Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

Borong kasi habis!!

Lepas gi Fun Fair tu.. kami singgah pasar malam.. nak cari makanan ler.. dah kul 9.30 tak makan2 lagi ni..

Pusing2.. beli apa yg patut.. pastu makan Char Kue Tiaw kat gerai yg memang tip top.. selalu penuh ngan customer.. dah lewat2 malam pun ada lagi yg makan.. kami pun ambik kesempatan lah.. dah lama gaks tak makan kat situ.. Char Kue Tiaw dia pada aku sedaplah.. boleh habis sepinggan aku kerjakan.. lagipun bukannya banyak pun.. tapi yg buat menambah selera aku makan bila ada cili jeruk.. perghhhh... meleleh air liuq!!

Lepas makan.. jalan2 sat sambil nengok orang packing barang nak tutup gerai.. malas nak beli barang2 dapur last minute ni.. orang kalut nak ngemas kita kalut nak membeli.. aku memang tak soker!! orang tu pun layan tak layan jer nanti.. baik toksah!!

Yg menjadi perhatian en hubby aku adalah DURIAN.. bila dah last2 minute ni.. orang pun dah tak ramai.. kebanyakan penjual nak kasi habis.. kebetulan lalu kat satu gerai durian ni.. dialog penjual tu lebih kurang camni.. "Bang.. bang.. kasi borang bang.. bagi murah jerk.. ".. pastu ntah apa yg en hubby aku tawar menawar ngan dia.. nampak dia huloq RM20.. habis en hubby borong saki baki durian yg dah siap packing tu..

Memang untung lah kalau beli hujung2 nak tamat pasar malam ni.. nak2 pulaks durian yg jenis sedap dan menjadi pujaan ramai.. biasanya kalau durian yg diorang dah siap packing kecik2 ni.. kalau beli 2 pack RM15.. 3 pack RM20.. tapi en hubby aku borong 6 pack hanya RM20.. dah macam beli sebijik durian gamaknya.. oklah kan.. memang puaslah makan..

So, uols kalau nak merasa blehlah cuba nasib.. mana tau bleh dapat semurah tu..

Comments

Popular posts from this blog

Susu Rosak!!

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Kopi Che' Nah