Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

Pelam Epal

Masa duk kat Nilai dulu.. en hubby aku kan seorang yang amat rajin bercucuk tanam..

So, antara tanaman dia yang menjadi lepas kitaorang pindah adalah pelam Epal.. masa en hubby ada mesy terakhir baru2 ni.. memang semangat2 pelamnya.. tapi takdelah banyak sangat.. dalam belas2 jerk.. ada gak dia bagi sikit kat jiran terdekat.. balik rumah.. gigih ler en hubby peram dalam beras.. dalam seminggu lebih di peram.. barulah masak.. tapi masamnya totap ado... sila terliur ok!! korang akan rasa kemasamannya kat mulut korang bila baca n3 ni tau.. hehehhee..

sebijik macam dalam gambar ni.. kredit to http://luvabledyra.blogspot.com

Then baru2 ni kami singgah sat ke Nilai.. masih tinggal beberapa buah jerk.. disebabkan aku malas nak peram.. aku potong siap2 buat jeruk.. slurpppp... menyengat sedapnya...

kalau buat jeruk ni uols mesti tau punya kan.. search jer kat google.. macam2 resepi ada.. 

Baru2 ni jugaks aku ada terima email pasal petua untuk mengurangkan masam limau.. so, mungkin jugak boleh dipraktikkan dengan mangga or pelam.. so, selamat mencuba..

Cara2..

1- Ambil air suam(kira2 40 darjah) dan letakkan dalam besen/bekas air
2- Ambil limau yang masam, masukkan dalam air suam tersebut
3- Biarkan sehingga 10 minit
4- Lepas 10 minit, keluarkan limau dari air suam.
5- Letak limau dalam peti ais kira-kira 1 jam untuk menyejukkannya.

Apabila limau dah cukup sejuk,cubalah makan. Pastinya limau tersebut akan jadi manis atau setidak-tidaknya ia tidak semasam sebelum direndam.

Perhatian
* suhu air jangan terlampau panas. Seelok2nya dalam 40 darjah celcius.
* Jangan rendam limau terlalu lama, nanti limau jadi lemau dan lembik.
* Untuk lebih sedap, selepas rendam limau dalam air suam, masukkan ia ke dalam peti ais kira2 sejam. Kemudian baru makan.

Comments

Popular posts from this blog

Susu Rosak!!

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Kopi Che' Nah