Wajar ke tak wajar??

Baru-baru ni aku dapat memo kecil dari pihak pengurusan taska.. mereka akan naikkan yuran bulanan mulai Jun bagi menampung kos sewa bangunan dan pengurusan..

Kalau setakat naik rm10-20 tu boleh diterima lagi lah.. tapi kalau rm50 per anak.. agak melampau..

Aku tak kisah nak naikkan yuran bulanan tapi perkhidmatan yang disediakan hendaklah tip-top..

Ini tak.. yg sekarang ni pun hancus.. anak aku kalau dia berak waktu petang.. haram diorang nak cuci.. dengan muka yang penuh dengan hingus yang dah kering.. bukannya diorang nak lap.. bau tok sah citer laaa.. bau peluh anak2.. yang paling aku kesian.. bila aku ambik dia.. mesti aku cepat2 buatkan sebotol susu.. punyalah haus dia..

Yang aku geram alasan yg cikgu2 taska berikan.. budak2 ramai.. susah nak monitor semua.. pada aku kalau dah tahu ramai.. kenapa tak cadang jerk kat pihak pengurusan suh tambah lagi bilangan cikgu.. kalau nisbah bilangan cikgu ngan budak2 dah mengikuti peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan.. aku rasa tak de masalah diorang nak handle.. satu lagi yang aku tak puas hati.. towel tiap2 hari aku bawak.. tapi langsung tak bersentuh!! anak aku ni mandi ke tak?? kalau mandi diaorang lap ngan apa?? share towel?? patutnya mana boleh share2 towel ni.. sebab tu penyakit mudah berjangkit.. tak pernah nak sihatnya anak aku tu 100%..

Masalahnya kalau aku komen banyak atau marah2 cikgu tu kang.. langsung tak dijaganya anak aku tu nanti.. kalau dibiarkan jerk.. kesian pulaks anak aku.. jadi serba salah lah pulaks..

Aku baru jerk call JKM Cawangan Putrajaya (03-88901672), bertanya tentang taska ni samada berdaftar atau tidak.. dan jawapannya adalah belum berdaftar!!!

So, kalau merujuk kepada Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984 (Akta 308 ).. pemilik taksa boleh didenda kerana tidak membuat pendaftaran.. rujuk NOTIS PENDAFTARAN TASKA DAN PUSAT JAGAAN
“AMNESTY PERIOD”..

Aku jugak telah call Unit IT JKM Wilayah Persekutuan perihal sistem semakan taska secara online.. aku telah dimaklumkan bahawa senarai taska yang berdaftar ada di dalam laman web JKM induk.. uols leh semak kat sini.. memang taska tu takde dalam list pun..

Pegawai IT tu memang friendly laaa.. dia pun jawab soalan aku dengan hemah.. dia pun kata kes taska2 yang tak berdaftar ni memang diorang ambil tindakan tetapi makan masa nak solve.. sebab melibatkan banyak pihak..





Uols rasa lah kan.. wajar ke tak wajar aku sms pihak pengurusan berkenaan isu ni??.. tapi kalau aku pakai phone aku of course ler diorang tahu sapa yg msg.. tak pasal2 dia tak nak jaga anak aku.. aku suker taska tu sebab dekat ngan rumah..

Aku dah siap list nak di msg.. ok tak eh??

1) Taska hendaklah berdaftar dengan JKM.

2) Bilangan guru hendaklah mengikut nisbah yang telah ditetapkan oleh JKM.

3) Pastikan kanak2 sentiasa dalam keadaan bersih dan terkawal.

4) Pastikan kanak2 dimandikan dan dibersihkan dengan menggunakan towel yang dibekalkan oleh ibu bapa. Bukannya konsep 'sharing is caring'.


5) Sediakan jadual menu makanan untuk sebulan.

6) Pastikan kanak2 kenyang dan tidak haus sebelum ibu bapa mengambil anak masing-masing


Punyalah Semangat

Nak citer sket pasal Fateh lagi.. dia kalau dapat pensil or color pensil.. memang laju jer nak menconteng..

Kat dinding umah aku tu especially area sudut2.. memang jadi bahan contengan dia laaa..

So, sebelum dia menambahkan lagi kekreatifan dia kat dinding tu.. cepat2 aku bagi buku color.. punyalah suka dia.. excited gamaknya.. siap meniarap bagai.. gaya macam dah mahir jerk.. yang paling aku tak tahan.. tang kaki tu.. siap bersilang2 lagi... hehehehe... fateh.. fateh..



Bila dia dah bosan.. nak2 pulak takde sapa yang nak layan dia.. mulalah dia kacau kakak dia kat bilik.. leka jer sket kita perhati dia.. memang dinding lah tempat dia menconteng...


Tewah @ Mines

Semalam..

Aku pi cari kain kat kedai Tewah kat Mines.. member opis kata kain kat situ murah gaklah..

So, aku belilah lagi selai dua kain untuk raya.. actually bukan raya sangat.. aku buat untuk kerja sebenarnya.. kalau setakat nak guna untuk raya dua ke tiga pasang pun dah cukup kot...

Harga kain english cotton kat Tewah compare ngan kedai kain yang aku beli kat Nilai tu lagi murah laaa..

Kalau aku tau awal2 lagi aku dah serbu kedai Tewah tu.. tak yah susah2 aku nak pi Nilai..

hat kiri tu english cotton.. semeter rm15.50 .. yg hat kanan tu bukan english cotton.. tapi kain dia sejuk.. murah jerk.. semeter rm8.50

So uols kalau ada kedai2 lain yang lagi murah.. janganlah lupa inform kat aku yer..


Cek LHDN

Baru2 ni aku balik Nilai coz nak collect surat2 yang dah berkepuk kat umah lama tu..

Dan salah satu surat tu adalah dari LHDN.. waaaa.. dapat cek rupanya.. alhamdulillah rezeki.. cepat sungguh pihak LHDN membayar balik cukar yang terlebih bayar..


Sebut pasal cukai ni... aku memang tiap2 bulan buat potongan cukai berjadual atau dikenali sebagai PCB..

Since yang dipotong terlebih, so dapatlah balik duit lebihan tu.. walaupun cuma seratus lebih jerk.. tapi duit gaks kan.. lagipun tu duit kita sendiri..

