari rumah.. aku dah berpeluh2.. rasa tak selesa..

6. Keluar rumah dalam kul 7.15.. tu pun pada aku dah kira lewat.. kesian kat en hubby yg terpaksa ke KL.. aku hantar Amiera ke sekolah.. beg sekolah Amiera aku yg pegang.. hantar sampai ke kelas.. pastu iring Amiera sampai ke tapak perhimpunan.. mulut sentiasa tak lepas bagi kata nasihat kat Amiera.. 'belajar rajin2.. dengar cakap cikgu..'.. pastu salam dan cium Amiera tanda sayang dan ingatan kita pada dia.. kalau dah lambat sampai sekolah.. aku suh Amiera pi terus ke tapak perhimpunan sementara aku pi hantar beg ke kelas.. kesian sangat sebab hari2 beg sekolah dia berat.. macam2 ada dalam beg tu.. En hubby pulaks hantar Fateh ke taska..

7. En Hubby drop aku kat persimpangan jalan.. so menapak lah aku ke opis dalam 5 minit.. sampai opis dah berpeluh2... achem laaa.. barulah terhegeh2 nak calit One Drop.. kalau time kat opis takde air-cond lagi dipasang.. terpaksalah aku berkipas... panassssssssss....

8. Cam biasa.. buka PC.. check email.. baca blog dulu.. pastu baru fokus wat keje.. dari kul 8.30 sampai kul 5.00 petang.. otak aku akan sentiasa berfikir.. bekerja keras untuk menyelesaikan masalah.. keje aku ngadap PC buat programming.. kalau ada meeting or something else, barulah gerak.. kalau tak tu memang susah lah aku nak bangun dari kerusi ni.. kalau takde keje laks.. aku jarang lah nak melepak kat lain2 tempat.. biasanya aku mesti ngadap PC.. kalau tak baca email.. baca blog.. surf internet.. chatting dah takde dah.. lagipun kat opis kena block.. kalau ada member2 opis yg mintak bantuan programming.. aku ngadap PC lagiks.. sambil kepala otak ni berfikir untuk menyelesaikan masalah..

9. Tepat jam 5 petang aku akan jalan sepantas mungkin untuk naik bas.. terlewat seminit dua.. maka terlepaslah aku bas kul 5.. biasanya aku terlepas.. dan kalau ada rezeki dalam kul 5.15 dpt naik bas.. purata sampai ke rumah dalam 15-20 minit..

10. Sampai kawasan rumah.. terus ke taska untuk ambik Fateh.. kena dukung dia.. kalau tak dukung lagi lambat aku sampai rumah.. bayangkanlah.. dah lah berat Fateh 10kg++.. dengan beg taska dia lagi.. berjalan kaki hampir 200 meter..

11. Dah sampai rumah.. kena buatkan susu sebotol untuk Fateh coz aku tahu dia memang kehausan.. sementara dia baek punya minum, dapatlah aku uruskan diri sendiri.. itupun tak sampai 10 minit.. aku terpaksa buat cepat coz risaukan Fateh.. dia kalau dah habis minum lain kerjanya..

12. Settle urusan diri.. aku sambung keje kat rumah pulaks.. cam biasa akan bersilat di dapur..
  • masak air
  • rendam botol susu
  • sediakan minum petang sebab dah biasa mesti nak minum panas
  • kalau rajin sedikit sediakan apa2 menu untuk dijamah waktu petang, sambil melayan karenah Fateh yang suka kacau aku kat dapur.. kalau malas, masak sekaligus ngan makan malam..
  • kalau aku tak sihat atau malas tahap GABAN atau pi pasar malam..aku tak masaklah..
  • bila en hubby ngan amiera dah sampai rumah.. sambut diorang.. 
  • lepas minum petang bersama sambung cuci botol dan prepare untuk susu anak2 di waktu malam
  • rebus botol susu anak.. ni agak lama.. aku tak pernah beli sterilizer ok.. dalam hati tu kalau boleh nak gak beli.. tak yah penat2 nak rebus botol ni..
  • tanak nasi kalau plan nak masak untuk makan malam
  • stop sementara urusan di dapur.. 
  •  
13. Basuh baju Amiera atau Fateh yang dah membukit (sekiranya ada).. ni kerja senang.. campak.. tuang.. tekan.. kalau tak rendam jer baju sekolah agama Amiera jer..

14. Ngadap Amiera supaya dia dapat menyiapkan kerja sekolah.. kalau dah siap.. bersama2 dengan Amiera mengemas buku mengikut jadual untuk keesokan harinya..

15. Sediakan pakaian taska Fateh dan masuk dalam beg..

16. Kalau anak2 berlengas.. bila terlebih rajin.. aku yg akan mandikan.. kalau tak just mintak tolong en hubby yg uruskan..

17. Lepas solat.. sambung ngadap dapur semula kalau nak masak untuk makan malam..

19. Layan anak2 makan.. kalau rajin aku suapkan diorang.. kalau tak diorang makan sendiri.. tapi pastu letihlah sebab nak kena kutip sisa makanan yang bertaburan.. mulalah mulut aku membebel..

20. Bagi anak2 makan ubat.. ni yang kadang2 selalu terlupa sebab terlalu banyak sangat yang hendak difikirkan..

21. Cuci baju Amiera dengan tangan sebab tak banyak.. pastu baru Spin guna washing machine..

22. Iron baju sekolah agama Amiera.. pastu packing dalam plastik masuk dalam beg sekolah..

23. Layan anak2 sambil nonton TV..

24. Kalau diorang dah tidur.. barulah dapat rehat.. kalau citer best kat TV.. leh sambung tengok.. kalau tak ngan aku2 pun tidur sekali.. letih tenaga dan otak sepanjang hari.. zzzzzzzzzzzzzzzz.. biasanya kul 11 aku tidur.. paling awal pun dalam 10 lebih..

Fuhhh.. letih gak ni berfikir apa yg nak di taip.. ada 24 semuanya.. ni baru anak 2 orang.. uols mesti letih membacanya.. apatah lagi ibu2 yang mengalaminya.. nak2 pulak yg mempunyai anak ramai..

Kesimpulannya.. aku dapat rehatkan otak dan tubuh badan lebih kurang 7 jam.. tu pun kalau tidur aku tidak diganggu dengan tangisan Fateh (tapi tiap2 malam dia nanges nak susu) atau mimpi2 buruk.. atau pun tiba2 jer otak aku berfikir tentang masalah coding.. so, makin kuranglah jangka masa rehat aku..

Dan selebihnya.. lebih kurang 16 - 18 jam sehari.. 540 jam sebulan.. 6480 jam setahun.. 129600 jam untuk tempoh 20 tahun.. otak bekerja..

Tapi pada wanita2 itu semua tidak penting kerna kasihnya mereka kepada anak2 dan keluarga...
betul tak?? aku percaya kebanyakan ibu2 yg bekerjaya yg tidak mempunyai 'maid' lah kan.. kalau yg ada 'maid' tu tak terasa sangat.. byk serah kat 'maid'.. mahupun tidak bekerja mempunyai matlamat yang sama cuma cara dan pendekatan yg berbeza..

Comments

Popular posts from this blog

Susu Rosak!!

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Kopi Che' Nah