Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

Ish..Ish..Ish.. Boleh Gitu??

Punyalah lama aku tak aktif ngan FB..

Tetiba.. tengah2 bosan malam2 ni.. anak2 pun dah tidur.. citer pulaks takde yg best sangat.. sambil tunggu MahaRaja Lawak.. aku bukaklah FB..

Nak update wall sendiri tak tau nak tulis apa.. so, tengoklah info atau cerita2 kawan2 sekolah dulu.. mana yg aku tak add tu.. aku nengok jerlah gambar diorang itupun kalau diorang share kat public.. kalau tak.. dapat tengok profile pics jer ler..

Ntah macam mana tergerak masuk kat sorang kawan ni.. aku tengoklah pulak kawan2 dia.. nak tau apa yang aku jumpa??

FB abang kandung aku sendiri.. cissss... pesal adik dia sendiri dia tak add.. ni tak aci ni..

Mati2 aku ingatkan orang keje bank ni sibuk memanjang.. takde masa nak berFB ni.. that's why aku tak terfikir nak search nama dia.. dah tahu ni.. per laie.. add terus lah.. sambil tinggalkan msg perli2... hahahahhahah.. pasni mesti aku kena pelangkung kat dia.. yg dok pi gatal2 letak nick name pesal.. padan ngan muko aku.. takpe.. security first..

So, kawan2 or family yg kenal aku.. minta maaf banyak2 coz tak dapat nak aktif dalam FB dan terlibat dengan mana2 application dalam FB.. it's all for security purpose!! ya.. aku tahu ramai yang diluar sana begitu fanatik ngan FB.. but i will try my best not to show myself in FB..

Kadang2 ada jugak aku terfikir.. what's the different between FB and blogging.. konsep seakan2 sama.. show ourself and family to the public.. tapi banyak bezanya.. coz i know setakat mana blog aku ni berada..

Oklah ngomelan aku malam ni.. nak tengok Maharaja Lawak.. tgh dengar suara Amir.. I'm Sorry.. erkkk.. cemana dia boleh lepas masuk dalam Maharaja Lawak?? Pelawak yang dilahirkan dari program realiti ni kalau menang pun disebabkan undian ramai.. bukannya bakat semata2..

Oklah malas nak komen banyak pasal program realiti ni.. cau cin cau...

Comments

Popular posts from this blog

Susu Rosak!!

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Kopi Che' Nah