Seingat aku tempoh yang diberi oleh pihak LHDN untuk submit borang cukai adalah sehingga end of this April.. tapi aku dah siap2 submit pertengahan Mac lepas.. tak sampai sebulan aku dah dapat balik duit refund.. baguslah LHDN.. cepat dan efisien dalam membuat tugasan.. syabas untuk semua kakitangan LHDN.. semoga ianya akan sentiasa diamalkan pada tahun-tahun seterusnya..


Tunjuk jer??

Tiap-tiap malam kalau Fateh tersedar dari tidur.. dia akan bangun dan tepuk-tepuk aku.. pastu dia akan tunjuk tangan dia ke suatu sudut.. macam tau2 jer kelengkapan susu tersedia kat almari solek..

Itu tandanya dia nak susu.. so, bangunlah cepat2 buatkan susu untuk dia.. kalau lambat..hmmm.. jawabnya jeritlah dia nanti..

Tapi aku seronok sebab walaupun tanpa kata-kata.. tanpa sebarang suara dlm suasana yang sunyi.. masing-masing seolah2 memahami..

Sambil aku menyediakan susu.. Fateh akan naik ke atas katil dan baring kat bantal aku.. so, nak tak nak aku kena baring sebelah dia.. sempit pun sempitlah... mmmm.. perasaan ni memang sukar untuk ditafsirkan.. bahagianya bersama anak2 dan suami terchenta.. feeling pulaks waktu nak baliks ni..


Mahal Sungguh Lah Hai..

Sabtu lepas.. kami pi cari kain untuk hari raya tahun ni..

Tema utk tahun ni MERAH!! hmmm.. i like.. tapi... susah nya lah nak cari color MERAH ni.. nak2 pulak corak2 sekarang ni kebanyakannya english cotton lah.. japanese cotton lah.. yg lain2 tu tak menepati color yang aku nak..

Mula2 kami pi survey kat Nilai 3.. pergi satu tempat jerk yg pernah kami pergi sebelum ni.. mula2 cari kain baju Melayu.. jumpa yg matching.. tapi tak cukup lah pulak kainnya.. aku pusing2 cari kain baju aku.. tapi takde yang berkenan... last2 decide pergi ke Nilai Square..

Pergi ke kedai yang aku beli baju tahun lepas.. kain baju melayu langsung tak memenuhi criteria.. apatah lagi baju kurung.. kebanyakannya cam tak best jerk.. pusing2 lagi.. pun tak jumpa.. last2 pergi satu kedai ni.. agak famous.. tepi jalan leh nampak.. kain memang banyak pilihan.. color Merah yang dicari pun ada walaupun terhad.. tapi.. harga ya ampun.. mahal bebenor.. rasa macam tak berbaloi jerk beli.. ni ler masalah bila kita tak sempat nak survey2 bagai.. lagipun Nilai tu besar.. nak bawak anak2 lagi.. memang letih.. so, nak tak nak beli jugaks..

Dari segi pemerhatian aku.. kedai kat Nilai ni makin lama makin mahal.. tukang jual tu memang pandai sungguh berayat2 ngan kita.. nak2 pulak mangsa macam aku ni yang jarang sekali beli kain ela ni.. sekali ngadap kain yg macam2.. cantik2.. jadi rambang mata.. hmmm.. nyesal pun ada..

hat yang english cotton corak2 bunga tu aku rasa memang design lama tapi aku beli jugaks sebab aku tak pernah ada kain pattern ni.. 

set baju utk tema tahun ni..  sedondon kami sekeluarga nanti..

Sebelum aku hantar ke tailor.. aku memang plan nak beli kain lagi sebab aku rasa tak puas hati.. masih tak memenuhi citarasa dan kepuasan hati aku ni..

Mesti ramai peliks kenapa aku suka beli banyak2.. aku ni bukannya suka membeli tiap2 bulan.. aku hanya beli setahun sekali.. tapi masalah aku ni.. once aku beli.. ha ko!! tak hengat dunia!! sebab tu kot aku malas nak membeli tiap2 bulan.. kalau tak memang bankrap aku..


PES Feeding Bottle

Ingat tak n3 pasal botol yang BPA Free dulu.. dalam banyak2 koleksi tu.. ada yang diperbuat daripada PES plastic..

Masa aku beli Avent tu.. orang baru nak belajar lah kan.. so, aku tanyalah yang salesman tu.. apa beza color coklat cair ngan putih tu.. so, jawapan dia yang coklat cair tu lebih tahan panas.. that's why aku beli yang PES tu.. aku masih pegang kata2 dia sampai hari ni..

Dan kebetulan pulaks.. ada antara botol yang dibeli iaitu Safety Plus.. adalah PP dan bukannya PES.. bila aku rebus.. bahagian bawah botol tu mengembang.. sahih lah.. sebab botol2 lain yang PES semuanya seperti biasa.. tak tahulah kan.. mungkin aku tak ikut arahan utk botol keluaran Safety Plus.. sebab botol susu Tomme Tippee takde pulaks bermasalah.. botol Avent yg PP aku tak de experience lagi..

Dan untuk second pembelian dan pembelian yg seterusnya.. aku hanya akan beli yang berasaskan PES..

Dalam byk2 botol tu.. Avent lebih serasi ngan Fateh.. tapi memandangkan botol Avent yg kecik hanya 4oz.. so terpaksalah cari botol lain.. botol2 yg 5 oz yg agak serasi adalah Mebby dan Safety Plus..botol2 tu kebiasaannya diguna waktu malam..

Plan asal nak cuba beli Bumblee Bee tapi ada sedikit confuse.. maklumlah.. yg tukang beli bukannya aku.. Bumblee Bee agak murah jugak.. 3 botol bleh dpt harga hampir rm80 jika bukan time sales..pun berasaskan PES.. next time ler kot..

safety plus yg berasaskan PES ni akan dibuat uji kaji sekitar bulan 9.. adakah ianya sama dengan yg berasaskan PP??


Keracunan??

Dah 2 hari aku EL.. Fateh keracunan!!


Macam biasa aku ambik dia.. biasa2 jer.. takde tanda2 sakit perut bagai.. minum susu pun ok.. mungkin perut belum sepenuhnya dihadam kot.. ntahlah..

Bermula awal pagi Rabu..

Jam 1 pagi .. Fateh merengek2.. pastu meneran.. sakit perut gamaknya.. jarang sekali dia berak awal2 pagi.. melainkan dia sakit!

Lepas bersihkan dia.. bagi minum susu.. tapi ditolaknya mentah2..hmm.. risau gaks.. sebab dia jarang tolak susu melainkan something wrong somewhere..

