Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

Linus Saringan Pertama

Baru-baru ni.. kami pergi sekolah coz ada perjumpaan dengan guru-guru bagi program Linus Tahun 1.. ramai gaklah mak ayah yang datang.. guru besar pun rasa berbesar hati sebab mak ayah ambik berat tentang program Linus ni.. itu aku memang setuju sangat2 coz ibu bapa memainkan peranan yang amat penting di rumah dalam membantu anak2 untuk berjaya..

Lepas dengar taklimat serba sedikit tentang Saringan yang telah diadakan pada bulan Mac tempohari.. barulah aku tau macam mana saringan Linus tu diadakan..

Linus ni adalah kombinasi nama Literasi Numerasi Saringan.. Literasi adalah keupayaan untuk membaca, menulis dan memahami perkataan, ayat tunggal dan ayat majmuk yang mudah serta mengaplikasikan pengetahuan tersebut dalam pembelajaran serta komunikasi harian.

Numerasi operasi asas matematik digubal khusus bagi menangani masalah yang dihadapi murid dalam menguasai kemahiran asas mengira serta memahami idea matematik yang mudah dan mengaplikasikan pengetahuan serta kemahiran matematik dalam kehidupan harian.

Literasi mempunyai 12 konstruk aka soalan.. terdapat 2 instrumen saringan iaitu membaca dan menulis.. so far bagi Literasi... Amiera telah berjaya melepasi 12 konstruk berkenaan...alhamdulillah...
Mengikut senarai pelajar2 di 5 kelas bagi Tahun 1.. ramai jugak yang masih tidak lepas saringan Literasi yang pertama ini..kesian jugaks.. sebab mengenal huruf adalah amat penting.. bagi yang tidak mengenal huruf mereka akan mengikuti kelas pemulihan.. guru besar sendiri mengakui.. Literasi amat penting sekali compare Numerasi.. tapi pada aku.. dua2nya penting.. lebih2 lagi Numerasi..

Numerasi pun mempunyai 12 konstruk.. tapi malangnya... Amiera telah kecundang pada konstruk yang ke-6.. aku tau.. Amiera memang lemah Math.. nak2 pulaks kalau disuruh tolak.. dan kalau soalan tu mengelirukan dia.. lagilah dia fenin.. before saringan bulan Mac tempohari.. aku dah cuba ajar dia tapi memang susah ooooooooo nak ajar anak ni.. awatlah dia tak mewarisi otak aku ni.. boleh jadi giler aku ngajar dia.. ni nak exam esok ni.. aku tak tau lah.. dah macam2 teknik aku ajar dia nak bagi dia faham.. ntahlah.. tunggu jelah result periksa dia nanti.. tak lulus jugak.. aku luku kepala dia..

Purata keseluruhan aku tengok.. ramai jugaks budak2 yang tak lepas Numerasi.. dan ada jugaks yang telah melepasi kedua-duanya.. 

So, masa cuti sekolah ni.. aku ingat nak fokus lebih kepada Numerasi sebelum saringan kedua nanti.. oh ya.. saringan kedua hanya untuk pelajar2 yang tak lepas saringan pertama.. yang dah lepas tu dok ontok-ontok yo!

Kepada blogger2 yang mempunyai anak yang bakal memasuki alam persekolahan Tahun 1 tahun hadapan.. baiklah buat persediaan awal2.. senang.. kesian anak2 kita nanti..

Comments

Popular posts from this blog

Susu Rosak!!

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Kopi Che' Nah