Wajar ke tak wajar??

Baru-baru ni aku dapat memo kecil dari pihak pengurusan taska.. mereka akan naikkan yuran bulanan mulai Jun bagi menampung kos sewa bangunan dan pengurusan..

Kalau setakat naik rm10-20 tu boleh diterima lagi lah.. tapi kalau rm50 per anak.. agak melampau..

Aku tak kisah nak naikkan yuran bulanan tapi perkhidmatan yang disediakan hendaklah tip-top..

Ini tak.. yg sekarang ni pun hancus.. anak aku kalau dia berak waktu petang.. haram diorang nak cuci.. dengan muka yang penuh dengan hingus yang dah kering.. bukannya diorang nak lap.. bau tok sah citer laaa.. bau peluh anak2.. yang paling aku kesian.. bila aku ambik dia.. mesti aku cepat2 buatkan sebotol susu.. punyalah haus dia..

Yang aku geram alasan yg cikgu2 taska berikan.. budak2 ramai.. susah nak monitor semua.. pada aku kalau dah tahu ramai.. kenapa tak cadang jerk kat pihak pengurusan suh tambah lagi bilangan cikgu.. kalau nisbah bilangan cikgu ngan budak2 dah mengikuti peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan.. aku rasa tak de masalah diorang nak handle.. satu lagi yang aku tak puas hati.. towel tiap2 hari aku bawak.. tapi langsung tak bersentuh!! anak aku ni mandi ke tak?? kalau mandi diaorang lap ngan apa?? share towel?? patutnya mana boleh share2 towel ni.. sebab tu penyakit mudah berjangkit.. tak pernah nak sihatnya anak aku tu 100%..

Masalahnya kalau aku komen banyak atau marah2 cikgu tu kang.. langsung tak dijaganya anak aku tu nanti.. kalau dibiarkan jerk.. kesian pulaks anak aku.. jadi serba salah lah pulaks..

Aku baru jerk call JKM Cawangan Putrajaya (03-88901672), bertanya tentang taska ni samada berdaftar atau tidak.. dan jawapannya adalah belum berdaftar!!!

So, kalau merujuk kepada Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984 (Akta 308 ).. pemilik taksa boleh didenda kerana tidak membuat pendaftaran.. rujuk NOTIS PENDAFTARAN TASKA DAN PUSAT JAGAAN
“AMNESTY PERIOD”..

Aku jugak telah call Unit IT JKM Wilayah Persekutuan perihal sistem semakan taska secara online.. aku telah dimaklumkan bahawa senarai taska yang berdaftar ada di dalam laman web JKM induk.. uols leh semak kat sini.. memang taska tu takde dalam list pun..

Pegawai IT tu memang friendly laaa.. dia pun jawab soalan aku dengan hemah.. dia pun kata kes taska2 yang tak berdaftar ni memang diorang ambil tindakan tetapi makan masa nak solve.. sebab melibatkan banyak pihak..





Uols rasa lah kan.. wajar ke tak wajar aku sms pihak pengurusan berkenaan isu ni??.. tapi kalau aku pakai phone aku of course ler diorang tahu sapa yg msg.. tak pasal2 dia tak nak jaga anak aku.. aku suker taska tu sebab dekat ngan rumah..

Aku dah siap list nak di msg.. ok tak eh??

1) Taska hendaklah berdaftar dengan JKM.

2) Bilangan guru hendaklah mengikut nisbah yang telah ditetapkan oleh JKM.

3) Pastikan kanak2 sentiasa dalam keadaan bersih dan terkawal.

4) Pastikan kanak2 dimandikan dan dibersihkan dengan menggunakan towel yang dibekalkan oleh ibu bapa. Bukannya konsep 'sharing is caring'.


5) Sediakan jadual menu makanan untuk sebulan.

6) Pastikan kanak2 kenyang dan tidak haus sebelum ibu bapa mengambil anak masing-masing


5 omelan:

onniey84 said...

mmg wajar tindakan akak tu demi anak2 kat situ..tp seeloknya dirahsiakan identiti akak..bimbang jugak anak jd apa2

syariza09 said...

sy pon trima situasi yg sama ngan nursery ank sy.
kalo nk sms pihak pengurusan, sy cadangkan guna no hp yg baru, beli jer yg lain, skrg yg bwh RM10 pon ada

Faina Arisya said...

onniey..

tu lah kan.. bahaya dedah identiti sendiri..

syariza..

sama eh.. kesian kat budak2 kan..

ana-kirana said...