Then dia tertidur.. kul 5 pagi.. dia bangun semula.. merengek2.. bagi susu tak mau jugaks.. last2 dia muntah tak hengat!! berkali2 muntahnya.. berketul2 yang keluar.. dari pemerhatian aku macam ketulan pisang yang tak hancur..

Badan dia dah panas.. sah demam!!

So, aku tak sanggup hantar di ke taska dalam keadaan dia begitu..

Aku risau sebab sepanjang pagi dia hanya merengek jerk.. susu langsung tidak di sentuhnya.. berbotol2 aku buat.. tapi tak mau di minumnya..

Aku suspect maybe tonsil.. tapi kenapa dia muntah?? dan berak di awal pagi?? risau kalau dia keracunan.. seingat aku.. malam sebelum.. aku cuma bagi dia makan bubur (en hubby beli kat pasar malam) tapi hanya beberapa sudu jerk.. pastu tak mau dah dia.. bagi ayam goreng pun macam tu gaks.. sket jerk dia makan.. bagi murtabak pun sket jerk dia makan.. tapi kalau dia keracunan makan makanan pasar malam.. kenapa kami yang pulun tak hengat punya tak pulak keracunan.. especially Amiera.. dia memang mudah diserang sakit.. so, pada aku kesimpulan yang boleh aku cakap.. maybe berpunca dari taska kerana muntahan dia bukannya makanan yang aku bagi..

Then kami bawak dia ke An-Nur.. hasil pemeriksaan Dr.. didapati Fateh bukannya sakit disebabkan tonsil tetapi adalah keracunan.. nasib baik Fateh tak muntah2 teruk dan cirit-birit.. kalau tak kena tahan wad.. itu yang aku tak mau.. masuk wad!! disebabkan angin dalam perut yang menyebabkan dia tak selesa minum susu.. menurut Dr.. hari tu ramai kanak2 keracunan.. peliks.. tak pulak aku menanya dari mana kanak2 tu..adakah juga dari Putrajaya?? yelah kan.. manalah tahu.. kalau2 kanak2 yang keracunan tu pun dari taska yang sama dengan Fateh..

Antibiotik yang dibekalkan mengambil masa 5 hari untuk dihabiskan.. memandangkan Fateh belum sepenuhnya sembuh.. aku tak akan hantar dia ke taska hari ini.. tak pasal2 keracunan balik..

Hari ni.. Fateh dah tak demam.. susu pun dia dah boleh terima semula.. alhamdulillah.. hope esok aku leh kerja..

Baru baca email.. ni yang aku bengang sangat.. diorang ni kan.. bila time aku jadi tunggul kat opis tu.. takde lah pulak sibuk nak panggil aku suh buat macam2..  bila aku dah El ni.. time tu ler sibuk nak suruh.. pastu kang mulalah ngata aku macam2.. eiiii.. tu ler.. dah last2 minute nak pi meeting time tu ler nak report bagai lah.. nak execute itu ini lah.. awat tak habaq mai awal2.. haaa.. ada aku kisah.. anak aku sakit OK!!  sendiri mau ingat!!


Semangat Solat

Bukan senang nak latih anak2 solat.. tul tak??

So, salah satu cara nak bagi semangat kat anak-anak adalah telekung yang comel..

Kalau kita pun dapat benda baru ni.. semuanya semangat nak buat.. kan.. kan.. kan..

Gigihlah aku survey kat internet.. kot2 ada yang jual online kan.. last2 jumpa jugak..

Kalau korang berminat leh la masuk kat blog Eiman ni ya.. macam2 color ada jual..

Pilihan Amiera semestinya PINK... dah agak dah.. hehehhehe.. mak borek anak rintik..

semangat tu nak solat..


Ariani again..

Hari terakhir Ariani buat sales.. kebetulan pulaks..

Aku kalau setakat nak pi Ariani kalau takat beli selai jerk.. memang tak yah lah beli lah.. buang karen jerk.. paling kurang pun 3 helai.. hehehehhe... lagipun aku bukannya tiap2 bulan beli tudung.. tapi setiap kali beli memang rabak ler poket..

Proses memilih cam biasa lah.. bukannya senang.. nak ngam ngan citarasa aku yang agak cerewet ni.. lotih salesgirl tu layan aku.. nak tak nak dia kena layan gaks.. mesti dia dapat komisyen kan..

So, pilihan aku kali ni ialah.. tema tetap merah, pink dan sewaktu dengannya ok..


ni stok lama..


hat 2 atas ni design terkini.. 

Kalau ikutkan harga keseluruhan boleh melebihi RM300.. tapi ada less 15% kan..  pastu campur pulaks diskaun untuk ahli.. aku ada Gold Card jer..kalau platinum lagi banyak less nya.. sapa nak pinjam boleh jerk.. leh dapat lagi less 20%.. so, total less leh dapat 35%.. 

Tapi masalah aku sekarang ni.. tudung2 yg design baru ni kena dry-cleaning untuk kali pertama.. ni yang aku maleh ni.. malas sungguh lah aku nak pi dobi.. tak de cara manual kita boleh buat sendiri ke??


Fridge Magnet Fresh From Bandung

Firstly.. special thanks to 'N'.. adik opis belakang partition aku ni.. bawak balik ole2 yg aku kirim tempohari.. aku orang pertama kat opis ni dia bagi buat pilihan dulu.. hehehhehehe... jgn mare aaa...

Dia baru jer pulang bercuti dari Bandung, Indonesia.. bestnya kan.. bujang2 dah jalan sana.. jalan sini.. tapi time ni ler best.. jimat pun jimat.. tengah belum sibuk ngan urusan anak isteri.. dah kawen sok memang susah sket lah.. kos pun tinggi.. hehehhe..

B4 dia pergi aritu.. ada gak ler dia tanya aku nak kirim apa.. masalahnya.. aku ni bukannya reti nak berkirim bagai.. lainlah kalau tempat2 yang pernah aku pergi bolehlah aku siap2 pesan.. aku try gak ler survey kat internet.. kalau nak kirim telekung.. tak sesuai laks kan.. buat susah dia jerk nak pi cari saiz bagai.. nak kirim kain batik.. bukannya aku pakai pun kat rumah.. huhuhu.. so, sesuatu yang lebih bermakna dan mudah dicari adalah fridge magnet.. aku kan minat mengumpul benda alah tu.. kalau compare ngan key-chain.. aku prefer fridge magnet lagi.. (tak sedar diri.. aku pun ada beli gaks key-chain utk kawan2.. puiiiii).. time aku bujang2 dulu suka gak ler kumpul key-chain.. lama2 tersimpan dalam kotak.. tak tau nak gantung kat mana.. so, bila fridge magnet.. hari2 kita tengok kan.. so, faham2 lah yer.. tak nak celoteh panjang2..

