Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

Mama Sayang Fateh Banyak

See.. setiap anak akan cemburu mencemburui sesama sendiri..

So sebagai ibu bapa kita hendaklah berlaku adil kepada semuanya.. ya!! itu yang aku cuba amalkan setiap hari..

Aku tidak akan membiarkan anak2 aku rasa tidak dihargai dan akan pastikan setiap malam tidur mereka lena diulit kasih sayang.. walaupun kadang2 aku marah kalau Amiera tidur lambat.. tapi aku akan pujuk kembali supaya tidur dia tidak diganggu dengan mimpi2 yang menakutkan.. sebab kadang2 apa yang kita alami seharian boleh terbawa2 ke alam mimpi..

Berbalik kepada tajuk..

Semua ibu-ibu mesti akan cium anak2 mereka setiap hari.. setiap masa.. betul tak???

Begitu juga aku... alkisahnya...

Malam semalam..

Aku tengah layan baik punya Fateh sebab dia tak nak tidur2 lagi.. so aku baring2 sebelah dia sambil tengok TV.. dah baring sebelah tu mesti kena cium jerk.. si Fateh tak kisah pun aku cium dia sebab dia tau aku ibu dia.. ada ke anak2 (kecuali yg dah dewasa ler) ngelak ibu mereka cium diorang?

Tetiba bila aku bangun.. aku tengok si Amiera duk tegak jer kat sofa sambil buat mulut moncongnya.. pesal pulaks ni..

Aku dekati Amiera.. tanya secara lemah lembut.. pujuk2.. rupa2nya.. dia jeles.. sebab aku cium Fateh banyak kali.. nak tau apa dia kata?? "Mama sayang Fateh banyak!"

So, untuk menghilangkan kecemburuan dia dan nak memahamkan dia yang aku sayangkan dia jugak.. aku cium dia 10 kali berselang kiri dan kanan.. siap buat kiraan lagi .. 'cium 1', 'cium 2', 'cium 3', 'cium 4', 'cium 5', 'cium 6', 'cium 7', 'cium 8', 'cium 9', 'cium 10'... haaaa... baru dia puas hati.. pastu baru dia baring2 sambil buat aksi2 manjanya.. adoiiii... Amiera.. Amiera..

Yang pasti.. janganlah mensisihkan anak2 kita dan janganlah membezakan sesama mereka kerna mereka adalah anugerah Allah yang tiada nilainya..

Comments

Popular posts from this blog

Susu Rosak!!

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Kopi Che' Nah