Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

Bekal Basi

Sila percaya ok.. pagi tadi aku bawak bekal basi!!

Camna leh basi??

Actually bukannya bekal aku.. tu Amiera punya.. bekal pagi semalam.. ingat tak n3 pasal bawak telur ngan roti ke sekolah tu.. aku dah pesan kat dia.. bekal tu tinggal jer kat bawah meja.. nanti aku ambik.. sebab tak mau dia bawak bekas tu ke sekolah agama.. dengan beg yg beratnya.. cian anak aku..

Semalam aku tanyalah pasal sandwich tu.. rupa2nya dia tak makan.. katanya cikgu tak suruh bawak pun.. cikgu pesan buat kat rumah jer.. mungkin masa perhimpunan cikgu bagitau cara2 buat sandwich jer kot.. so, Amiera ingat kena bawaklah semua tu ke sekolah.. adoiiiilahhh.. lain yg dipesan lain yg didengar dek Amiera..

macam mana aku bungkus.. macam tu jugaklah bila diambil semula.. huhuhu.. buek ponek den yo!!


So, nak tak nak.. lepas aku hantar dia pagi tadi.. aku jinjing lah bekal tu sampai ke opis..bila dah tak di makan.. semestinya bekal tu dah basi... ingatkan bolehlah aku bawak bekas kosong jer.. tapi dengan isi2nya sekali yg dah basi!! hehehehhehe.. berkorban apa sahaja demi anak2..

Comments

Popular posts from this blog

Susu Rosak!!

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Kopi Che' Nah