Bila dia bagi pelbagai bentuk ni.. aku jadi rambang mata laks.. cantik2 semuanya.. aku suker banget sama barang yang cute-mute ni..
macam2 design ada..

Last2 decide ambik yg takde lagi kat fridge aku..


fridge magnet berbentuk t-shirt.. yg penting nama BANDUNG tu clear..

anyway.. thanks sekali lagi yer 'N'.. lain kali kalau pi mana2.. jangan lupa beli fridge magnet lagi yer.. akak suker!!


Jalan2 Sekitar Melaka

Lepas selesai mandi manda kat Melaka Wonderlands.. kami meneruskan perjalanan dalam gerimis ke Bandar Melaka.. bandar bersejarah..

Last sekali kami pergi ke sini kalau tak silap aku tahun 2005.. lama siot.. masa tu aku ada kursus.. so, angkut ler en hubby ngan Amiera sekali.. Amiera masa tu baru setahun..

Amiera pernah pergi ngan adik beradik en hubby masa dia dah besar sket.. sebab tu dia masih ingat..

Mak aku pulaks memang dah lama giler tak pi Melaka ni.. so, memang seronok lah dia.. abah aku dah pernah pi ikut jiran rumah.. tapi jenjalan ngan anak2 dan isteri lebih memorable..

Sampai2.. kena cari parking dulu.. penuh siot kalau time cuti ni.. terpaksalah kami parking jauh sket..

Nampak Menara Taming Sari.. cam best jerk.. teringin nak naik.. mak aku pun bagi green light.. cepat2 aku beratur pi beli tiket.. ingatkan mahal sebab signboard kat luar tulis RM20 utk dewasa.. tapi alhamdulillah.. cashier tu bagus.. dia kata kalau ada MyCard dan MyKid bleh dapat harga murah.. dewasa cuma RM10, Kanak2 RM5, warga emas RM8.. oklah kan..


sayup mata memandang..

pemandangan dari luar.. ada berani??

 tengah beratur nak naik menara..

 Amiera snap gambar kami..

dah macam kapal angkasa ler pulak..


bersedia.. debar..debar..


 mak abah aku relax jer.. sekali dah naik.. haaa... terus mak aku tutup mata ko!! hahahhahah.. tobat dia tak nak naik lagi.. hehehhehe..

  
kami naik ngan sekumpulan pelajar2 sekolah.. gamat sih.. risau aku naik ngan budak2 ni.. tak duk diam.. jenuh announcer selaku pemandu pelancong tu suh diorang duk diam.. mula2 speaking London suh keep quiet.. last2 keluar jugak bahasa melayu nya.. 'adik..adik.. diam2 yer..'.. see.. adik2 tu relax jer nengok ke depan.. kami jer yang ontok2..

 aku.. untuk tidak melepaskan peluang ni.. ambik lah gambar posisi yang menarik.. at least dapat kurangkan ketakutan.. kalau aku tengok bawah.. confirm aku gabra tahap cipan..



  

  

  
kaku jer aku ngan Fateh.. hehehhe.. Amiera relax jer..

Pengalaman yang menyeronokkan.. so uols kalau pi Melaka.. janganlah lupa naik Menara Taming Sari ni.. ingat nak pergi ke Eye on Malaysia.. tapi tak sempat..

Lepas tu kami cuma jalan2 sekitar bandar Melaka.. bergambar sana.. bergambar sini..

 sejarah silam..

cinta kenangan silam... hehehhehe...

 pewiiitttt.. mau pergi mana pak??

  
 seronok Amiera dapat naik kereta kuda ni.. nasib baik patung jerk.. kalau yg betul.. hmm.. aku pun takut nak dekat..

Pastu en hubby ajak naik kapal.. nak kasi can mak abah aku tengok dalam.. aku dah tengok dulu.. tu yang tak excited sangat.. lagipun aku kurang berminat ngan sejarah.. sebab tu aku blur jerk kalau pi muzium bagai.. hehehhehe.. tapi peliks kan.. camna SPM aku sejarah leh dapat gred 1.. hehehhe..

Amiera takut2 nak naik tangga..


ramai orang perasan.. mat salleh ngan patung tu lebih kurang jerk.. 


muka bengang sebab tatit peyuttttt kena suruh posing....


Hari pun dah lewat petang.. kami ke bazar di seberang jalan.. aku tak berminat sangat nak membeli.. mak aku ler seronok.. beli belacan.. hehehhehe.. orang2 veteren ni memang suker sangat ngan belacan.. aku suker gaks cuma aku kurang guna belacan masa masak.. nanti aku aaaaaaaaaaachhhhhhhhhheeeeeeeeeeeeeemmmmmmmmmmmmmmm......

Lepas minum2 makan2.. kami pun bergerak utk pulang.. sebelum maghrib kami dah sampai ke rumah.. alhamdulillah.. sepanjang berjalan2 sekitar Melaka kami tak berapa letih sebab cuaca sejuk jerk..


Riadah @ Melaka Wonderlands

Seperti yang dirancangkan... kami sekeluarga bersama-sama mak abah aku menghabiskan cuti minggu di Melaka...

Bukan senang tau nak bawak mak aku pi jalan2.. dia bukannya gemar sesangat.. nak2 pulaks kalau pi bermalam.. confirm dia akan reject awal2.. abang aku pernah ajak gi jalan2 ke Sabah bah.. tak maunnya dia.. sebab tu kalau nak ajak dia.. ajaklah ke tempat yang dekat2 sajork! InsyaAllah.. kalau takde aral dia akan ikut.. satu kepuasan pada aku bila mak aku nak pergi.. bolehlah jugak dia nak release tension dia..

Tempat yang mula2 dituju semestinya Melaka Wonderlands.. dokek yo!! kalau dari Nilai boleh sampai sana dalam sejam setengah.. itupun kalau bawak 100km sejam.. kalau pecut boleh sampai lagi awal.. sepanjang perjalanan ke Melaka.. ada 5 kemalangan setiap 100 - 200 meter.. satu kemalangan tu adalah melibatkan 4 - 5 kereta.. pergh.. risau gaks.. lagipun time tu sekejap hujan lebat.. sekejap berenti..

