Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

New Dress

Semangat untuk celeb besday Amiera ngan Fateh tahun ni.. InsyaAllah kalau tiada aral.. maybe dibuat awal b4 tarikh yang sebenar sebab besday diorang jatuh bulan pose cam tahun lepas..

Tahun lepas aku tak sempat nak buat besday party.. just buat doa selamat kat surau jerk..

So, tahun ni InsyaAllah nak buat jugaks.. aku nak anak2 aku rasa dihargai.. sentiasa disayangi dan diingati.. first majlis InsyaAllah di Ipoh.. dan second majlis maybe after Hari Raya (insyaAllah kalau ada rezeki lebih.. doa2kan yer..)

Untuk menjayakan sesuatu majlis.. perancangan penting.. keperluan perlu disediakan seawal mungkin untuk mengelakkan over bajet bila dibuat last minute.. lainlah kalau gaji aku tu cecah 10K sebulan.. tak payah planning2 ni.. last minute beli pun takpe.. yg penting duit ada dalam tangan.. tul tak??

So, untuk bulan ni aku dah survey awal2 dress untuk dipakai nanti.. cam biasa search kat cik google lah kan... terjumpalah satu blog ni.. http://sicomelote.blogspot.com memang cantik2 dressnya.. walaupun bukannya Jenama yg Branded macam Party Princess, Flower Girl, Secret Garden, etc.. sebelum ni aku memang selalu beli dress jenama Secret Garden kat Parkson,Flower Girl kat Sogo.. tapi time sales jer lah.. leh lah dapat murah.. cuma masalahnya design dia tak banyak.. jenama Party Princess yg aku tau ada kat KLCC.. tapi aku tak pernah masuk pun kedai tu.. yg aku tau dress nya memang mahal nak mampos..

Bila aku surf blog http://sicomelote.blogspot.com tu memang banyak dress cantik2.. import from Indonesia.. itu yang dimaklumkan kepada aku.. dan memang berkualiti..


So, alang2 aku online shopping ni.. yg pertama tau untuk tahun ni.. rembat lah lebih sket.. biler lagi kan.. hmmm.. pompuan2 kan..

Amacam.. cun tak??

Si Amiera ni pulaks bila dapat tau dress dia.. bukan main suker.. siap bebel2 kat aku.. camna aku beli dress dia ni.. walhal aritu aku baru jer tunjuk kat dia dalam blog tu.. disebabkan malas nak jawab.. cepat2 aku suh dia try...

Pics ni memang tak lengkap kay.. sebab main tangkap muat jerk.. no mekap.. rambut yg pendek memang tak sesuai jadi model cilik pakai dress.. kena pakai rambut palsu ala2 Barbie gitu..


Comments

ibu chiqamie said…
alololoo....cumel btul dress2nye kak oii.amboi..nk b'party2 eh.best kn dpt dress up ank gegirl...
Faina Arisya said…
nanie.. best giler ada anak pompuan ni.. macam2 kita kejer kan diorang.. hehehe..

Popular posts from this blog

Susu Rosak!!

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Kopi Che' Nah