saya cadangkan jgn sms...better hantar surat rasmi kat ketua taska tu...tajuk..cadangan bla bla bla ..

syalinda johari said...

kak iena, better carik ja la taska laen. mcm taska anak sayer, time nk balik tu, diorg akan check dulu kalau berak, dan diorg akan bancuh susu siap2. pastu baju 4 psng yang kita bawak tiap2 hari tu mmg selalunya semua dipakainya.. lagi2 la kalau time nk balik, time parent g amek.. mmg comei2 lotey la anak2.. toksah kita mandikan lagi dh. pastu kalau amek lambat, mmg diorg siap bagi makan malam sekali. balik rumah dh kenyang..

lagi satu kalau pasal lesen, kalau nursery ada lesen pun, rasanya setiap tahun kena direnew.. so yg ni mmg kena check betul2. sebab kalau nursery berlesen, setiap cikgu tu akan dihantar pergi bengkel penjagaan bayi/kanak2 dan penyediaan makanan. ini saya tgk pada nursery anak saya di sri kembangan.

lagi satu, kena pi buat spot check..means pi melawat anak kita bila2 masa dia di nursery.. p spot check tu, masuk dalam nursery. ada nursery yg tak bagi parent masuk nursery kalau kita p nk spot check (alasan nk tgk anak).

nak kata taska anak saya bagus sgt tu takla sgt, ada jg kadang2 anak2 saya kena gigit.. dan pernah sekali dalam 3 tahun ni jatuh.. tp biasala tu kalau budak2 .. tp dr aspek kebersihan.. alhamdulillah setakat 3 tahun dh hantar dua2 orang anak saya mmg okey la...harap2 berterusan.

kena tgk jugak la cikgu2 tu mcm mana dan pengetua taska.
panjang pulak komen saya.. hahahha

Geng Kitty

Sangkut Paut

3D (1) 5S (3) Acacia (4) Aduan Rakyat (13) Aidijuma (1) Aku dan Dia (60) Amiera (268) Ana Muslim (2) Anniversary (10) Anugerah (11) Aqiqah (5) Ariani (3) Arissa (51) ASB (3) ASUS (1) Avatar (1) Award (6) Bajet (2) BBQ (2) Big Bad Wolf (3) Birthday (74) Biskut (2) Biz (3) Blogger (12) Car (1) Carlo Rino (6) Ceramah (3) CERT (1) ChurpChurp (2) CIC (12) Cloth Diaper (1) Contest (8) Cuepacs (1) Dari Dapur Mama (1) Denggi (1) Diaper Cake (1) Dinner (1) Drama (5) EKSA (1) Exam (2) Expo (2) Family Gathering (22) Fareeda (17) Fateh (192) Floria (1) Frozen (1) Gajet (1) Gift (10) Giveaway (1) Handbag (2) Handphone (4) Hari Raya (153) Hello Kitty (2) HFMD (1) Hobby (2) Holiday (115) Hot Air Balloon (4) Iftar (1) Impian (9) Info (31) Isu Semasa (9) JJCM (12) Juadah (114) Jurnal (4) kak Rose (8) Kecantikan (1) Kenduri (15) Kesihatan (2) Kuarters (11) Kuiz (2) Kursus (19) Lawak (2) Lazada (1) LIMA (1) Lovely Song (7) Luahan (3) MAFIST (5) Majalah (4) MasterChef (6) MeadJohnsons (4) Memori (3) Muffin (2) MyDeal (1) Nilai3 (1) Novel (3) Nuffnang (7) Nuri (5) OnAir (1) Panggung (1) Pekeliling (1) PINK (8) PotLuck (2) PPA1M (4) Pre Loved (1) Pregnant (28) PRU (2) Prudential (2) PTK (2) Puasa (69) Puisi (9) Putrajaya (32) Qaisara HB (3) Ramadhan (18) Resepi (37) Riadah (22) Rumah Peranginan Persekutuan (3) Sad Song (1) Saham Akhirat (5) Sales (5) SBPA (4) Sejarah (1) Seminar (5) Shabby Cottage (66) SimplySiti (3) SkullMate (1) Sogo (3) Solid Food (5) SSPN (3) Streamyx (3) Sustagen (4) TAG (5) Taman Raudhah (13) The Movie (21) Tips (2) Tupperware (2) UPKK (9) UPSR (3) Ustazah Pilihan (6) VAIO (2) Vantage (6) Villa Raudhah (47) Viral (4) watermark (1) Wishlist (2)

Yg Suka Bercerita

Sitting and Blinking Hello Kitty