Alhamdulillah.. kami sampai jua ke Melaka Wonderlands.. simpang ke kanan sebelum ke zoo Melaka.. besar jugaks kawasan dia.. aku rasa baru diteroka.. tengok sekeliling masih hutan dan ada pembinaan masih dilakukan..

Tiket nak masuk kalau time cuti.. dewasa RM30, kanak2 RM25, warga emas RM15.. oklah kot.. sebab mainan air yang disediakan memang banyak.. yang rugi aku ler sebab aku takut nak main yg extrem2 ni..

Oklah.. kita layan gambar sambil aku berstory-mory..

sampai2 harus ambik gambar dulu.. cuaca dah gelap.. hujan akan turun bila2 masa jer..

nasib baik tak ramai sangat orang yg datang.. tapi kalau time cuti sekolah ni confirm sesak..

apa ke ntah nama maskot.. see.. mana ada Amiera bergambar sekali.. takut nak mampos!

Amiera cakap maskot tu pakai pampers!

view yang cantik..

seronoknya dia dapat mandi..

takut sebab ombak dah mengganas.. hehehhe..

cam real jerk gambar ombak kat belakang tu.. 

ini budak tak mau mandi lama2.. bila aku dukung jer.. terus melekat.. 

menahan sejuk.. 

ni permainan kat atas.. kat atas lagi pun ada.. tapi aku tak pi.. maleh laaa..

pas makan duk lah dia kat kerusi ni.. ajak mandi tak mau! 
oh ya.. sebut pasal makan ni.. kami makanlah kat kedai yang berhampiran.. kalau uols nak makan.. better ler order set nugget ngan french fries tu.. nasi ayam dia kureng.. ikut tekak aku ler!! tak berbaloi ngan harga yang di jual.. makanan dari luar tidak dibenarkan ya..

kami keluar dalam kul 2 lebih.. hujan turun sekejap lebat sekejap gerimis.. so, kami tak mau nanti demam pulaks.. so, decide keluar awal.. dalam kul 2 lebih kami keluar..

 mak abah bergambar kenangan dalam gerimis ni..

uols nak tau ke mana kami selepas ni.. tunggu next n3 ya!


Dengan Rasminya...

Haaaa... tak sabar punya pasal.. pulun ler aku membuatnya.. ni sebab kes R . A . J . I . N aku datang..

So, ni ler template aku yang terkini.. 2 column with PINK theme.. PINK totap di hati..

Aku rasa ni jelah yang termampu aku buat.. kalau ada perubahan pun.. ntah ler..kalau aku ada idea lain InsyaAllah..

Semua link2 berkaitan dengan blogger2 dan link2 yang lain telah aku move ke Menu Tab di atas.. senang sket aku nak ubah2 di kemudian hari..

So dengan ini.. pada 15 April 2011 jam 5.00 PM aku merasmikan template terkini blog aku.. mudah2an dengan adanya tema yang simple ini akan melajukan blog aku..


OK! Siap!

Alhamdulillah...

Habis pulun aku dok godek2 XML nak ubah mana yang patut..
  1. Header dan footer(tukar color je) dah siap
  2. Signature (simple jer) dah siap
  3. Touch2 (tambah simbol love kat side) sket siap
Kalau R . A . J . I . N aku datang.. aku nak ubah balik template jadi 2 column jerk.. sebab aku rasa serabut sangat kalau ada 3 column macam yang sedia ada ni.. yelah kan.. nak ubah ke 2 column ni aku kena sediakan dulu sub-blog tak pun satu page untuk simpan segala link2 yang ada..

So, uols abaikan lah dulu yerk.. side belah kanan tu.. buat2 macam tak nampak lah yer..


Wajah Baru

Memandangkan template lama dulu tu agak memberatkan blog aku ni.. so, aku terfikir untuk mengubah template baru.. masalahnya bila nak upload template baru.. (pernah try buat dulu).. ada banyak perubahan yang kena aku ubah suai semula... dan kebanyakan Blog List yang aku dah senaraikan hilang macam tu jerk.. mana lah aku nak ingat semua kan..

Last2 aku decide nak guna jer yang blogspot dah sediakan kat sini.. Template Designer.. senang gitu.. pilih jer color2 yg korang suka.. nak design macam mana.. terpulang pada citarasa masing2..

Aku suker pada template Picture Window.. cuma design tu tak berapa banyak sangat.. so, aku perlu masukkan background baru.. so gigihlah aku mendesign semalam.. bolehlah kot.. aku bukannya reti pun.. jenuh nak memenuhi kriteria max 300KB.. asal ado sudah!

Cuma sekarang ni.. aku tengah cari idea nak wat header.. buat sementara ni.. aku biarkan dulu header yang kosong tu.. nak kasi lagi ringan blog aku ni.. gadget2 berkaitan dengan Link akan aku pindah ke sub-blog aku.. belum buat lagi.. M . A. L . A . S.... tengoklah bila mood R . A . J . I . N aku datang.. hehehehe..

So, kalau uols ada idea nak menokok tambah.. kot2 ada yang aku terlupa.. jangan segan2 jangan malu2.. habaq mai no..


Untuk Tatapan Para Suami

Sesuatu yang sungguh bermakna.. sesuai di kongsi kat blog aku neh.. aku dapat dari member FB..
_________________________________________________________

Ada aku peduli isteri dan anak2ku sudah makan atau belum...

Ada aku peduli jika isteriku tak sempat makan kerana sibuk melayan anak-anak....

Ada aku peduli jika isteriku masih di dapur menyediakan keperluan pagi esok ketika aku sedang berdengkur...

Ada aku peduli siapa yang membelikan sabun mandi, ubat gigi dan meletakkannya di dalam bilik aku bersiram....

Ada aku peduli dah berapa lama isteri aku begitu setia menggosok kain bajuku...

Ada aku peduli bagaimana layanan yg isteriku dambakan dari aku seorang suami...

Ada aku peduli apa perasaan isteriku bila aku pulang kerumah dengan wajah kusam dan masam....

Ada aku peduli adakah wang yang masih bersisa utk isteri dan anakku ketika aku hendak kepergian....

Ada aku peduli apa perasaan isteriku bila aku tidak pernah menelefonnya ketika aku bertugas di luar.....

Ada aku peduli berapa harga gincu jika isteriku ingin memerahkan bibir yang pudar ditelan masa....

Ada aku peduli bilakah kali terakhir aku menghadiahkan minyak wangi kepada isteriku...

