Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

Keracunan??

Dah 2 hari aku EL.. Fateh keracunan!!


Macam biasa aku ambik dia.. biasa2 jer.. takde tanda2 sakit perut bagai.. minum susu pun ok.. mungkin perut belum sepenuhnya dihadam kot.. ntahlah..

Bermula awal pagi Rabu..

Jam 1 pagi .. Fateh merengek2.. pastu meneran.. sakit perut gamaknya.. jarang sekali dia berak awal2 pagi.. melainkan dia sakit!

Lepas bersihkan dia.. bagi minum susu.. tapi ditolaknya mentah2..hmm.. risau gaks.. sebab dia jarang tolak susu melainkan something wrong somewhere..

Then dia tertidur.. kul 5 pagi.. dia bangun semula.. merengek2.. bagi susu tak mau jugaks.. last2 dia muntah tak hengat!! berkali2 muntahnya.. berketul2 yang keluar.. dari pemerhatian aku macam ketulan pisang yang tak hancur..

Badan dia dah panas.. sah demam!!

So, aku tak sanggup hantar di ke taska dalam keadaan dia begitu..

Aku risau sebab sepanjang pagi dia hanya merengek jerk.. susu langsung tidak di sentuhnya.. berbotol2 aku buat.. tapi tak mau di minumnya..

Aku suspect maybe tonsil.. tapi kenapa dia muntah?? dan berak di awal pagi?? risau kalau dia keracunan.. seingat aku.. malam sebelum.. aku cuma bagi dia makan bubur (en hubby beli kat pasar malam) tapi hanya beberapa sudu jerk.. pastu tak mau dah dia.. bagi ayam goreng pun macam tu gaks.. sket jerk dia makan.. bagi murtabak pun sket jerk dia makan.. tapi kalau dia keracunan makan makanan pasar malam.. kenapa kami yang pulun tak hengat punya tak pulak keracunan.. especially Amiera.. dia memang mudah diserang sakit.. so, pada aku kesimpulan yang boleh aku cakap.. maybe berpunca dari taska kerana muntahan dia bukannya makanan yang aku bagi..

Then kami bawak dia ke An-Nur.. hasil pemeriksaan Dr.. didapati Fateh bukannya sakit disebabkan tonsil tetapi adalah keracunan.. nasib baik Fateh tak muntah2 teruk dan cirit-birit.. kalau tak kena tahan wad.. itu yang aku tak mau.. masuk wad!! disebabkan angin dalam perut yang menyebabkan dia tak selesa minum susu.. menurut Dr.. hari tu ramai kanak2 keracunan.. peliks.. tak pulak aku menanya dari mana kanak2 tu..adakah juga dari Putrajaya?? yelah kan.. manalah tahu.. kalau2 kanak2 yang keracunan tu pun dari taska yang sama dengan Fateh..

Antibiotik yang dibekalkan mengambil masa 5 hari untuk dihabiskan.. memandangkan Fateh belum sepenuhnya sembuh.. aku tak akan hantar dia ke taska hari ini.. tak pasal2 keracunan balik..

Hari ni.. Fateh dah tak demam.. susu pun dia dah boleh terima semula.. alhamdulillah.. hope esok aku leh kerja..

Baru baca email.. ni yang aku bengang sangat.. diorang ni kan.. bila time aku jadi tunggul kat opis tu.. takde lah pulak sibuk nak panggil aku suh buat macam2..  bila aku dah El ni.. time tu ler sibuk nak suruh.. pastu kang mulalah ngata aku macam2.. eiiii.. tu ler.. dah last2 minute nak pi meeting time tu ler nak report bagai lah.. nak execute itu ini lah.. awat tak habaq mai awal2.. haaa.. ada aku kisah.. anak aku sakit OK!!  sendiri mau ingat!!

Comments

Popular posts from this blog

Susu Rosak!!

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Kopi Che' Nah