Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

Mama.. cikgu suh bawak telur..

Telur??

Jom Berdialog (lama dah aku tak wat n3 berdialog ngan Amiera ni.. seronok layan sambil gado2 manja ngan anak2 ni tau..)

Lokasi :  Ruang Tamu (sambil aku nonton baik punya citer Nora Elena.. kacau daun betullah..)

****** Dialog mula ***********

Amiera : Mama.. esok cikgu suh bawak telur..

Mama : Nak buat apa bawak telur??

Amiera : Cikgu suruh bawak telur rebus.. No. 2.. bawak roti... No. 3 apa yer.. mmmm.. lupalah Mama...

Mama : Haaa.. tulah cikgu cakap bukannya nak dengar..

Amiera : Dengarlah.. Mira tak ingat..

Mama : Nak buat sandwich tu.. cikgu suruh bawak sayur kot.. tapi sayur nak buat sandwich mana ada.. lagipun Mira tak makan sayur kan..

Amiera : Haaa... No. 3 tu sayur.. (sambil gelak2 manja)

Mama : Telur rebus tu nak kena hancur dulu ke? ke Mira yang hancurkan sendiri kat sekolah?? (aku memang suka tanya soalan yg pelik2 sebab aku kan banyak berfikir.. so, macam2 soalan akan aku tanya... hehehhehe.. nasib lah ko Mira dapat Mama seorang programmer..)

Amiera : Telur hancur lah..

Mama : Esok, Mira bawak telur hancur tu ngan roti jer tau! sayur takde.. Mira bukannya makan sayur pun.. kalau cikgu tanya esok kenapa tak bawak sayur.. Mira cakaplah yang Mira tak makan sayur tau.. (ngajar anak.. tapi betullah kan.. memang Mira tak makan sayur.. buat penat jer kami cari malam2 tu.. cikgu pulaks bagitau last2 minute.. sorry the morry lah jawabnya.. )

Amiera : (diam.. muka blur.. mungkin malu nak cakap ngan cikgu.. )

Mama : Kalau cikgu tanya kenapa Mira tak makan sayur.. pandai2lah Mira jawab sendiri..

Amiera : (muka dah semacam... )

Mama : (hahahhaha.. tu ler susah sangat nak makan sayur.. ).. Malam nanti kita buat sama2 tau..

Amiera : (senyum balik...)

******* Dialog tamat *********

Memandangkan kerja sekolah English byk yang tak siap lagi.. sambil dia buat keje sekolah.. sambil dia tolong buat.. last2 aku yg tolong lenyekkan .. kesian pulaks aku nengok Amiera..

Sambil aku buat tu.. sambil tu aku dok bercerita ngan dia cara2 nak membuat telur hancur tu...

bahan2 untuk buat telur hancur.. telur rebus tu Amiera yg buang kulitnya.. ok lulus..

tang nak menghancurkan telur ni.. nampak susah jer dia menenyeh.. aku sambung buat..

campur ngan mayonis dan serbuk lada sulah.. siap! simpan dalam fridge.. esok sumbat jer dalam bekas..

Comments

Popular posts from this blog

Susu Rosak!!

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Kopi Che' Nah