Ada aku peduli bila kali terakhir aku membelikan pakaian utk wanita yg rela menjadi isteriku..menjadi ibu anak-anakku

Ada aku peduli bila isteriku sakit-sakit

Ada aku peduli kenapa isteriku terlelap bersama linangan airmata....

Ada aku peduli jika isteriku terjaga di tengah malam kerana dengkurku......dan aku terus nyenyak tidur dibuai mimpi indah seorang lelaki....


Tiba-tiba aku MENJADI PEDULI dan MENGAMBIL PEDULI


Ketika telefon isteriku berdering di malam hari...

Ketika isteriku mula belajar ber sms..dan berchatting...

Ketika isteriku kembali berhias seperti ketika aku mula jatuh hati padanya...

Ketika isteriku sanggup tidak makan malam kerana mahu menjaga badan

Ketika isteriku tidak meminta lagi aku menjadi imamnya....

Ketika isteriku memilih tidur bersama anak-anakku.....

Ketika dia tidak lagi mencium tanganku ketika aku hendak pergi ...

Kini,aku baru ingin bertanya kenapa isteri aku dah tak peduli kat aku?


P/s : Tidak ada manusia yang sempurna baik suami ataupun isteri.Jangan mengharap dilayan seperti raja jika kita tidak pernah anggap isteri itu permaisuri hati kita. Jangan diharap bunga yang indah jika kita tidak pernah membajanya. Dan selalulah ingat,bila hati seorang wanita telah retak, dia boleh menjadi lebih keras daripada seorang lelaki


Terperangkap dalam kesejukan

Semalam hujan lebat kan..

Aku cam biasa kuar opis.. tengok cuaca 50-50 jer.. sebelah cerah.. sebelah gelap. so, aku pun tak bawaklah payung.. sebab hari sebelum tu cuaca mendung tapi tak hujan pun..

Dapat pulak naik bas terus.. bila sampai jer bulatan kat area rumah aku.. hujan dah mula turun.. lama2 makin lebat.. adoiii laaa... bila tak bawak payung.. time tu ler nak hujan.. tapi aku tak salahkan hujan.. sebab walau dalam apa keadaan sekalipun.. aku kena sentiasa bersiap sedia.. so padan lah muko aku ni!

Sampai kat stesen bas.. dah ramai yang menunggu dalam kesejukan.. termasuklah sedara2 kita dari seberang..

Aku terperasan sorang adik ni.. memang cun ler.. free hair lagik.. ala2 chinese look gitu..

Aku kalau hujan dah agak reda sket.. memang aku nak redah jerk.. rumah dah seberang jalan.. tetiba adik tu diri sebelah aku.. dlm firasat aku.. dia pun nak redah sekali kot.. tapi hujan makin lebat.. so, tak jadiklah aku nak redah.. dia pun sama..

Ntah macam mana.. dalam hujan yg lebat tu.. ada satu kereta kancil berenti.. aku ingatkan member dia ke apa.. sebab tadi asyik ber-calling2.. bila orang tu turunkan tingkap.. dok usha2 adik tu.. ajak naik kereta.. konon2 dia nak hantarkan lah.. adik tu mungkin perasan orang tu panggil dia.. terus dia geleng2 kepala.. aku gelak jer.. kelakar siot.. standard lah kan.. orang dah lawa.. sesapa jer sanggup berenti menolong.. tapi pada aku.. tak kira sapalah kan.. cantik ke tidak.. kalau aku memang aku tak akan naik.. cari na'as ler namanya.. dari basah kesejukan hujan dan jadi basah lain pulak kang... hwa..hwa..hwa.. no..no..no..

Bagus tindakan adik tu.. walau susah macam mana sekali pun.. jangan terlalu mudah percaya dengan orang.. sebab dalam dunia ni macam2 orang.. kita tak tahu hati masing2..

Bila hujan semakin lebat dengan tempias2 bagai.. aku pun masuk ke dalam sket.. adik tu pun ikut sekali.. hehehhehe.. dia pun naik risau gaks sebab sedara2 kita seberang jalan tu pun dok perhati dia.. sian jugak kan jadik orang cantik ni.. tak selamat di mana2 sahaja.. itulah sebab Islam suruh kita bertudung dan berpurdah jika kecantikan kita boleh mengundang sesuatu yang tidak diingini..

pics dari iluvislam.com


Alhamdulillah.. hampir 20 minit aku menunggu.. hujan reda sedikit.. so cepat2 aku toleh kanan.. toleh kiri.. lariiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii..... si adik tu pun follow aku dari belakang... hehehhehhehhe.. kelakar lah adik ni.. dia macam tak confident sendiri.. agak2nya kalau aku redah gak time hujan lebat giler tu.. dia pun redah sekali..

Nasib baik sepanjang nak ke rumah aku tu.. ada bangunan2 lain.. so, aku menyelinap di sebalik parking2 kereta.. sampai kat parking kereta kawasan rumah aku.. tetiba aku terdengar bunyi... PON.. PON.. PON.. PON..PON.. PON.. PON.. pastu berenti.. aiiitt.. kereta sapa yerk.. bunyi cam kenal jer.. cepat2 aku pakai spek.. lor... kereta aku rupanya yg berbunyi.. ni mesti kes petir yang kuat berdentum..

Cepat2 aku lari2 anak.. bukak kereta ambik payung.. nak pi ambik Fateh.. happy Fateh nengok aku sampai.. bila nak redah hujan tu.. Fateh punyalah takut.. di peluknya aku kuat2.. mungkin bunyi hujan tu menakutkan dia..

Moral of the story.. sediakan payung sebelum hujan!


Lunatots??

pics dari http://www.lunatots.com

Selalunya kan.. kalau aku balik naik bas tu.. dan kalau bas aku lalu kat area Maidin, mesti aku perasan sign ni.. tapi kedainya tak nampaklah pulaks.. maybe kedai dia kat atas kot..

Lunatots.. macam pernah dengar.. macam kedai barangan baby.. mesti uols pun tau kot.. aku ni jer yang ketinggalan zaman..  so, tergerak hati aku nak survey apa sebenarnya Lunatots ni.. gigihlah aku search kat google.. so, hampir betullah tekaan aku.. kedai barangan baby dan ibu2 mengandung rupanya..

Bila dah tau.. cepat2 aku klik kat Online Store.. cam biasa aku nak survey harga feeding bottle.. tapi tak banyak sangat stok yang ada.. frust gak ler.. kalau tak boleh aku ajak hubby pi kedai tu..


