Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

Control 'Ayu'

Salam semua..

Cuti panjang nampak.. seronok bercuti?? uols pi mana?? aku balik Ipoh maaaa...

Nanti aku story aktiviti @ Ipoh pasni yer..

Pagi2 ni aku nak wat story pasal Control 'Ayu'.. kenapa topik cenggini aku nak tulis??

Al-kisahnya.. pagi tadi masa hantar Amiera ke sekolah.. aku berselisih ngan student Sek Men... jalan lemah lembut.. ala gaya2 model.. beg galas di belakang.. ringan nampaknya.. sekejap2 membetulkan baju dan tudungnya... aku melihat raut wajahnya.. not bad.. sweet girl.. hehehehhe.. hati kecil ku tertawa.. remaja meningkat usia..begitulah.. pastinya ingin rasa dirinya menjadi perhatian remaja lelaki.. mendapat pujian.. haishhhh.. macam manalah nanti agaknya Amiera dah besar nanti.. risau betul aku.. terkenang zaman persekolahan aku dulu.. pun begitu.. ramai yang suka bergaya.. tapi bukan aku ok!!

Aku ni dahlah kemetot.. cantik?? jauh sekali... dengan beg sandang tepi yang besar.. penuh ngan buku2 sekolah.. senget2 bahu aku memikulnya.. dengan buku2 lain ditangan.. perghh... berpeluh2.. bergegas ke sekolah.. dari rumah ke stesen bas makan masa hampir 15 minit berjalan kaki.. kemudian mengambil masa hampir 30 minit untuk sampai ke perhentian bas berhampiran sekolah.. turun2 jer memang kelam kabut jalan kaki untuk sampai ke sekolah sebelum loceng berbunyi.. memang takde istilah nak melaram dalam kamus hidup aku waktu tu... alhamdulillah.. sampai ke hari ni.. aku masih seperti dulu.. tak pandai nak melaram sangat.. kalau terlebih laram tu aku rasa peliks jer.. mungkin ada hikmahnya Allah tak bagi aku pandai melaram sangat.. nanti aku jadi riak.. sombong..

Begitu bertuahnya anak2 zaman sekarang terutamanya kawasan bandar... sekolah yang berdekatan dengan rumah.. kemudahan disekolah seperti loker disediakan untuk murid2 menyimpan buku masing2.. semoga segala kesenangan yang diperolehi digunakan sebaik2nya.. wahai adik2 ku.. tanamkanlah dalam diri untuk berjaya dalam pelajaran.. kerana anda sendiri yang akan menentukan masa depan anda sendiri..

Comments

Popular posts from this blog

Susu Rosak!!

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Kopi Che' Nah