Bermulalah Perjalanan Seorang Mahasiswi UKM

Image
 Assalamualaikum.. Lamanya tak update blog.. sibuk sangat sejak jadi penyelia ni.. coding pun aku kena hadap.. keje2 pengujian coding programmer bawah aku pun aku kena hadap.. report pun nak kena update.. aduhaiiii... better aku jadi programmer dari penyelia.. nak gaduh pun ngan PC jerk.. hahahahha.. tapi nak buat camna.. keje ngan gomen ni.. sampai masa kau akan naik pangkat.. huhuhu... hadap jerlah... Oh ya berbalik pada topik... Selepas SPM 2021, macam2 cabaran yg perlu ditempuhi untuk membolehkan si kakak layak memasuki bidang perundangan.. memandangkan si kakak tak lepas min requirement nak masuk Asasi Law, jalan pintas adalah dengan memasuki Matrikulasi jurusan Perakaunan yang dia agak kurang berminat.. walaupun kurang berminat exam Akaun dpt A jugak.. aku pun confuse.. kalau dia tak diterima juga untuk ke degree Law, jurusan perakaunan pun apa kurangnya.. at least backup tu ada..  Selepas berhempas pulas di Matrikulasi.. proses seterusnya adalah menyusun borang UPU dengan sebaik

Demam Laut

Hari ni aku EL lagi.. dah lah Jumaat lepas aku baru jerk El.. tapi nak wat camna.. duit boleh dicari.. kerja sampai bila tak akan habis.. tapi nyawa tak dapat ditukar ganti..

Petang Selasa.. aku dapat rasa badan Fateh dah semacam hangatnya.. kami bawak jugak ke Manjaku sebab nak beli susu.. stok susu Enfagrow dah habis.. pastu merewang sat kat PKNS.. ntah macam mana en hubby boleh melekat ngan promosi buku2 pendidikan.. namanya aku tak ingat.. tapi memang bagus untuk pembelajaran anak2 dan diri kita sendiri... punyalah lama orang tu berceloteh.. sampai tak ganjak kitaorang.. diorang pandai ambik perhatian kami.. Fateh diorang monitor.. jenuh staff tu ngejar Fateh.. bila aku tanya pasal kos.. fuhhh... belian 4 set barangan.. mencecah 3K.. dan ada jugak sampai 8K.. gilo ko!!..lainlah kalau aku ni keje manager ke.. sedaplah jugak nak nguloq.. setakat keje cikai cam aku ni.. manalah mampu.. diorang ada jugak sediakan konsep bayaran secara ansuran tapi tak mau lah.. lama kelamaan si Fateh ni makin meragam.. pantang nampak gula2.. semuanya nak makan.. aku belikan kerepek pisang.. makanlah jugaks sket..

Sampai kat rumah dah hampir 10 malam.. bagi Fateh makan ubat dan minum susu.. ingatkan dia nak tidur terus.. tapi bangun jugaks.. mungkin dia rasa tak selesa.. rupa2nya dia nak membuang.. sambil dia meneran tu ntah macam mana.. keluar muntah susu sekali ngan makanan2 yg dimakan.. bukan sekali jerk.. berkali2.. boleh katakan sebotol susu yang aku bagi tu.. semuanya dikeluarkan balik.. naya!!

Dahlah penat.. nak kena cuci lantai lagi.. arghhh.. tensionnya... lepas uruskan Fateh.. suh dia tidur dan bagi ubat balik sebab ubat pun dah keluarkan.. bagi lagi susu sebotol.. kebetulan dia baring kat katil kami.. muntah lagi... arghhhh... penat.. penat.. pesal asyik muntah jerk ni.. last2 aku decide.. jangan bagi dia susu.. biar tekak dia ok dulu..

Sedar pukul 6 lebih.. badan Fateh dah panas sangat.. tak sanggup aku hantar dia ke taska kalau dia demam.. lebih baik aku berkorban menjaga dia daripada keadaan dia semakin teruk kat taska.. alhamdulillah.. panas dia boleh dikawal dengan ubat demam yang ada.. masakkan bubur.. sekurang2nya dia berselera nak makan...

Petang tadi kami bawak jugak dia ke klinik untuk dapatkan ubat selesema dan batuk.. aku rasa Fateh demam sebab selesema.. biasalah kat pantai kan panas.. pastu pulak duk hotel beraircond.. mana tak sakit dia.. nasib baik Amiera ok.. risau jugak kalau dia pun demam.. hope esok Fateh kuranglah hendaknya demam dia.. InsyaAllah bolehlah aku kerja.. aku akan bekalkan ubat kat taska.. hope cikgu yang jaga tak lupa nak bagi ubat.. tu yang aku paling risau.. takut cikgu lupa nak bagi ubat..

Comments

Popular posts from this blog

Susu Rosak!!

Pra Majlis Aqiqah & Kesyukuran Baby Arissa ~ Projek DIY ~ Door Gift

Kopi Che' Nah