Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

Kesian Mak Aku...

Sebelum tu.. aku nak wish Selamat Hari Ulang Tahun Kelahiran Yang ke-57 Tahun yang jatuh pada 9 April 2011 baru2 ini.. sama tarikh ngan aku cuma bulan jerk berbeza.. sama bulan ngan en hubby aku laks tu.. pokai aku kena beli 2 hadiah...huhuhu...

Semoga mak sihat selalu, dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.. semoga mak tabah dalam mengharungi liku-liku kehidupan di dunia yang fana ini..

Macam biasa kami akan pulang ke kampung (dokek yo!) untuk meraikannya.. kebetulan 9hb jatuh pada hari Sabtu.. memang sesuai sangat2.. sebab biasanya kalau jatuh pada hari lain.. kami akan pulang pada hari Sabtu.. kami akan tetap pulang walau pelbagai rintangan..

Aku selaku anak sulong perempuan begitu mengambil berat perihal mak aku.. walaupun aku tidak dibesarkan sepenuhnya oleh beliau.. walaupun aku ni bukannya anak kesayangan beliau.. tetapi aku tetap menyanjunginya sebagai seorang ibu.. aku takkan wujud di muka bumi ini tanpa beliau.. huhuhu.. sedih.. sedih.. emosi laks pepagi ni..

Walau sesibuk mana sekalipun kita.. janganlah lupa ibu bapa.. dalam usia sebegini mereka terlalu sensitif.. so, untuk tidak menimbulkan rasa kesedihan mak aku.. kami balik untuk meraikannya bersama2.. cuba kita tengok wajah ibu kita tatkala kita pulang ke kampung.. penuh dengan harapan.. penuh dengan kegembiraan..

Tahun ni aku tak beli kek besday bagai.. lagipun takde sapa yg nak makannya nanti.. aku cuma beli moist cake tanpa hiasan apa2.. yang penting sedap di makan dan tak berbuang.. hadiah untuk mak tetap ada..walaupun mak aku bising belikan dia hadiah dan kek bagai.. aku tetap tak pedulik.. aku nak dia rasa dihargai.. aku tahu disebalik hati kecilnya itu.. dia menangis mengenangkan anak2 dia yang lain.. harapan setinggi gunung.. namun tiada kunjungan juga..

Yang paling aku bengang dan sedih.. kenapalah saat2 gembira ni mak aku dibebani berita duka.. kenapalah diorang suka sangat menyusahkan mak aku.. hmmm... cuba uols bayangkan bila mak uols call uols dalam suara yang sebak.. tak ke kita sebagai anak akan rasa sebak jugak??

Ntahlah.. aku malas nak citer banyak.. yang penting aku dah tunaikan tanggungjawab aku sebagai seorang anak.. aku tak nak jadi anak derhaka..aku tak suka nak menyusahkan mak aku.. seboleh2nya aku akan menggembirakan dia..

Comments

Popular posts from this blog

Susu Rosak!!

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Kopi Che' Nah