Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

Dinner @ Restoran Nasi Lemak Ayam Kampung

Ahad baru2 ni..

Family en hubby ada gather2 dinner kat Restoran Nasi Lemak Ayam Kampung kat bandar Ipoh.. dengarnya.. Restoran tu famous de amous di Ipoh.. untuk mengetahui pandangan orang ramai.. uols leh search kat google.. banyak info2 yang dikongsi oleh orang ramai yang pernah makan kat situ okay!

Kami sampai lebih kurang kul 8.30 malam.. penuh siot.. nasib baik kami dah booking awal2..

So, apa istimewanya restoran ni?? jom layan gambar ya..

meriah ko!! di tengah2 bandar Ipoh.. satu2nya restoran Melayu yang terhangat di pasaran..

jangan ingat diorang jual nasi lemak ni selepas subuh tau.. sia2 jerk korang nunggu nanti..

pelbagai makanan laut dipamerkan di luar restoran.. uols boleh dipilih ya..

desert2 ni pun di letakkan di luar pintu masuk.. motif?? aku pun tak sure..

di luar juga.. ketam goreng serbuk kari.. pergh.. sapa2 minat ketam jangan ketinggalan untuk merasai keenakannya.. jangan tanya aku laks.. aku kari2 ni kureng sket..

haaa... ni pun jadi pujaan ramai gaks.. masuk2 jer pintu utama.. korang akan jumpa sekumpulan 'belut'.. pilih jangan tak pilih.. 

see.. penuh ngan orang ramai.. tapi dun worry.. ada air-cond.. tak rasa air-cond?? kipas pun diorang pasang tau.. memang tak rasa panas la.. uols rasa selesa.. cuma riuh rendah tu standard laaa.. kalau uols nak privacy.. bleh booking yang ada bilik.. tambah rm50 ok..

manja papa kena duk sebelah papa..

manja mama.. as usual.. kena duk sebelah mama kan..

kami ambil 2 set.. 1 set untuk 6 orang makan.. mak aiiii.. lauknya.. punyalah banyak..  

'siakap menangis'??

Menu untuk set yang kami order (copy paste dari laman web Nasi Lemak Ayam Kampung):-
  1. Tomyam Steambot
  2. Siakap Menangis
  3. Daging Masak Merah
  4. Kerabu Mangga
  5. Mix Mango (aku tak nampak pun masa tu..)
  6. Udang Petai
  7. Kailan Ikan Masin
  8. Ketam Goreng Serbuk Kari
  9. Ayam Kampung
  10. Nasi Putih
  11. Air Tembikai / Oren
  12. Kelapa Laut
Close up menu..


penuh meja ngan makanan dan pinggan mangkuk..

all family my en hubby..

Overall.. makanan kat situ boleh tahan sedapnya.. aku tak boleh nak bagi komen sangat sebab mulut aku sakit.. makan sket.. pastu hirup air.. pedaaaaaaassssssssssssssss... pedih2 mulut aku... akhirnya aku kenyang ngan air.. hehehhee..

So, uols kalau singgah ke Ipoh.. jangan lupa singgah di restoran nasi lemak ayam kampung ni untuk menikmati juadah yang disediakan..

Comments

Popular posts from this blog

Susu Rosak!!

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Kopi Che' Nah