I Follow U

N3 khas untuk Follower blog aku dan yang bakal Follow blog aku yang tak seberapa ni...

Salam semua...

Untuk makluman uols.. aku dah follow back blog korang yer.. lamakan aku ambik masa nak follow balik.. but i have my own reason.. actually bukan aku tak nak follow balik blog korang tapi aku nak tengok gak ler sejauh mana uols follow blog aku.. sebab aku berblog bukannya nak glamour..

Aku berblog sebab aku nak menitipkan kisah kehidupan aku sekeluarga untuk tatapan anak2 dan keluarga tika aku tiada nanti.. aku nak diri aku sentiasa abadi dalam diri anak2 aku dan keluarga yang mengenali aku.. dan juga mungkin kawan2 blogger lain yang kenal aku..sekurang2nya bila aku tiada.. dan blog aku ni masih berada di alam maya ini.. ada juga insan2 yang akan sedekahkan Al-Fatihah untuk aku nanti..

Bukannya aku meminta tapi kita semua kena bersedia untuk meninggal dan ditinggalkan.. walaupun dalam lubuk hati kecik aku ni.. aku macam tak sanggup untuk menghadapi keadaan apabila aku ditinggalkan.. huhuhuhu... dan sudah bersediakan aku untuk meninggalkan?? masih tak cukup lagi amalanku untuk menghadap Dia yang maha Esa..

Kepada follower2 blog aku yang tak meletakkan url blog uols dalam profile.. hope dapat tinggalkan blog uols dalam comment.. nanti aku follow korang yer..InsyaAllah..

Mana yang aku tertinggal tu.. hope dapat tinggalkan mesej..

So, yang dah aku follow tu.. pls check it out..

Terima kasih kepada semua yang follow aku.. 


Mama Sayang Fateh Banyak

See.. setiap anak akan cemburu mencemburui sesama sendiri..

So sebagai ibu bapa kita hendaklah berlaku adil kepada semuanya.. ya!! itu yang aku cuba amalkan setiap hari..

Aku tidak akan membiarkan anak2 aku rasa tidak dihargai dan akan pastikan setiap malam tidur mereka lena diulit kasih sayang.. walaupun kadang2 aku marah kalau Amiera tidur lambat.. tapi aku akan pujuk kembali supaya tidur dia tidak diganggu dengan mimpi2 yang menakutkan.. sebab kadang2 apa yang kita alami seharian boleh terbawa2 ke alam mimpi..

Berbalik kepada tajuk..

Semua ibu-ibu mesti akan cium anak2 mereka setiap hari.. setiap masa.. betul tak???

Begitu juga aku... alkisahnya...

Malam semalam..

Aku tengah layan baik punya Fateh sebab dia tak nak tidur2 lagi.. so aku baring2 sebelah dia sambil tengok TV.. dah baring sebelah tu mesti kena cium jerk.. si Fateh tak kisah pun aku cium dia sebab dia tau aku ibu dia.. ada ke anak2 (kecuali yg dah dewasa ler) ngelak ibu mereka cium diorang?

Tetiba bila aku bangun.. aku tengok si Amiera duk tegak jer kat sofa sambil buat mulut moncongnya.. pesal pulaks ni..

Aku dekati Amiera.. tanya secara lemah lembut.. pujuk2.. rupa2nya.. dia jeles.. sebab aku cium Fateh banyak kali.. nak tau apa dia kata?? "Mama sayang Fateh banyak!"

So, untuk menghilangkan kecemburuan dia dan nak memahamkan dia yang aku sayangkan dia jugak.. aku cium dia 10 kali berselang kiri dan kanan.. siap buat kiraan lagi .. 'cium 1', 'cium 2', 'cium 3', 'cium 4', 'cium 5', 'cium 6', 'cium 7', 'cium 8', 'cium 9', 'cium 10'... haaaa... baru dia puas hati.. pastu baru dia baring2 sambil buat aksi2 manjanya.. adoiiii... Amiera.. Amiera..

Yang pasti.. janganlah mensisihkan anak2 kita dan janganlah membezakan sesama mereka kerna mereka adalah anugerah Allah yang tiada nilainya..


Kesian Mak Aku...

Sebelum tu.. aku nak wish Selamat Hari Ulang Tahun Kelahiran Yang ke-57 Tahun yang jatuh pada 9 April 2011 baru2 ini.. sama tarikh ngan aku cuma bulan jerk berbeza.. sama bulan ngan en hubby aku laks tu.. pokai aku kena beli 2 hadiah...huhuhu...

Semoga mak sihat selalu, dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.. semoga mak tabah dalam mengharungi liku-liku kehidupan di dunia yang fana ini..

Macam biasa kami akan pulang ke kampung (dokek yo!) untuk meraikannya.. kebetulan 9hb jatuh pada hari Sabtu.. memang sesuai sangat2.. sebab biasanya kalau jatuh pada hari lain.. kami akan pulang pada hari Sabtu.. kami akan tetap pulang walau pelbagai rintangan..

Aku selaku anak sulong perempuan begitu mengambil berat perihal mak aku.. walaupun aku tidak dibesarkan sepenuhnya oleh beliau.. walaupun aku ni bukannya anak kesayangan beliau.. tetapi aku tetap menyanjunginya sebagai seorang ibu.. aku takkan wujud di muka bumi ini tanpa beliau.. huhuhu.. sedih.. sedih.. emosi laks pepagi ni..

Walau sesibuk mana sekalipun kita.. janganlah lupa ibu bapa.. dalam usia sebegini mereka terlalu sensitif.. so, untuk tidak menimbulkan rasa kesedihan mak aku.. kami balik untuk meraikannya bersama2.. cuba kita tengok wajah ibu kita tatkala kita pulang ke kampung.. penuh dengan harapan.. penuh dengan kegembiraan..

Tahun ni aku tak beli kek besday bagai.. lagipun takde sapa yg nak makannya nanti.. aku cuma beli moist cake tanpa hiasan apa2.. yang penting sedap di makan dan tak berbuang.. hadiah untuk mak tetap ada..walaupun mak aku bising belikan dia hadiah dan kek bagai.. aku tetap tak pedulik.. aku nak dia rasa dihargai.. aku tahu disebalik hati kecilnya itu.. dia menangis mengenangkan anak2 dia yang lain.. harapan setinggi gunung.. namun tiada kunjungan juga..

