Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

PPR bukannya PKR ok!

**** N3 untuk tempoh seminggu. For new n3 pls scroll down!!***
Salam..

Sempena hari Jumaat yang penuh berkat ini.. semoga PPR dilimpahi rahmat dan membuka mata pelbagai pihak untuk membantu..

Aku tak nak citer pasal PKR ok!! i'ts a politic! jauh tersimpang dari tujuan utama blog aku ni.. aku nak membuat sedikit amal jariah.. ya!! mungkin aku kurang berkemampuan untuk membantu dari sudut kewangan, tapi aku boleh membantu menyalurkan maklumat di dalam blog aku ni.. uols pun tahu betapa ramainya blogger2 di luar sana.. so, tak mustahil maklumat yang aku sampaikan ni boleh diketahui serata dunia.. tapi aku mohon jasa baik blogger2 di luar sana yang mengenali aku untuk sama-sama beramal jariah membantu PPR.. uols boleh copy Paste info yang ada dalam blog aku ni dan publish kat blog uols.. dan mohon jasa baik kawan2 anda untuk membuat perkara yang sama.. begitulah selanjutnya... dengan rangkaian blogger yang ada.. InsyaAllah.. akan ada insan2 yang berbesar hati untuk membantu.. semoga niat aku ini dirahmati Allah hendaknya... aminnnn...

Amal Jariah??? PPR??? mesti uols tertanya2..

Sebelum tu.. untuk pengetahuan semua, aku dapat informasi ni daripada en hubby aku yang telah membuat lawatan ke PPR anjuran kelab kebajikan pejabat dia..

What is PPR??

PPR stands for Pondok Penyayang Raudhah..

PPR telah diasaskan oleh Ustaz Mokhtaruddin bin Hj Mohd Saaid pada tahun 1990.. Merupakan sebuah badan pertubuhan sukarela memberi perkhidmatan, menjaga, melindungi dan mendidik anak-anak yatim dan anak-anak yang terabai oleh ibu bapa, lantaran kemiskinan, kesempitan hidup, gejala sosial dan bermacam2 masalah masyarakat.

Juga dikenali sebagai Pusat Tarbiyah kepada :-
  • Anak-anak Yatim Piatu 
  • Anak-anak 'Terbiar'
  • Anak-anak yang 'Ditinggalkan'
  • Anak-anak yang dulunya 'Degil' dan 'Nakal'
  • Anak-anak yang 'Tak Mampu' dijaga oleh orang tuanya
  • Anak-anak yang tak tahu 'Asal-usul' ibu bapanya
Di sinilah tempat mereka diberi bimbingan dan dipulihkan semula semangat untuk menjalani kehidupan seperti anak-anak lain yang sebaya dengan mereka.

Pengasas PPR dahulunya merupakan pelakon silat di zaman 70-an.. itu yang diberitahu oleh en hubby.. dan bila aku search kat google.. maklumat beliau ada di dalam Wikipedia..


Berbalik semula kepada PPR..

PPR amat memerlukan bantuan apa sahaja.. samada dalam bentuk wang ringgit, makanan, pakaian, kelengkapan solat, kelengkapan sekolah, pinggan mangkuk atau apa sahaja yang dapat memberi sedikit keselesaan kepada warga PPR yang hidup dalam keadaan serba kekurangan..

Sumbangan anda boleh didermakan terus kepada PPR seperti alamat di bawah atau melalui akaun:-

(No. Akaun MAYBANK : 564221610787)
Segala sumbangan cek hendaklah di atas nama 'PERTUBUHAN PENYAYANG RAUDHAH'

Alamat :-

Pondok Penyayang Raudhah
Batu 11, Gombak, 53100 Selangor Darul Ehsan
Tel : 03-6185 2068


Aku tak nak citer banyak.. uols tengok dan nilai sendiri gambar di bawah ni.. dan aku sertakan sekali pamplet yang aku dapat..











Comments

Popular posts from this blog

Susu Rosak!!

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Kopi Che' Nah