Yang paling aku bengang dan sedih.. kenapalah saat2 gembira ni mak aku dibebani berita duka.. kenapalah diorang suka sangat menyusahkan mak aku.. hmmm... cuba uols bayangkan bila mak uols call uols dalam suara yang sebak.. tak ke kita sebagai anak akan rasa sebak jugak??

Ntahlah.. aku malas nak citer banyak.. yang penting aku dah tunaikan tanggungjawab aku sebagai seorang anak.. aku tak nak jadi anak derhaka..aku tak suka nak menyusahkan mak aku.. seboleh2nya aku akan menggembirakan dia..


Lawak Malam Jumaat

Hmmm... uols jangan salah sangka ngan tajuk eh..

Bermula dengan kisah petang semalam..

Lepas aku ambik Fateh.. tengah baik punya mandi.. sambik dok fikirkan Fateh... kuar2 jer dari bilik air.. dengar hp aku berbunyi.. tak sempat nak angkat dah stop..

Check hp.. 3 miss call ko!! sapa pulaks yg call ni.. dalam anggapan aku cuma en hubby aku sorang jerlah.. risau gak.. kot2 ada emergency.. rupa2nya.. abang aku..



Bila aku call balik.. abang aku just nak tau nape mak aku tak angkat telepon rumah.. lama gaklah dia call.. tapi takde sorang pun angkat.. of course ler dia risau.. dahlah mak abah aku tinggal berdua jer.. pakcik aku tu kadang2 ada kadang2 takde..

So, mulalah kami memulakan pencarian jawapan ke atas setiap persoalan yang berlegar di fikiran masing2..

Aku terus call rumah.. sah memang takde sapa yang angkat.. aku dah risau.. aku call pulaks adik aku yg kat Perak.. pun dia tak tahu.. dia pulaks tak call mak beberapa hari ni.. aku mintak dia call jiran depan rumah kalau dia ada nombor telepon jiran tu..

Tak sampai 5 minit dia call aku balik.. jiran tu kata mak aku ada kat rumah.. hmmmm... pelik.. mungkin telepon rumah rosak kot.. pastu aku call abang aku inform berita terkini.. baru rasa lega...

Kisah lawak bermula pada malamnya...

Aku dahlah tak sihat.. selesema cikgu!! tengah dok baring dalam sedar tak sedar kat sofa.. hp aku berbunyi.. ada orang call.. gagah gaklah aku bangun dalam mamai2 tu..



Abah aku call rupanya.. ni dialog aku ngan abah.. dialog bahasa nogori yo!!

Abah : "Hello.. ko telepon rumah ko?" - takde salam terus tanya cenggitu jer.. terkejut aku!

Aku : "Haah.. napo tak angkek telepon??" - dalam mamai aku jawab ya jelah.. malas nak cerita banyak

Abah : "Abah cabut wayar eh.. tinggi bonar bil letrek eh.. "

Aku : "Apo lak bil letrek?? takdo kono mengono eh doh.. tu bil telefon.. kalau guno yo baru kono bayar lobih.."

Abah : "Haah yo lah .. " - abah pun dah confuse

Aku : "Yang pi cabut buek apo.. samo yo bayar eh.. hmm.. takpolah.. kim salam kek omak.. assalamualaikum.."

Abah : "Waalaikum salam.."

Ha.. dari mamai terus aku celik!! confuse ngan tindakan abah aku tu..

Korang rasa lawak tak?? kata lah lawak.. penat tau aku taip!

Kesian abah aku.. aku faham yang dia maksudkan tu bil telefon lah.. masalahnya bil telefon ni bukannya macam bil letrik.. bil sewa bulanan tetap kena bayar.. kalau wat panggilan pulaks.. tambah caj lagi.. bukannya bil letrik.. takde sewa bulanan..

Kalau tak nak bayar bil telefon stop jerlah langganan.. senang cerita..


Geng Kitty

Sangkut Paut

3D (1) 5S (3) Acacia (4) Aduan Rakyat (13) Aidijuma (1) Aku dan Dia (60) Amiera (268) Ana Muslim (2) Anniversary (10) Anugerah (11) Aqiqah (5) Ariani (3) Arissa (50) ASB (3) ASUS (1) Avatar (1) Award (6) Bajet (2) BBQ (2) Big Bad Wolf (3) Birthday (73) Biskut (1) Biz (3) Blogger (12) Car (1) Carlo Rino (6) Ceramah (3) CERT (1) ChurpChurp (2) CIC (12) Cloth Diaper (1) Contest (8) Cuepacs (1) Dari Dapur Mama (1) Denggi (1) Diaper Cake (1) Dinner (1) Drama (5) EKSA (1) Exam (2) Expo (2) Family Gathering (22) Fareeda (17) Fateh (192) Floria (1) Frozen (1) Gajet (1) Gift (10) Giveaway (1) Handbag (2) Handphone (4) Hari Raya (148) Hello Kitty (2) HFMD (1) Hobby (2) Holiday (115) Hot Air Balloon (4) Iftar (1) Impian (9) Info (31) Isu Semasa (9) JJCM (12) Juadah (111) Jurnal (4) kak Rose (8) Kecantikan (1) Kenduri (15) Kesihatan (2) Kuarters (11) Kuiz (2) Kursus (19) Lawak (2) Lazada (1) LIMA (1) Lovely Song (7) Luahan (2) MAFIST (5) Majalah (4) MasterChef (6) MeadJohnsons (4) Memori (2) Muffin (2) MyDeal (1) Nilai3 (1) Novel (3) Nuffnang (7) Nuri (5) OnAir (1) Panggung (1) Pekeliling (1) PINK (8) PotLuck (2) PPA1M (4) Pre Loved (1) Pregnant (28) PRU (2) Prudential (2) PTK (2) Puasa (68) Puisi (9) Putrajaya (32) Qaisara HB (3) Ramadhan (16) Resepi (37) Riadah (22) Rumah Peranginan Persekutuan (3) Sad Song (1) Saham Akhirat (5) Sales (5) SBPA (4) Sejarah (1) Seminar (5) Shabby Cottage (66) SimplySiti (3) SkullMate (1) Sogo (3) Solid Food (5) SSPN (3) Streamyx (3) Sustagen (4) TAG (5) Taman Raudhah (13) The Movie (21) Tips (2) Tupperware (2) UPKK (9) UPSR (3) Ustazah Pilihan (6) VAIO (2) Vantage (6) Villa Raudhah (47) Viral (2) watermark (1) Wishlist (2)

Yg Suka Bercerita

Sitting and Blinking Hello Kitty